Kata-Kata Ibarat Satu Doa, begitulah yang diluahkan oleh selebriti terkenal Hairul Azrene menerusi perkongsian sebuah hantaran di akaun Instagramnya.
Bukannya mudah untuk berjaya hingga tahap hari ini, sebenarnya Hairul pada zaman muda pernah bekerja sebagai tukang cat jalan.
Kata-Kata Ibarat Satu Doa
Malah ketika sedang bekerja Hairul pernah menyimpan cita-cita untuk membeli sebuah kereta sport yang ketika itu sememangnya tidak masuk dek akal untuk dirinya memiliki kereta mewah.
Menerusi sebuah foto ketika sedang bekerja cat jalan, ketika dia mengucapkan kata-kata untuk membeli kereta sport malah impiannya itu ditertawakan rakan sekerja.
“Masih tak lupa masa
“Saya kerja cat jalan 2007, masuk kerja 12 tengah malam habis kerja pukul 5pagi.
“Sebab orang dah siap nak pergi keja, tapi masa kerja tu ada kereta-kereta sport laju lalu sebelah saya, lepas tu saya apa lagi terus menjerit.
“Satu hari nanti , Aku kerja rajin-kerja
“Aku beli sebijik !!!!
“Lepas tu kawan yang kerja cat dengan saya cakap “Kau apahal? Gila!” luah Hairul.
Ads
Impian Besar, Bagus Untuk Kita Tuju
“Guys kalau kita inginkan sesuatu atau impian kita itu di gelakkan kawan, maknanya impian kita tu besar. Bagus untuk kita tuju sebab #Kata2ItuDoa. THE B E S T NEVER REST,” tulis Hairul.
Ternyata kini Hairul merupakan seorang usahawan yang cukup berjaya. Kegigihan dalam bekerja dan usaha keras kini membuahkan hasil.
“Semoga Hairul Sekeluarga Mendapat Rahmat & Barokah”
Menerusi perkongsian tersebut juga para pengikut setia Hairul di Instagram memberi komen yang cukup positif dan mendoakan Hairul sekeluarga dirahmati Allah. Malah mereka juga begitu kagum dengan semangat dan kerja keras Hairul hingga menjadi seorang yang berjaya seperti hari ini.
Ads
lelayong Alhamdulillah, semua dari Allah. Untung @hairulazreen dpt isteri cantik, anak² Ya Allah comei & keletah. Tak jemu2 nengok anak2 hairul. Semoga hairul sekeluarga mendapat rahmat dan barokah dr Ilahi. Satu pesan akak, bimbinglah keluarga ke jalan Allah. Semoga syurga tempat terakhir kalian. Aamiin
ashraf_zafran Orang mcm ni bermula dr susah hingga ke senang sbb tu dia always humble… Berbeza dgn org dh mmg senang…
eraariana_ inspirasi.doa kan sy juga berjaya mcm abg dan kak hanis ya seronok tengok family ni bahgia
dqxla.na I don’t simply to say someone “Untunglah kaya boleh beli macam macam” without value his or her hard work. Alhamdulillah and well done, Hairul!
Sumber / Sumber Foto : Instagram Hairul Azrene
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Setiap kali kelahiran anak, nama yang bakal diberikan memainkan peranan penting dalam membawa harapan dan maksud yang baik buat si anak. Atas pengharapan yang tinggi ingin anak menjadi seorang Ahli Linguistik apabila dewasa kelak, memberi idea ayah ini untuk menamakan anaknya, ‘ABCDEFG HIJKL ZUZU’.
Seorang kanak-kanak di Indonesia menjadi tular di media sosial baru-baru ini kerana memiliki nama ABCDEFG HIJKL ZUZU, lapor laman Tribunnews semalam.
Menurut bapa kepada kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Zulfahmi, 41, idea untuk menamakan anaknya dengan nama pelik itu muncul ketika dia cuba menyelesaikan permainan teka silang kata pada tahun 2009.
Jelas Zulfahmi, daripada situ, muncul idea untuk menamakan anaknya dengan susunan abjad dengan harapan agar anaknya nanti boleh menjadi seorang ahli linguistik atau mempelajari ilmu mendalam tentang bahasa.
“Terdapat maksud tersirat di sebalik nama itu. Dulu, saya berhasrat untuk mempelajari ilmu bahasa, namun cita-cita tersebut tidak kesampaian,” katanya.
Menurut Zuzu, dia lebih kerap disapa sebagai ‘Adef’ di mana huruf ‘B’ dan ‘C’ daripada namanya itu dibuang.
Zulfahmi mendedahkan bahawa semasa kecil, anaknya itu pernah dijadikan bahan jenaka oleh rakan-rakan yang menyamakan nama pelik itu dengan produk yang memiliki abjad ABC di pasaran seperti Kicap ABC.
“Oleh kerana ejekan itu, dia tidak ke sekolah selama dua hari. Namun, kami tetap memberi semangat kepadanya dengan mengatakan bahawa satu hari nanti dia akan berbangga dengan namanya,” kata Zulfahmi.
Mingguan Wanita: Memang unik sungguh nama yang diberikan. Sebagai mak ayah kita bertanggungjawab untuk berikan nama yang baik-baik dan mempunyai maksud panggilan yang baik. Kasihan pada anak, bila diberikan nama pelik-pelik sebegini.
Pandemik Covid-19 telah memberi kesan yang mendalam kepada semua terutamanya bagi para pengusaha Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS). Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) komited untuk terus membantu PMKS yang terjejas akibat pandemik kesihatan dan kemelesetan ekonomi ini. Kini ketika ekonomi sedang kembali pulih, sudah tiba masanya PMKS juga bangkit memajukan perniagaan mereka. CGC menawarkan beberapa produk pembiayaan terus dan salah satunya adalah BizWanita-i, khusus untuk usahawan wanita.
Baru-baru ini, Mingguan Wanita telah menemubual Puan Sharifah Attashah Syed Ali, Naib Presiden CGC, Jabatan Pengurusan Cawangan & Penjualan dan beliau telah menjelaskan peranan CGC dalam membantu para usahawan wanita menerusi BizWanita-i dan proses permohonan untuk skim pembiayaan ini.
Puan Sharifah telah mengesyorkan pelbagai usaha dan bantuan perniagaan oleh CGC kepada PMKS untuk terus maju terutamanya pada waktu yang mencabar ini.
“Dilancarkan pada Oktober 2015, BizWanita-i adalah skim pembiayaan terus khusus untuk usahawan wanita yang perniagaannya beroperasi kurang dari 4 tahun dengan menggunakan Dana Bank Negara Malaysia (BNM). Dana ini direka bagi memudahkan akses kepada pembiayaan bagi PMKS yang berdaya maju,” kata beliau.
Menurut Puan Sharifah lagi, BizWanita-i menawarkan pembiayaan bermula dari RM30,000.00 hingga RM300,000.00 dengan kadar keuntungan serendah 6.80% yang sangat kompetitif berbanding produk lain. Kadar keuntungan dimaksudkan sah sehingga 31 Disember 2021.
Sehingga kini, CGC telah meluluskan pembiayaan kepada 1,151 usahawan wanita berjumlah RM78.66 juta.
• Bagi permohonan kemudahan BizWanita-i, anda boleh layari laman web www.cgc.com.my, atau www.imsme.com.my, atau kunjungi mana-mana 16 cawangan CGC di Malaysia.
• Pemohon mestilah PMKS yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) serta beroperasi kurang dari 4 tahun.
• Perniagaan dikawal dan dimiliki oleh warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.
• Sekurang-kurangnya 51% pegangan saham dimiliki oleh wanita dan kakitangan utama adalah wanita.
• Pemohon berusia sekurang-kurangnya 21 tahun dan tidak melebihi 65 tahun.
• Cara bayaran balik Skim Pembiayaan Terus BizWanita-i adalah sama ada melalui Arahan Tetap (Standing Instruction), Auto-Debit atau pembayaran secara dalam talian.
Puan Sharifah sempat berkongsikan kisah seorang usahawan wanita yang boleh dijadikan inspirasi. “Pada mulanya, usahawan ini menjalankan perniagaan sebagai perkhidmatan reka bentuk dapur bagi restoran dan hotel. Akibat pandemik, perniagaan beliau terjejas dan ramai pelanggan terpaksa membatalkan urus niaga dengan syarikatnya. Beliau telah mendekati CGC dan memohon pembiayaan BizWanita-i bagi membantu kelangsungan perniagaannya.
Hasil pembiayaan itu, beliau telah beralih ke perniagaan kafe yang menjual kek dan biskut, dan berpindah ke lot rumah kedai dengan kadar sewa yang lebih rendah.
Perniagaan kek dan biskut yang dijalankan secara bawa pulang dan penghantaran telah mendapat sambutan yang menggalakkan terutamanya semasa musim perayaan. Hasil jualan itu juga dapat memastikan setiap pekerjanya kekal bekerja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).”
Skim BizWanita-i menyediakan kemudahan pembiayaan yang bertujuan untuk menampung modal kerja, kos operasi dan pembelian aset.
“Menerusi BizWanita-i, usahawan wanita PMKS ini dapat dibantu oleh CGC. Mereka boleh menjana pendapatan dengan lebih produktif melalui penambahan stok untuk perniagaan, pembiayaan dan memudahkan pengendalian. Malah, mereka dapat mempertingkatkan pengeluaran produk melalui pembelian aset yang berkenaan untuk perniagaan mereka,” tambah Puan Sharifah lagi.
1. Skim BizJamin SRF & BizJamin-i SRF
• Skim Jaminan sehingga 80% ke atas pinjaman/pembiayaan bernilai sehingga RM1 juta bagi membantu meringankan beban aliran tunai jangka pendek yang dihadapi PMKS yang terjejas. 2. Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar (TRRF)
• Melalui Dana Bank Negara Malaysia, pihak CGC turut menyediakan Kemudahan
Bantuan dan Pemulihan Bersasar (TRRF) melalui skim jaminan pembiayaan khusus
untuk PMKS dalam sektor perkhidmatan yang terjejas berikutan pelaksanaan
semula langkah-langkah pembendungan Covid-19 sejak Jun 2020. 3. BizBina-i
• Ialah skim pembiayaan terus yang disediakan khas untuk pelanggan CGC yang terjejas akibat bencana alam atau pandemik Covid-19. Ia menawarkan pembiayaan berjangka dengan jumlah minimum RM20,000.00 sehingga RM200,000. 4. BizMula-i & BizWanita-i
• Pembiayaan terus ditawarkan kepada perniagaan baru yang telah beroperasi
minimum 6 bulan dan tidak melebihi dari 4 tahun melalui skim BizMula-i dan
BizWanita-i. 5. Bantuan Bayaran Balik Pinjaman
• Melalui Program PEMULIH, pelanggan CGC telah diberi kemudahan Bantuan
Bayaran Balik Pinjaman bermula pada Julai 2021.
Selaras dengan misi CGC untuk membantu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dengan menyediakan produk dan perkhidmatan yang kompetitif, PMKS yang mendapati BizWanita-i bukan pembiayaan yang diperlukan, boleh membuat permohonan untuk pembiayaan yang sesuai dalam talian melalui platform rujukan pembiayaan/pinjaman PMKS pertama di Malaysia iaitu imSME.
imSME telah dilancarkan pada Februari 2018 dan adalah platform rujukan pembiayaan/pinjaman PMKS bagi menyuaipadan PMKS dengan Insitusi Kewangan yang terpilih bagi memperolehi pembiayaan/pinjaman.
Sehingga 31 Julai 2021, imSME telah berjaya membantu lebih 4,000 PMKS memperolehi pembiayaan/pinjaman berjumlah lebih RM 405 juta.
Layari laman web www.imsme.com.my untuk mendaftar dan memperolehi peluang pembiayaan/pinjaman bagi perniagaan anda. Rakan niaga CGC melalui imSME terdiri daripada Institusi Kewangan/Pembangunan Kewangan, syarikat Peer-to-Peer (P2P) dan Agensi Penjanaan Kapasiti.
Bagi perniagaan yang memerlukan bantuan Khidmat Nasihat Pembiayaan pula, anda boleh berurusan dengan CGC melalui MyKNP.
Tujuan MyKNP ini untuk mendapatkan pemahaman tentang faktor yang mempengaruhi permohonan pembiayaan dan mempertingkatkan pengalaman PMKS dalam situasi di mana pembiayaan mereka tidak diluluskan. Pada masa yang sama mengesyorkan pembiayaan atau penyelesaian alternatif.
Untuk maklumat lanjut berkenaan produk dan perkhidmatan CGC, anda boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan di 03-7880 0088 atau anda boleh mengunjungi mana-mana cawangan CGC di serata Malaysia.
Butiran lanjut mengenai lokasi cawangan boleh didapati di laman web www.cgc.com.my.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Satu keajaiban! Ibu hamil 28 minggu yang positif Covid-19 telah ditidurkan dan koma, akhirnya selamat lahirkan bayi secara pembedahan.
Bersyukur, kedua-duanya selamat dan ibu ini diberi peluang kedua untuk memeluk anaknya yang dikandung.
Seorang wanita di London terpaksa melahirkan bayinya dalam keadaan koma selepas dijangkiti virus Covid-19 ketika usia kandungannya mencecah 28 minggu, lapor akhbar The Sun semalam.
Kelsie Routs, 23, yang tidak menerima vaksin Covid-19, dibawa ke hospital selepas mengalami sesak nafas.
Sejurus tiba di hospital, dia diberikan bantuan ventilator dengan kadar oksigen paling tinggi.
Pasukan perubatan kemudiannya membuat keputusan bahawa dia perlu ‘ditidurkan’ bagi memberi peluang kepada tubuhnya untuk pulih.
Ketika berada dalam keadaan koma, Routs terpaksa menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayinya yang ketika itu seberat kira-kira 1.3 kilogram.
Wanita itu yang hanya sedar selepas tujuh hari koma berkata, pengalaman tersebut adalah sesuatu yang menakjubkan.
“Saya berasa terkejut kerana sebaik sahaja tersedar daripada koma, bayi saya telah pun dilahirkan. Saya memahami bahawa doktor mahu menyelamatkan bayi ini dan saya masih terkejut dengan keadaan ini.
“Kami berasa amat gembira dan akan kembali sebagai sebuah keluarga bersama bayi ini. Ia bagaikan satu keajaiban,” ujarnya.
Bayi yang diberi nama Kobe itu perlu dipantau rapi oleh pihak hospital selama lebih 40 hari sebelum dia disahkan sihat untuk dibawa pulang.
“Kobe ialah seorang pejuang yang hebat dan dia akan terus membesar tanpa memandang ke belakang,” kata Routs. – AGENSI
Mingguan Wanita : Perkara yang paling ditakuti ibu mengandung sekarang adalah disahkan positif Covid-19 dan ditidurkan. Selain bimbang nyawa sendiri, ibu juga risau akan keselamatan anak dalam kandungan. Mujur kedua-duanya selamat. Syukur!
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan https://t.me/bangkitwanitaMW
Lelaki Bangladesh kahwini wanita lumpuh berusia 69 tahun sebelum dipercayai mempergunakan isterinya untuk mendaftarkan tiga syarikat yang dikaitkan dengan kegiatan menyediakan permit kerja palsu kepada warga asing.