Bila Terlalu Rindu, Anak Ini Cuma Dapat Peluk Batu Nisan Arwah Ibu

Anak istimewa ini, Afiq Akhtar, 11 tahun cuma dapat meluahkan rasa rindu pada arwah ibu dengan memeluk batu nisan orang tuanya yang telah tiada. Bila dia benar-benar rasa rindu atau badannya tak sihat, mulalah dia mengajar ibu saudaranya Fatin Hanani Mohd Fauzai, 28 ke tanah perkuburan.

Perkongsian gambar anak saudaranya itu di kubur arwah ibu mengundang sebak di hati. Tak dapat bayangkan betapa rindu yang terpendam. Namun, sukar sekali mahu diluahkan.

Bangun Pagi Afiq Terus Cakap Nak Ke Kubur

Bila Terlalu Rindu, Anak Ini Cuma Dapat Peluk, Cium Batu Nisan Arwah Ibu

Kongsi ibu saudaranya,

Bila abang (Afiq Akhtar) minta nak pergi ke kubur ummi mesti ada sesuatu yang abang tak mampu untuk diluahkan. Abang akan minta ke kubur bila dia benar-benar rasa rindu atau dia tak sihat (tanda-tanda nak demam).

Hari ini (ketika status dimuat naik pada 13 Januari 2021) bangun pagi terus cakap nak ke kubur tapi hujan. Petang cuaca agak baik bawa abang ke sana. Abang ceria gembira seolah-olah satu perasaan dia berjaya lepaskan yang tak mampu dia luahkan. Tenang sahaja abang di sisi pusara ummi. Tengok sahaja telatahnya hati sayu.

IKLAN

Kebetulan hari ini, 13 Januari 2021 adalah ulang tahun kelahiran ummi abang.
Al Fatihah untuk arwah ummi abang.

Arwah Ibu Afiq Meninggal Dalam Kemalangan

Bila Terlalu Rindu, Anak Ini Cuma Dapat Peluk, Cium Batu Nisan Arwah Ibu

 

IKLAN

Allahyarham ibu Afiq meninggal dunia dalam satu kemalangan pada 23 Julai 2013. Arwah kakak Fatin meninggal pada 14 Ramadan tahun 2013 ketika dalam perjalanan pulang ke tempat kerja.

Dia keluar rumah selepas bersahur. Dalam 7.45 pagi dapat berita dia kemalangan.”

Ketika arwah ibunya meninggal, umur Afiq baru empat tahun. Manakala adiknya baru dua tahun. Afiq dan keluarga menetap dengan keluarga di Tumpat, Kelantan.

IKLAN

Tragedi yang menimpa arwah ibu pada awalnya, sedikit sebanyak meninggalkan trauma pada Afiq. Dia akan menggigil setiap kali melihat kejadian kemalangan.

Kata ibu saudaranya lagi, Afiq akan memendam perasaan apabila rindukan arwah ibunya. Bertanyakan di mana arwah ibunya.. mengapa ibunya meninggal. Afiq merupakan cucu pertama dalam keluarga dan arwah ibunya merupakan kakak sulung Fatin.

Dekat dua bulan arwah ibu dan ayah pergi, Arfan luah rindu.

Sumber/Foto : Fatin Hanani Mohd Fauzai, Mstar

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI