Langsir jenis ring yang menggunakan batang rod kayu biasanya lebih nampak kemas, moden dan cantik berbanding langsir guna dawai. Namun nak guna rod kayu tu agak mahal dan bajet besar. Bagi mak-mak yang nak pakai langsir jenis ring tapi dengan bajet terhad boleh cuba DIY batang langsir menggunakan Paip PVC ni.

Boleh rujuk perkongsian Encik Shafiq Abdul Hamid ini sebagai panduan;

“Yang mana teringin nak pakai langsir ring macam ni. Tapi tak dak modai nak beli kayu tu, boleh buat guna paip modai tak mahai sangat.Guna paip saiz 20mm, besi L tu boleh dapatkan di kedai eco. Yang lain-lain tu kedai hardware. Langsir saya beli kat d.i.y je”

“Boleh guna besi L yang agak kuat sikit.Terpulang masing-masing nak guna macam mana yang agak selamat.Yang ni percubaan pertama saya buat.”

“Saya cuma buat untuk satu bilik. Paip pun pakai yang dah ada saja, untuk langsir panjang 140cmx250cm. Kalau nak kira anggaran untuk 1 tingkap yang dua daun tu dalam RM5 macam tu saja.”

Bahan-Bahan Diperlukan:

Paip PVC saiz 20mm (tebal)  lebih kurang panjang 59 inci.
Besi L
Penutup hujung paip
Mesin drill
Skru dan nat secukupnya (untuk ikat besi L dan U plastik)
Cable tie

Teringin Pakai Langsir Ring Takde Modal,DIY Rod Guna Paip PVC, Jimat!

Teringin Pakai Langsir Ring Takde Modal,DIY Rod Guna Paip PVC, Jimat!

Cara Membuat:

1.Pasang Besi L dan U plastik serta skru sebegini.Teringin Pakai Langsir Ring Takde Modal,DIY Rod Guna Paip PVC, Jimat!

IKLAN

2. Kemudian pasang/ tebuk pada dinding ikut kesukaan tuan rumah nak letak tinggi mana. Ukuran saiz panjang tingkap lebih kurang 54 inci.

Teringin Pakai Langsir Ring Takde Modal,DIY Rod Guna Paip PVC, Jimat!

3.Selepas itu, letakkan paip pvc dan pasang penutup paip kiri dan kanan.

Teringin Pakai Langsir Ring Takde Modal,DIY Rod Guna Paip PVC, Jimat!

4. Kemudian ikat dengan cable tie pada bahagian skru. Fungsinya untuk mengikat kedua-dua skru tersebut supaya lebih kukuh lagi.Risiko bahaya pada kanak-kanak, Insyaa allah selamat… Jika kain langsir yang berat perlu tambah kan besi L pada tengah tingkap supaya paip pvc tidak melentur.

IKLAN

Teringin Pakai Langsir Ring Takde Modal,DIY Rod Guna Paip PVC, Jimat!

Siap!

Teringin Pakai Langsir Ring Takde Modal,DIY Rod Guna Paip PVC, Jimat!

Penambahbaikan:

1. Boleh tukar Besi L lebih tebal dan U plastik tu boleh tukar kepada besi ikut pada saiz paip.

2.Gantikan U plastik tu dengan U besi. Penutup paip bahagian hujung tu pakai U paip yang lekat dekat dinding. Ataupun U plastik tu letak dua-dua telinga tu atas besi L tu. Ia lebih kukuh.

IKLAN

3. Besi L bergantung saiz tingkap.Kalau tingkap panjang kita perlu tambah supaya takut melentur. Besi L saya pasang tu hanya dua sahaja sebab kain nipis.Kalau kain tu berat baru pasang 3.Cari yang besi punya kalau untuk kain yang tebal.Satu tingkap lekat besi L tu sekurang-kurangnya 3.

4.Boleh pasang selak untuk tujuan keselamatan jika risau anak-anak tarik nanti.

Teringin Pakai Langsir Ring Takde Modal,DIY Rod Guna Paip PVC, Jimat!

Info Ekstra!

  • Dekat hardware ada jual batang besi yang bulat untuk sidai towel, boleh juga tukar kepada tu lebih nampak kemas. Jimat juga sebatang 6 kaki x RM2 = 12 + endcap RM3.50 kiri kanan.Dah ok boleh pakai langsir ring. Besi ni ada 2 jenis, nipis dan tebal, elok amik yang tebal kalau langsir berat sikit boleh lah tampung.

Teringin Pakai Langsir Ring Takde Modal,DIY Rod Guna Paip PVC, Jimat!

Baca Lagi Disini: Tukang Jahit Ni Ajar Cara Mudah Nak Tebuk Lubang Langsir, Tak Perlu Hantar Kedai Lagi

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang nak guna langsir jenis ring, boleh cuba buat sendiri rod langsir guna batang PVC paip ni. Lebih jimat kos.

Sumber: Shafiq Abdul Hamid

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI