Bukan minyak non halal, hanya pengesahan sijil halal tamat tempoh. Di media sosialĀ berlegar mengenai satu jenama minyak paket yang dipercayai mengandungi minyak babi.
Hal ini menimbulkan ketakutan kepada orang ramai bahawa minyak paket itu tidak halal.
Bukan Minyak Non Halal
Ekoran gambar minyak paket tersebar luas, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Ā telah menyerbu kilang minyak masak didakwa tidak halal di Balakong di sini, pada 11 Mac lalu.
Ia susulan penularan di media sosial gambar minyak masak bersubsidi daripada syarikat terbabit dengan tulisan ‘non halal’ yang didakwa minyak masak babi.
Hanya Pengesahan Sijil Halal Tamat Tempoh Sebenarnya
Memetik laporan Harian Metro, Pengarah KPDN Selangor, Mohd Zuhairi Mat Radey berkata, tindakan pihak syarikat tidak meletakkan logo halal ke atas bungkusan minyak masak adalah disebabkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) syarikat tamat tempoh.
Ads
“Pihak JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) sudah mengambil tindakan kes di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 ke atas syarikat berkenaan kerana menggunakan logo halal Malaysia tanpa kebenaran pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, pemeriksaan mendapati minyak masak keluaran syarikat terbabit diperolehi daripada sumber yang sah dan pengilang berlesen.
“KPDN Selangor memberi amaran keras ke atas mana-mana individu atau syarikat yang berkaitan agar sentiasa mematuhi perundangan yang ditetapkan.
“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung aktiviti penyelewengan barang kawalan dan bersubsidi boleh menyalurkan ke Whatsapp 019-848 8000, Aplikasi Ez Adu KPDN, hotline KPDN 1-800-886-800 atau Portal e-aduan KPDN,” katanya.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar. Walau baru menganjakĀ usia 15 tahun,namun Ratu dipilih menjadi wajah eksklusif koleksi abaya jenama Qierahman.
Ratu dan ibunya @official_lindajasmine ditemui ketika majlis pelancaran koleksi Qierahman Eid 2024. Sebagai seorang ibu Linda akui Ratu masih belum ada akaun media sosial sendiri. Bimbang namun Linda dan Que akan membenarkan anaknya aktif di media sosial bila tiba masa yang sesuai.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sebaknya catatan Farah Ahmad, isteri kepada Allahyarham Mohd Firdaus Mohamad Hanif yang juga dikenali sebagai Pitt Hanif. Farah berkongsi tentang ikan yang sempat arwah Pitt, suaminya simpan untuk dimasak olehnya di Kuala Lumpur nanti.
Sungai Jelai, Lipis lokasi memancing yang sudah tiga kali dijejak arwah, menjadi lokasi akhir untuknya. Masuk dua hari pencarian, akhirnya Pitt Hanif ditemui dalam keadaan elok.
Terkesan sungguh dengan kata-kata isterinya, āwhen Farah atas boat di sungai farah sentuh air panggil awak tiba-tiba dengar SAR “DAH JUMPA !!” . Ya Allah perasan tu Allah saja tahu syukurnya gembiranya rasa macam dapat tahu yang awak mula-mula dulu suka kat Farah.ā
Dan rasa cinta kasih seorang isteri yang tak pernah padam dizahirkan menerusi masakan āikan terakhirā yang arwah simpankan untuknya.
Catatan seorang isteri,
āKenapa En Firdaus tak percaya ker? Farah berjaya masak ikan KENERAK yang awak last mancing sebelum hari kejadian. Aiman dah tunaikan hasrat awak.ā
āDi hari kejadian ketika sampai Sham kawan Pitt yang selamat, bagitau Pitt ada simpan ikan nak bawak KL suruh Farah masak.ā
28hb Aiman kawan Pitt yang sewakan boat whatsapp.
Dia punya minta maaf tak dapat jaga keselamatan Arwah sebab sepatutnya dia pergi sama tapi dia demam.
Aiman text, sehari sebelum Arwah takde. Arwah ada dapat ikan, hajat dia nak bawak balik suruh akak masak. Arwah cakap,
āKerinting aku terror masak la man. Apa masakan pun kerinting aku boleh masak lah man. Aku nak suruh kerinting masak tempoyak ikan ni Man kompom padu Man !ā
Allah…
Awak, Farah tahu awak dah tak de. Dan tak de makna kalau Farah minta maaf tapi Farah tahu awak tak pernah tak maafkan orang. Selalu apa jadi awak sejenis tak amik port.
Yer lah, lama Farah tak masak sejak awak out station dan Farah pun bz. Tapi Farah berjaya masak tapi siang je tak sebab ikan tu besar sangat.
Selalu dapat ikan awak siangkan siap-siap tinggal masuk kuali jer. Hehehe.. Yang ni Farah suruh abang Aluze hantar kedai suruh siangkan.
Farah masak gulai tempoyak dengan asam pedas sebab mama awak tak makan tempoyak. So malam ni kenduri Farah ada jemput kekawan mancing awak sekali untuk mereka lepas rindu. Awak terima kasih tau selalu ingat kita. Kita Akan ingat kata-kata awak En Firdaus Hensem.
Lima Hari Selepas Arwah Pitt Pergi
Farah turut berkongsi kisah tentang arwah suaminya, pengarah filem Pitt Hanif dan kenapa dia kekal kuat tahan air mata sepanjang mengurus āpemergianā arwah suami.
Tulisnya,
Sudah 5 hari Pitt meninggalkan orang-orang tersayang. Alhamdullilah syukur sebab dalam pilihan kita sudah pasti kita pilih yang terbaik. Sebab itulah awak, akan pilih dan buat yang terbaik saja dalam hidup awak. Dan pilihan dan keputusan awak sangat tepat walaupun di nafas terakhir awak.
Seperti awak selalu cakap “Insyallah takpe nanti Pitt settlekan.ā
Mesti orang akan bertanya macam mana settlekan. Kenali awak bila ada masalah awak takkan mengikut arus masalah tapi buat macam takde masalah. Tapi tahu awak akan risau awak akan tidur, pi mancing, cuci buka togelkan motor jejalan, happy-happy dengan anak-anak & Farah.
Tapi dalam masa sama otak awak akan berjalan dan doa mintak kat Allah tidak pernah lekang dalam hati awak. Tup.. tup.. masalah selesai. Dan kita plak rasa luck semua menyebelahi awak jer.. awak jer.. semua nyer lepas.
Allahu..hingga di saat terakhir juga awak menang dengan kitaorang kerana awak tahu pilihan awak, awak tahu sayang Allah pada awak tidak sama dengan sayang dari yang bernyawa di dunia.
Ampitt… Ampitt Farah bangga tak terkira hingga tak mampu nak bersedih. Asyik tersenyum bila ingat, dengar, cari, jumpa , lihat Pitt walaupun Pitt dah tak bernyawa.
Suamiku Terpilih Untuk Mati Syahid..
Dalam hati berkata mengapa perlu aku menangis bila menatap jasad yang tidak bernyawa itu sangat sempurna. Betapa Allah menjaganya dengan baik. Mengapa perlu aku menangis di kala suamiku terpilih untuk mati syahid. Mati yang tidak dapat kita pilih atau plan kerana mati yang tiada satu pun yang bernyawa boleh bagi kecuali Allah SWT.
Bagi seorang isteri sudah pasti setiap doa dititipkan, suami diampunkan dosa dimasukkan syurga. Bila tahu awak syahid, ya Allah, kau maha adil maha penyayang. Apa lagi aku seorang isteri mahu. Hadiah yang paling besar buat aku dan anak-anakku dari suamiku dengan izin Allah SWT.
Sudah pasti aku rasa kehilangan, sudah pasti aku rindu, sudah pasti aku sedih. Tetapi aku SENYUM kerna aku bersyukur kerana suamiku TERPILIH dapat green card dari Sang Pencipta. Dan ianya patut aku raikan dengan senyuman dan semangat yang kuat. Aku perlu kongsikan senyuman & semangat agar sama-sama kita rasa betapa tenangnya bila kita jumpa titik keredhaan Allah.
Terima kasih Allah. Sungguh cantik aturanmu, ya Allah.
Kanak-kanak 2 tahun meninggal ditinggalkan 8 jam dalam kereta, ibu sangka anak sudah turun ke tadika. Gara-gara menyangka anaknya sudah turun dari kenderaan ketika menguruskan seketika perniagaan dalam talian di hadapan tadika anaknya belajar, seorang ibu diuji dengan kematian anak kecilnya.
Kanak-kanak Perempuan berusia dua tahun meninggal dunia selepas lapan jam terperangkap di dalam kenderaan Ā di Ara Damansara, di sini, akibat ibunya menyangka sudah menghantar mangsa ke tadika semalam.
Anak 2 Tahun Meninggal Ditinggalkan 8 Jam Dalam Kereta
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 3.40 petang menyatakan mangsa tidak sedarkan diri di rumah di Ara Damansara, di sini.
Memetika laporan Harian Metro, Ā hasil siasatan lanjut polis mendapati pada jam 7 pagi, ibu mangsa berumur 30-an menghantar dua anaknya ke sekolah berhampiran dan seterusnya ke tadika berdekatan untuk menghantar mangsa.
Ibu Sangka Anak Sudah Turun Ke Tadika
“Sampai di tadika, ibu mangsa berhenti sekejap untuk menyelesaikan urusan perniagaan dalam talian sehingga terlupa menurunkan mangsa di lokasi.
“Ibu mangsa terus balik ke rumah dan hanya menyedari mangsa berada di dalam kereta pada jam 3.35 petang dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohamad Fakhruddin berkata, bapa mangsa membuat panggilan Mers 999, memberi rawatan awal kepada mangsa sehingga pihak ambulans dan polis tiba di tempat kejadian.
“Mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut dan disahkan meninggal dunia.
“Bedah siasat dijalankan hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.
Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa peka, lebih bertanggungjawab dan mementingkan keselamatan anak di bawah jagaan masing-masing.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes ini boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662222,” katanya.
DS Vida tawarkan pekerja McD kerja dengan gaji banyak selepas bersimpati mendengar luahan Izuan,Ā pemuda masalah pendengaran yang merayu agar rakyat Malaysia menghentikan boikot ke atas restoran makanan segera McD kerana banyak pekerja yang terjejas.
Memahami keperitan dialami Izuan, dirinya menawarkan pekerjaan. Alhamdulillah, moga rezeki DS Vida terus murah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Meriah Berkumpul Hari Raya, REZEKI Atuk Nenek Miliki Keturunan 10 Cucu, Cicit KEMBAR! Hari Raya merupaka waktu kebanyakan seluruh ahli keluarga berkumpul meraikan hari raya. Lebih meriah apabila dalam keturunan mempunyai pasangan kembar.
10 Pasangan Cucu Cicit Kembar
Sepasang suami isteri warga emas di Batu Bara, wilayah Sumatera Utara menjadi perhatian ramai kerana memiliki 10 pasangan kembar cucu dan cicit, lapor laman berita Detik semalam.
Sudio, 98, dan isterinya Welas, 86, memiliki 10 orang anak, namun tiada seorang pun daripada anak mereka dilahirkan kembar.
āAnak-anak pasangan ini tiada kembar. Namun, keturunan mereka yang lain iaitu cucu dan cicit dilahirkan dengan 10 pasangan kembar.
āPasangan kembar paling tua adalah cucu mereka yang berusia 35 tahun serta telah pun mempunyai anak,ā kata salah seorang cucu, Santi.
Ahli Keluarga Lebih 100 Orang
Tambahnya, seluruh ahli keluarga yang melebihi 100 orang itu akan berkumpul setiap kali sambutan Hari Raya Aidilfitri di rumah Sugio dan Welas di Batu Bara.
Mereka turut mengadakan acara tradisi unik iaitu mengarak pasangan suami isteri itu menggunakan beca motosikal.
Keluarga besar itu memiliki 10 orang anak dan menantu, 58 cucu serta 30 cicit.
Pelajar tingkatan tiga jatuh asrama kritikal, ibu rayu doa orang ramai anak kembali pulih. Tiada yang lebih menyakitkan daripada melihat darah daging sendiri terbaring...