Begitulah, bila tengok orang pakai, kita rasa teringin, bila sudah beli simpan pula sebab sayang mahu gunakan. Rasanya ramai mak-mak berperangai macam ini.
Padahal sebelum itu sanggup berjimat dan ikat perut sebab teringin nak pakai macam orang lain pakai. Sudahnya bila sudah ada depan mata, disimpan pula sebab takut rosak kalau digunakan lasak-lasak.
Pelik tak pelik itulah realitinya. Ikuti perkongsian Siti Suryani Yaakop ini dan fahami apa yang dia jelaskan.
Bila Tengok Orang Pakai Kita Teringin
Kadang kita tengok orang pakai sesuatu benda itu, kita teringin yakmat (sangat).
Tak kisahlah. Kereta ke… Baju… Kasut ke… Jam… Mahu pun barang eletrik… Barang dapur ke atau barang kemas…
Lepas itu kita beli. Sama ada beli sebab memang kita berduit. Atau pun beli lepas kumpul-kumpul ikat perut macam hendak mati.
Mula-mula kita pakailah. Banyak betul kegunaannya masa mula-mula. Kalau barang kemas itu, cantiknya di mata kita rasa.
Sudah Beli Simpan Pula Sebab Sayang
Selepas itu, sekejap saja. Pasal benda-benda canggih ini banyak juga hendak jaga dia. Benda-benda lawa ini sayang pula hendak pakai kasar-kasar kita kata.
Akhirnya simpan. Tak guna dah. Kadang berhabuk duduk terbiar sampai sudah.
Lalu kita pakailah balik benda-benda lama. Yang jenis tak kisah nak jatuh ke apa. Mana yang senang kita sambar saja. Yang mudah hendak dijaga. Yang tidak hal pakailah lasak macam mana sekali pun.
Mingguan Wanita: Beginilah sikap mak-mak, kadang-kadang bila sudah sayang sanggup gunakan barang lama daripada gunakan barang yang baru dibeli. Padahal niat asal beli yang baru untuk memudahkan kerja, sudahnya kembali gunakan barang yang lama sebab lebih selesa. Rasa-rasa ini penyakit ke tak? Renung-renungkan.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka pada 24 Julai 2021. Peserta diberi tunjuk ajar menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Alhamdulillah berkat pagi Jumaat yang mulia ini, Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor,50 berkongsi berita gembira, bakal menambah ahli keluarga baru. Isterinya, Datin Dr. Halina Mohd Yunos hamil anak ketujuh, pada usia 41 tahun.
Teruja Tambah Ahli Keluarga
Dalam video ringkas yang dikongsikan angkasawan negara ini meluahkan rasa syukur dan keterujaan setiap anak-anaknya yang bakal mendapat adik baru. Video yang dikongsikan cukup kreatif, apabila setiap anak-anak berbisik dalam menyampaikan berita gembira tersebut.
Alhamdulillah
Syukur sangat
Everyone is excited
Semoga dipermudahkan
Amiinn …
Salam Jumaat Everyone
Love As Always
Pasangan bahagia ini mendirikan rumahtangga pada 10 Oktober 2010. Selepas 12 tahun berkahwin, mereka dikurniakan 6 orang cahaya mata iaitu Sophea Isabella,11 Sophea Natasha,9, kembar lelaki Sheikh Adam dan Sheikh Noah,5 serta kembar sepasang Sheikh Eusoff dan Sophea Emelia,2.
Ramai yang tumpang gembira dan mengucapkan tahniah dengan berita yang dikongsikan. Serta turut mendoakan semoga dipermudahkan segala urusan buat keluarga ini.
Mingguan Wanita: Alhamdulillah, seronok dan bahagianya bila ada anak ramai. Tahniah buat Dr Sheikh Muszaphar dan isteri, atas berita kehamilan anak ketujuh ini. Semoga dipermudahkan urusan kehamilan dan kelahiran bayi nanti.
Berat mata memandang, lagi berat mahu yang memikul. Terlalu besar ujian ibu ini apabila anak keduanya yang berusia setahun meninggal dunia di hari pertama anaknya di hantar ke rumah pengasuh.
Pihak MW merakamkan ucapan takziah buat keluarga Muhammad Aydan Firas Muhammad Faris Azim. Buat ibunya Safiah, semoga anda kuat menerima ujian ini.
“Tidak sangka hari pertama arwah dihantar ke rumah pengasuh menjadi hari terakhir saya dan suami melihatnya bernyawa,” kata seorang wanita yang dikenali sebagai Safiah, 29, ibu kepada Muhammad Aydan Firas Muhammad Faris Azim.
Kanak-kanak berusia setahun itu disahkan meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Setapak selepas dikatakan tidak sedarkan diri di rumah pengasuhnya di Taman Melati, di sini, semalam.
Menceritakan semula kejadian, Safiah berkata, dia dihubungi pengasuh pada jam 12 tengah hari memaklumkan anaknya kebiruan dan tidak sedarkan diri.
Menurutnya, cemas mendengar perkhabaran itu, dia bergegas dari tempat kerja ke rumah pengasuh sebelum dimaklumkan anaknya sudah dihantar ke klinik dan dirujuk ke sebuah hospital swasta.
Sudah Meninggal Dunia
“Sebaik tiba di hospital, doktor yang memberi rawatan kecemasan mengesahkan Muhammad Aydan sudah meninggal dunia. Jenazah kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
“Bedah siasat mendapati tiada unsur jenayah namun punca kematian masih belum dapat dipastikan sehingga laporan lengkap selesai,” katanya ketika ditemui di Masjid Bulatan Pahang, Kuala Lumpur, hari ini.
Jenazah Muhammad Aydan disolatkan kira-kira 30 ahli keluarga dan rakan rapat ibu bapanya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudah Sakinah, Batu Muda, Kuala Lumpur.
Safiah berkata, anak keduanya itu sebelum ini dijaga keluarganya namun dia dan suami berhasrat menghantar ke rumah pengasuh supaya arwah dapat bergaul dengan kanak-kanak lain.
Reda Dengan Pemergian
Katanya, dia dan suami reda dengan pemergian anak lelakinya tetapi berharap keadilan terhadap punca kematian dapat dicari namun bukan bermakna mahu menyalahkan sesiapa.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Rajab Ahad Ismail ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan. Katanya, punca kematian akan dimaklumkan sebaik polis menerima laporan lengkap forensik.
Sumber: Harian Metro
MW: Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat kita semua. Harapnya anak-anak kita sentiasa dilindungi Allah. Sesungguhnya mana-mana ibu ingin lakukan yang terbaik untuk anak yang dikandungnya selama sembilan bulan, namun apakan daya. Takdir penentu segala.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Nad sebak kongsi pengalaman. Alhamdulillah selepas sebulan bertarung nyawa dan ditahan di hospital akhirnya malam tadi Nad Zainal muncul menerusi sesi siaran langsung di TikTok.
Kemunculan pelakon itu selepas sebulan menerima rawatan di sebuah pusat perubatan akibat pendarahan dalam paru-paru menceritakan apa yang berlaku adalah suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Malah Nad juga berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatannya.
Nad Sebak Kongsi Pengalaman
Paling sebak apabila dia tidak sabar menatap wajah anak-anak kesayangan.
“Sudah tentu mereka gembira. Ibu bapa saya datang terlalu awal sebelum saya dibenarkan keluar hospital.
“Jadi saya minta kebenaran pihak hospital untuk saya jalan keluar ke kereta ibu bapa. Nak tengok anak-anak saya.
“Saya berjalan buat pertama kalinya dari hospital. Saya nampak Som (panggilan anak kedua), dia tunjuk ke arah saya dan cakap ‘mummy’.
“Boleh nampak dari dalam kereta, Som dah senyum dan barisan gigi dia sudah penuh. Ketika saya dalam wad, dia sakit gusi sebab nak tumbuh gigi.
“Itulah pengalaman yang saya tak boleh lupa dengan melangkah keluar kena matahari. Dia macam ‘wow’ hidup baru. Begitulah, sebulan kot tak jumpa anak,” luahnya.
Terima Kasih Pada Yang Mendoakan
Nad juga sangat terharu dan berterima kasih kepada orang ramai yang mendoakan kesembuhannya.
“Selama sebulan di hospital adalah pengalaman bermakna dan tak akan dapat saya lupakan. Ia membuatkan saya lebih menghargai kehidupan dan akan lebih berhati-hati.
“Saya akan selalu melakukan pemeriksaan kesihatan selain nak hargai semua makanan. Tak mahu buang-buang dah. Nanti kita cerita selebihnya.
“Sekarang ini saya cuma nak kongsikan keadaan saya. Apa yang terjadi sepanjang saya jalani rawatan akan saya kongsikan nanti, termasuk apa yang saya mimpi ketika tidak sedar,” sambungnya.
Tolak Supplemen Punca Sakit
Nad juga menolak dakwaan yang mengatakan punca penyakit yang dialaminya adalah disebabkan supplemen yang diambilnya.
“Timbul isu kononnya saya sakit kerana makan supplemen sampai jadi viral. Ternyata spekulasi itu tidak betul sama sekali.
“Ini sedikit sebanyak buat saya sangat bersalah sampai fikir kenapa saya sakit sampai mengganggu perniagaan orang. Ini luar kawalan saya. Saya nak terangkan ia tak ada kaitan dengan supplemen,” kongsi Nad yang akan berehat daripada dunia lakonan selepas mengambil kira pelbagai faktor serta nasihat keluarga dan rakan-rakan.
Percutian hujung tahun merupakan saat paling dinantikan oleh seisi keluarga, di mana kenangan manis dapat dicipta bersama orang tersayang. Namun, untuk memastikan percutian berjalan...