Selepas berkahwin, baik isteri atau suami mesti berat badan naik. Katanya sebab suami isteri senang hati dan bahagia dengan pasangan. Bagi suami, sudah tentulah sebab dah ada isteri yang jaga makan minum kan.

Walai bagaimanapun tidak semua isteri akan mengalami berat badan, untungnya bila saiz sama seperti zaman anak dara. Atau ada juga yang semakin kurus. Sebabnya, kita sendiri pun tak tahu. Adakah kerana tidak bahagia. Jangan ‘jugde’ orang begitu.

Sebenarnya berat badan naik atau turun bergantung kepada metabolisme seseorang. Mungkin juga isteri terlalu sibuk menguruskan rumah tangga sehingga tidak sempat menjaga badan. Asalkan suami dan keluarga bahagia.

Namun, apa yang menarik dikongsi oleh Dr Redza Zainol ini, bila isteri penat melampau boleh menyebabkan berat naik dengan cepat. Ada tanda lain yang perlu suami kena ambil tahu ye.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Jangan Hanya Fikirkan Anak, Suami! Isteri Perlu SELF Reward Selepas Berpenat-Lelah

Punca Isteri “Mood Swing” Sebab Kepenatan, Suami Kena Ringankan Beban, Kongsi Tanggungjawab Bersama

Info Lebih Menarik DI SINI

Terlalu Penat

Saya tarik nafas lega. Akhirnya selesai juga saya semak ebook kecemasan ni buat kali terakhir.
Sambil saya letak tangan di belakang kepala, isteri saya datang.

IKLAN

“Abang, betul ke suami yang baik akan tolong isteri tak kira apa yang berlaku.”

Saya tergelak. Halus je cara dia nak minta saya tolong.

Sebenarnya dah banyak hari isteri saya terpaksa berkorban. Saya banyak menulis bila berada di rumah. Di hospital pula saya sibuk dengan kerja.

Saya lihat wajah dia, saya tahu dia mengharap sesuatu yang besar. Dulu saya selalu anggap permintaan isteri ni tak penting. Saya fikir dia cuma mengada-ngada.

Sampai satu ketika, dia selalu nampak keletihan. Dia senang meninggi suara dengan anak-anak. Kadang-kadang, atas sebab yang kecil pun dah boleh buat dia jadi marah.

IKLAN

Rupa-rupanya, dia dah terlalu penat di rumah. Menyesal sungguh saya sebab langsung tak peka. Sejak dari hari tu, saya ubah cara saya.

Suami Kena Bantu

Ada masa saja, saya yang akan uruskan anak-anak dan uruskan rumah. Lama-lama, dia dah jarang nampak letih dan selalu tersenyum.

Dia boleh buat aktiviti yang dia suka iaitu berkebun dan membaca. Dia ada lebih banyak masa untuk diri dia sendiri.

Tapi hari ni sedikit berbeza, dia minta saya tolong kemaskan kebun dia. Walaupun tak pandai mana, saya cuba jugalah.

IKLAN

Tanda-tanda Isteri Penat Melampau

Yang saya nak ialah supaya dia tak ada tanda-tanda isteri yang penat melampau seperti:

1. Berat badan meningkat dengan cepat.
2. Asyik jatuh sakit.
3. Senang jadi marah tanpa sebab yang jelas.
4. Mudah tinggi suara dengan anak dan orang lain.
5. Tertidur ketika memandu.
6. Rasa sangat lega jika boleh memandu seorang diri
7. Rasa bersyukur sangat jika dapat mandi tanpa diganggu.

Lepas saya selesai kemaskan kebun isteri tadi, dia terus angkat tangan dan doakan

Kawan-kawan boleh #kongsikan tanda-tanda isteri yang penat melampau ni pada pasangan yang
lain. Sangat berbeza bila isteri kita tak penat dan tahu suami sentiasa membantu di rumah.

MW: Suami jangan nak komen isteri berisi ye. Kena tengok sebab apa berat badan isteri naik tiba-tiba.

Sumber: Dr. Redza Zainol

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI