Kalau Tak Paksa Anak Lelaki Lipat Kain Sekarang, Sampai Tualah Jadi Kerja Mak

Bab-bab melipat kain ini memang bukan semua orang rumah suka nak buat. Tapi dah nama tanggungjawab, kenalah selesaikan juga. Barulah rumah kemas dari keserabutan.

Mak-mak yang cemerlang akan minta anak-anak baik perempuan mahupun lelaki bantu sama buat kerja rumah. Ajar basic dulu, melipat kain. Memanglah mulanya tak semengah. Lama-kelamaan, pandailah nanti anak lelaki itu.

Ini yang dikongsikan Abdul Muiez Ruslee, bila mana dulu dia bersungut asal isteri minta anak-anak bantu buat kerja-kerja melipat kain.

Katanya, kasihan tengok anak-anak. Rupanya, tanggapannya tu salah. Bila isteri terangkan alasan kukuhnya, barulah dia nampak dengan jelas. Kenapa penting ajar anak terutama lelaki melipat kain.

 

Kalau Tak Paksa Anak Lelaki Lipat Kain Sekarang, Sampai Tualah Jadi Kerja Mak

Ajar Anak Lelaki Lipat Kain Dari Sekarang..

Kata isteri, “kalau mama tak paksa anak-anak lipat kain, sampai ke tua lah kerja mama ni lipat kain. Biarlah teruk macam mana pun dia lipat. Asalkan dia orang tahu tanggung jawab.”

Itulah kata isteri bila saya kata kesian tengok anak-anak kena melipat kain kain dahulu.

Bila fikir, betul juga. Kalau tak dipaksa sekarang, sampai besarlah mereka tak tahu buat kerja.

Bila tak tahu buat kerja, bukan sekadar menyusahkan diri sendiri, malah akan menyusahkan isteri bila dia kahwin nanti.

Selepas Lipat Kian, Ajar Pula Basuh Pinggan Yang Mereka Dah Guna

Bukan sekadar lipat kain, basuh pinggan pun kami ajar. Biarlah tak bersih pun, asalkan mereka tahu. Lepas makan, kena basuh pinggan. Kalau tak bersih, kamilah yang akan bantu cuci semula.

Sekarang Iman dah relaks lipat baju. Bila suruh lipat, katanya “kacang je.”

Haa.. Belajar Cara Melipat Baju Super Mudah

 

 

Klik Sini : Satu Lagi Teknik Melipat Kain Cara Ekspress

MW : Sebenarnya proses ini memang akan ambil masa untuk anak-anak belajar. Mula-mula anak-anak akan merungut, tapi bila dah jadi kebiasaan. Anak-anak mula fikir itu tanggungjawab. Besar kelak akan menyenangkan kerja mak ayah, malah bakal isteri mereka.

Sumber/Foto : Abdul Muiez Ruslee

Jangan Lupa Komen

komen