Yatt Hamzah Mohon Doakan Suami, Delegasi Malaysia Ditahan Tentera Israel Di Pintu Rafah

Pengacara dan pelakon, Yatt Hamzah berkongsi berita yang mengundang kebimbangan hatinya tentang keadaan suami dan delegasi Malaysia yang ditahan oleh tentera Israel di pintu Rafah Mesir, Sempadan Gaza. Dan mohon rakyat Malaysia mendoakan keselematan mereka.

Kira-kira jam 11 malam Rabu, Yatt berkongsi berita mutakhir tentang keadaan cemas yang sedang dilalui suaminya, Mohammad Zulfadhli Khiruddin, 27 di ruangan instagram miliknya.

Suaminya yang juga Pengarah Media Majlis Perundangan Islam Malaysia (MAPIM), Heliza Helmi dan adiknya, Hazwani Helmi antara delegasi yang gagal keluar dari sempadan Gaza. Sepatutnya gelegasi ini pulang ke tanahair pada malam Rabu.

Delegasi ini menyertai misi kemanusiaan membantu rakyat Palestin di Gaza sejak 8 Julai lalu. Berita penahanan itu dimaklumkan oleh salah seorang sukarelawan MAPIM, Dr Sany Araby menerusi aplikasi whatsapp.

 

Yatt Hamzah Mohon Doakan Suami, Delegasi Malaysia Ditahan Tentera Israel Di Pintu Rafah

IKLAN

Tulis Yatt,

Suami saya & delegasinya tidak dapat pulang ke Malaysia malam ini, ditahan oleh tentera ISRAEL di pintu Rafah Mesir, sempadan Gaza.
.
MOHON DOA SEMUA yang membaca ini mendoakan keselamatan delegasi Malaysia, untuk misi #wakeupforGaza yang digerakkan oleh #MAPIM @mapimofficial yang sedang TERPERANGKAP di pintu Rafah, MESIR yang dikawal sepenuhnya oleh tentera ISRAEL, agar diberi kemudahan dan dijauhkan dari segala mudarat.

Berita setakat ini, mereka ditahan dan tidak dapat keluar dari Rafah mengakibatkan mereka terpaksa bermalam di sana hari ini dan terlepas flight ke Malaysia yang dijadualkan malam ini.

Berapa lama mereka akan ditahan? Yang itu adalah tanda tanya kerana yang menahan mereka adalah tentera ISRAEL!

Saya pernah merasai dan mengalami sendiri perkara yamg sama, ditahan berpuluh jam di pintu keluar masuk Rafah pada tahun 2013. Memang sangat mencabar dan menduga kesabaran.

IKLAN

 

Yatt Hamzah Mohon Doakan Suami, Delegasi Malaysia Ditahan Tentera Israel Di Pintu Rafah
Doakan juga Yatt yang sedang hamil anak keempat ini tabah menerima berita penahanan suaminya dan delegasi MAPIM dari Malaysia.

Saya Mohon Doakan Keselamatan Mereka Di Pintu Rafah

Saya Yatt Hamzah, mohon sangat-sangat kita sama-sama doakan keselamatan dan kelancaran urusan mereka dan segera dilepaskan keluar dari pintu Rafah.

Antara yang menganggotai delegasi itu adalah Suami saya yang tercinta @zulfadhli_khiruddin iaitu Pengarah Media MAPIM, bersama 2 lagi team #MAPIM

Iaitu KETUA MISI Dr @saniarabyalkahery dan Mejar @zulhanisz77 Juga sahabat-sahabat saya @nurhelizahelmi @hazwanihelmi dan Setiausaha Politik Kementerian Luar juga rakan-rakan media dari @tvalhijrah114

IKLAN

LA HAWLAWALA KUWWATA ILLA BILLAH..HASBUNALLAH WANIQMAL WAKEEL. Ya Allah Kau Selamatkanlah mereka, Permudahkanlah urusan mereka, Jangan Kau persulitkan.. Aameen.

Sokonglah perjuangan dan Pengorbanan delegasi Malaysia ini dengan meneruskan menderma ke WWW.TABUNGGAZA.COM

PLEASE SHARE POST INI.. PLEASE..

MW : Mendoakan Yatt Hamzah yang sedang hamil anak keempat ini tabah dan kuat menerima berita penahanan suaminya dan delegasi Malaysia di pintu Rafah Mesir.

Sumber/Foto : Yatt Hamzah

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI