Sebaiknya, bila tengok orang struggle besarkan anak, jangan mengata! Tapi ringankan tulang membantu mak-mak daripada mencerca mereka itu dan ini.
Ternyata bukan mudah menjadi seorang ibu, lelah seorang ibu hanya dia saja yang tahu. Jangan samakan anak mak-mak dengan anak orang lain.
Tidak semestinya apa yang mak-mak lalui sama dengan apa yang dia lalui. Manakala sebagai lelaki dan suami, jika isteri berdepan tekanan jangan pandang ringan, cuba fahami mereka seadanya dan bantu apa yang patut.
Bila Tengok Orang Struggle Besarkan Anak
Kongsi Hanis Athirah Rusli, bila tengok orang struggle besarkan anak jangan ringan mulut mengata tapi ringankan tulang, tolong apa yang patut.
Ada ibu yang Allah anugerahkan cahaya mata yang mudah dijaga. Periang, tak meragam, mudah ketawa dan pandai main sendiri.
Ada juga ibu yang Allah anugerahkan cahaya mata yang banyak menguji kesabaran.
Pantang ibu letak, menangis.
Anak pantang tak nampak ibu, mengamuk.
Pantang orang lain sentuh, meragam.
Dua dua ibu bukan ibu yang tak baik.
Dan dua dua ibu bukan ibu yang tak pandai jaga anak.
Dua dua ibu bukan ibu yang gagal.
Cuma rezeki masing-masing mempunyai anak personaliti, karakter, kemampuan regulasi emosi, keperluan perhatian, stimulasi sensori yang berbeza.
Jangan Mengata!
Please stop kita bandingkan anak-anak high demand dengan anak easy going. Betapa rintihnya perasaan seorang ibu bila digelar tak pandai jaga anak, dan dilabel macam-macam oleh mulut orang yang tak memahami dan membandingkan anaknya.
Pedih, kecewa dan perit.
Ads
Percayalah, Allah tidak pernah menghantar seseorang yakni anak penghuni rahim dalam kehidupan tanpa tujuan dan asbab yang jelas atau sia-sia.
Tapi Ringankan Tulang Membantu
Yang penting ibu-ibu sayangi anak-anak mereka dan hiasi mereka walaupun ada kalanya terluah pelbagai emosi dan pengalaman yang berbeza. Namun tetap tak menjadikan mereka ibu yang gagal.
Anak-anak merupakan amanah Allah dan tangan kecil itu akan memimpin ke Syurga. Syurga pula tinggi nilainya, jadi inilah harga pengorbanan yang harus kita lakukan untuk meraihnya.
Sehebat mana pun kita dalam membesarkan anak, tak perlu rasa angkuh dan megah. Tak perlu nak mendabik dada dan bandingkan kita dengan orang lain.
Rezeki itu milik Allah, setiap orang rezekinya lain-lain. Cukup kita bersyukur dengan apa yang kita miliki. Okay?
Mingguan Wanita : Jika anda tidak mampu membantu orang lain, memadai diam saja. Daripada mengeluarkan kata-kata yang menyakiti hati orang lain. Renung-renungkan.
Sempena anniversary yang ke-9 bersama isterinya, ini pesan Ustaz Don, “Sentiasa Ada Ruang Perbaiki Kesilapan.”
Ustaz Don sentiasa mencuri perhatian apabila setiap kali tibanya hari istimewa, pasti saja ada titipan atau kata-kata indah buat isteri tercinta.
Selain menghargai kasih sayang isteri tercinta, dalam masa yang sama Ustaz Don turut berkongsi tip dan doa kepada semua pengikutnya di akaun instagramnya. Kongsinya:
Semoga Allah menjadikan kita semua pasangan yang bahagia di dunia dan di akhirat serta ditemukan dalam Syurga nanti sebagai pasangan bahagia seperti para Anbiya’ dengan Isteri mereka yang mulia, berkat Nabi Muhammad ﷺ .
آمِين يٰـا رَبّ الْعَالَمِين .
Doa Ustaz Don Untuk Semua
Ini doa yang saya teringin hendak baca and tulis untuk semua pada akhir malam hari ulang tahun perkahwinan kami.
Semoga bermanfaat.
Ya Allah ampunilah andai aku mengguris hati saudara-saudara ku. Dan aku memaafkan kesalahan mereka ke atas ku.
آمِين يٰـا رَبّ الْعَالَمِين
Mingguan Wanita : Happy anniversary Ustaz Don dan isteri, semoga berkekalan hingga ke Jannah.
Bila hati suami dah suka pada perempuan lain, mulalah nampak isteri tak menarik. Lepas tu asyik bandingkan dengan perempuan luar yang jauh beza dengan isteri.
Janganlah nak bandingkan perempuan lain dan kata isteri tak menarik, tak seperti dulu. Sedangkan keadaan sudah berubah dan boleh dikatakan isteri tak seperti dulu sebab dia pentingkan pada keluarga, suami dan anak-anak.
Bukan bermakna isteri tak menarik sebab uruskan kerja rumah. Tapi masa yang ada tak sempat untuk isteri bersolek mampan seperti perempuan lain.
Kena faham apa yang Firdaus Shakirin ini katakan. Isteri tak menarik sebab dia hanya berhias ala kadar dan selebihnya untuk uruskan kerja-kerja rumah. Suami kena faham!
Isteri Tak Menarik, Suami Jangan Pandang Perempuan Lain
Isteri kita tu memang TAK MENARIK…
Kita tengok isteri kita dan kita tengok tengok perempuan lain di luar, dah tentulah menang kat perempuan luar. Cantik, badan elok, pandai mekap dan wangi lagi.
Perempuan yang ada kat rumah kita tak macam tu pun.
Yala, dia tak macam sebab rumah dia yang kemas sorang-sorang, anak dia yang urus sorang-sorang.
Mana nak nampak kemas dan mana nak nampak menarik.
Bukannya dia jaga anak dan kemas rumah sambil pakai mekap 3 inci, lipstick oren, kebaya ketat. Cubalah suruh dia dok dalam rumah macam tu, kompom kita tak jadi keluar pergi kerja.
Bini keluar sidai baju pun, kita tak bagi…
Takut jiran laki ushar bini sendiri…tapi kita di luar, boleh pulak ushar perempuan lain, pastu compare dengan bini sendiri…
Isteri Berhias Ala Kadar
Isteri kita bukan tak cukup berhias untuk kita, dia cuma dibebani dengan kerja-kerja rumah dan urusan anak-anak sehngga dia hanya mampu berhias ala kadar, simple-simple saja sebab itu saja masa yang dia ada.
Pokoknya, janganlah sesekali banding isteri kita dengan perempuan lain. Tapi kurangkanlah beban dan kerja dia supaya dia mampu kelihatan menarik di mata suaminya.
Mingguan Wanita : Betul sangat aya yang dikatakan itu.
Menguruskan rumahtangga dan anak-anak bukan kerja yang mudah. Sekuat dan secekal manapun seorang wanita adakala, emosi dan mental cukup penat dan lelah. Lebih-lebih lagi jika suami tidak berusaha untuk memahami, segala urusan diserahkan pada isteri, kena tanggung sendiri.
Sebenarnya, jika isteri dah mula marah-marah walaupun hanya kesalahan kecil yang anak-anak lakukan, itu merupakan tanda-tanda dirinya dah penat mental dan emosi.
Jemput fahamkan dan hadam betul-betul perkongsian catatan Firdaus Shakirin ini.
Tanda-tanda isteri kita dah penat mental dan emosi…
Bila berbicara tentang penat, lelaki penat, perempuan pun penat…beza penat lelaki dan perempuan ialah penat lelaki banyak disebabkan oleh kegunaan anggota badan untuk melakukan sesuatu kerja… Itu penat fizikal, penat yang boleh dirawat dengan mendapatkan rehat yang secukupnya, pengambilan supplemen, pengamalan gaya hidup yang sihat, penjagaan pemakanan ataupun tido…
Penat Orang Perempuan
Tapi penat orang perempuan, banyak disebabkan oleh mental dan emosi…
Penat yang macam ni, sukar dirawat jika pasangannya tidak memahami keadaan dirinya… Ianya perihal dalaman, perasaan serta emosi yang ada didalam hati dan akal fikirannya yang berkemungkinan tidak diluahkan atas alasan untuk menjaga hati orang lain especially pasangannya
Memendam perasaan inilah yang menyebabkan kaum isteri penat mental dan emosi…
Isteri Cepat Marah Kesalahan Kecil
Tanda-tanda isteri kita mengalami penat ini ialah cepat marah atau meninggi suara untuk kesalahan kecil yang dilakukan oleh anak-anak… Contohnya, anak-anak tertumpahkan minuman, anak-anak terjatuhkan barang, anak-anak tersilap buat keje sekolah, anak-anak tidak respon apabila dipanggil dan sebagainya…
Isteri Cepat Hilang Sabar…
Apabila kita dengar isteri dah mula meninggi suara pada anak-anak, ketahuilah yang bukan kesalahan anak-anak itu besar, tapi dirinya dah penat mental dan emosi dalam melayani anak-anak
Mungkin kita sebagai suami membiarkan dia bertungkus lumus dan berperang seorang diri dengan anak-anak… Kita hanya bersilang kaki menonton rancangan kegemaran kita dikaca televisyen sambil makan popcorn atau main hp.
Isteri hilang mood untuk bergurau senda, isteri tidak mempamerkan riak wajah gembira atau bersedih – emotionless, isteri kurang ramah seperti sebelumnya, isteri banyak menjauhkan diri dari kita, isteri mengasingkan diri di dapur atau di bilik, dan isteri menangis tanpa sebab…
Dia cepat sensitive kerana dalam hatinya bergelora, fikirannya serabut, banyak perasaan bercampur aduk…
Rawat Penat Mental & Emosi Isteri
Penat mental dan emosi ni hanya dapat dirawat jika kita menolong meringankan bebanan yang dibuatnya, berkomunikasi a.k.a menyelami isi hati si isteri, menghargai apa yang dia dah lakukan dalam rumahtangga itu, bawak dia keluar atau bercuti seketika untuk menjauhkan dirinya dari persekitaran yang sama yang hari-hari dihadapnya…
Jangan biarkan isteri menghadapi penat ini seorang diri jika kita masih perlukan kehadiran dirinya dalam hidup kita…
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat.Memang ada benarnya, penat orang perempuan, banyak disebabkan oleh mental dan emosi… Pihak suamilah kena main peranan, dalam memahami keadaan isteri dan perubahan yang dialami. Jangan buat tak tahu sahaja.