Tanpa mengenal usia muda mahupun tua, saluran media sosial seperti youtube, jika dimanfaatkan sepenuhnya mampu memberikan sumber pendapatan yang tinggi.Tidak hairanlah ramai yang sanggup melakukan apa sahaja, untuk mendapat pengikut yang banyak dan tontonan video yang tinggi.

Ini termasuklah seorang budak yang baru berusia 6 tahun dari Korea Selatan, mampu membeli aset kediaman mewah walaupun pada usia yang masih muda.

Jika sebelum ini,pernah mendengar tentang bintang cilik YouTube, Ryan yang menerima bayaran termahal menerusi “Ryan ToysReview”, pernahkah mendengar tentang seorang lagi bintang YouTube cilik dari Korea Selatan, yang dikenali sebagai “Boram Tube”?

Hanya dengan membuat ulasan atau review produk mainan kanak-kanak yang berada di pasaran, Boram turut berjaya menerima pendapatan lumayan dan mampu menghadiahkan keluarganya sebuah kediaman lima tingkat di daerah Gangnam, Seoul bernilai RM33 juta (9.5 bilion won).

Buat Ulasan Produk Mainan, Budak 6 Tahun Mampu Beli Rumah Mewah RM33 Juta

IKLAN

30 Juta Pengikut 2 Saluran Youtube

Boram yang berusia enam tahun kini mempunyai lebih daripada 30 juta pengikut di dua saluran YouTube miliknya.

Salurannya yang dikenali sebagai “Boram Tube Vlog” sahaja telah berjaya menarik 17.6 juta pengikut, manakala saluran review mainannya iaitu Boram “Toy Review” pula mempunyai 13.6 juta pengikut.

Menurut laporan Korea Times, YouTuber cilik itu sangat popular dalam kalangan orang ramai dan dia dianggarkan menerima pendapatan kira-kira RM12.8 juta (3.7 bilion won) setiap bulan.

IKLAN

Dengan teknik pengeditan video yang menarik, Boram berjaya menarik sejumlah besar penonton di Korea Selatan.

Dakwaan Dieksploitasi

Malah, kedua-dua saluran YouTube itu juga menduduki tangga teratas bagi akaun berpendapatan tinggi di negara itu.

Namun, berita pembelian rumah mewah itu menjadi bualan rakyat negara itu yang mendakwa Boram dipergunakan oleh ibu bapanya.

IKLAN

Bangunan yang seluas 258.3 meter persegi dan terletak di Gangnam itu dibeli pada 3 April lalu oleh syarikat Boram Family ( syarikat yang menguruskan kedua-dua saluran YouTube Boram).

Ia sekali gus menimbulkan kebimbangan orang ramai yang berpendapat bahawa kanak-kanak itu dieksploitasi oleh ibu bapanya.

MW:Rezeki anak kecil ini menjadi bintang youtube yang mampu memberikan pendapatan yang tinggi. Mak ayah boleh contohi, namun jangan ambil kesempatan pada anak pula iya. Pastikan berkongsi hanya perkara-perkara yang memberi manfaat dan dengan kerelaan anak sendiri. Pendapatan tersebut pula, hanya milik anak nanti untuk kegunaan pada masa hadapan mereka.

Sumber: Astro Awani

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI