‘Lipat Kain Adalah Me Time’ Mudahnya Nak Jadi Suami Kesayangan Isteri

Zaman sekarang ini normal sebenarnya suami basuh, sidai kain baju anak isteri. Tapi suami yang rajin lipat kain baju jarang jarang jumpa.

Bila suami ringan tulang, isteri boleh senyum melebar. Bahagia rasa hati dapat suami tak berkira dengan isteri.

Lagi-lagi bab melipat kain. Fuh! memang tak semua orang perempuan terutamanya, yang rasa seronok melipat baju.

Bak kata, Ahmad Aminurrashid Abd Aziz (Murabbi Amin) ini, “Benda paling malas di dunia – melipat kain.”

Inilah realiti perasaan seorang mak ataupun gegirl. Betul tidak? Semua kerja lain boleh dibuat KECUALI……LIPAT KAIN!”

Berbeza dengan suami ini, melipat kain itu adalah me time untuknya. Ahmad Aminurrashid kongsi pengalaman. Nak buat rasa seronok waktu melipat kain.

 

‘Lipat Kain Adalah Me Time’ Mudahnya Nak Jadi Suami Kesayangan Isteri

Cara Nak Letak Dalam Hati ‘Lipat Kain Itu Me Time’

Apa yang aku buat sebagai seorang suami. Tanggungjawab ini aku akan ambil alih.”

Giler, memang best. Inilah “Me Time” untuk aku melayan henset atau tengok movie bola ataupun berkayal. Berani hang pa nak kacau aku.
LESEN besar wo..”

Jom saya kongsikan tip menguruskan kerja mulia ini:

 

‘Lipat Kain Adalah Me Time’ Mudahnya Nak Jadi Suami Kesayangan Isteri
Kredit foto : mforum.cari.com.my

1) Saya Setkan Lipat Kain Adalah Me Time

Jadikan masa untuk lipat kain adalah “Me Time”.
– Tengok movie
– Main henset
– Berkhayal
Cuma lepas lipat depan TV, jangan lupa angkat terus dan susun dalam almari. Kalau tidak, alamatnya baju-baju yang sudah dilipat itu akan terus berada depan TV sehingga habis dipakai.

2) Guna Bakul Baju Kotor Yang Kecil

Secara psikologinya, apabila bakul kecil iya cepat penuh. “Allah dah penuh bakul ini, nak kena basuh segera ni.”

Bayangkan kalau bakul untuk baju kotor itu sebesar gajah. Tentu sekali kita akan terus dan terus mencampak baju kotor sehingga setinggi gunung juga.

3) Basuh Setiap Hari Dan Terus Sidai

Kemudian lipat setiap hari untuk baju yang sudah dibasuh hari sebelum ini.
Jadikan tabiat/hobi setiap hari, teruskan campak baju dalam mesin basuh.

Apabila dengar bunyi tittt…. titt… tittt… dari mesin basuh yang menandakan kain baju siap, terus sidai. Jangan tunggu lagi.

Dan jangan pula tidur semasa tunggu baju siap dibasuh. Alamatnya baju-baju itu akan bertapa dalam mesin basuh selama 2-3 hari lagi.

4) Sesekali Guna Mesin Dobi Layan Diri

Terus basuh dan lipat… sebab kalau tidak lipat nanti kedut.

 

‘Lipat Kain Adalah Me Time’ Mudahnya Nak Jadi Suami Kesayangan Isteri
Kredit foto : bukalapak.com

 

BONUS TIP:
Paling berguna, tidak payah lipat, lepas basuh terus sangkut guna hanger untuk jemur dan hanger itu juga la masukkan ke dalam almari.. TIP INI YANG PALING SAYA SUKA.

Sekian,

Sumber/Foto : Ahmad Aminurrashid Abd Aziz (Murabbi Amin) , Suami kesayangan isteri

Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.

Jangan Lupa Komen

komen