Bagi yang mengalami masalah berat badan berlebihan mahupun obesiti, macam-macam cara diusahakan untuk menurunkannya. Melalui senaman, kawal pengambilan makanan dan sebagainya. Selalu yang menjadi punca berat badan berlebihan ini apabila sukar untuk mengawal pengambilan makanan dan suka makan dalam kuantiti yang banyak.
Bagi mengatasi masalah ini, sekumpulan penyelidik dari New Zealand mencipta sejenis alat menurunkan berat badan dengan mengunci rahang pemakai daripada terbuka luas sekali gus menahan diri daripada makan dalam kuantiti yang banyak, lapor akhbar The Sun semalam.
Alat Turunkan Berat Badan
Digelar sebagai ‘alat menurunkan berat badan pertama di dunia’ peranti menggunakan magnet itu menghalang mulut daripada terbuka melebihi 2 milimeter.
Menurut perekanya, alat tersebut dapat mengehadkan amalan pemakanan kepada diet berasaskan cecair.
Bagaimanapun, pemakai masih boleh bercakap dan bernafas dengan normal selain terdapat fungsi keselamatan yang membolehkan alat tersebut dicabut jika berlakunya serangan panik atau tercekik.
Bantu Cegah Obesiti
Menurut Pro-Naib Canselor Sains Kesihatan Universiti Otago merangkap ketua penyelidik, Profesor Paul Brunton, alat itu adalah selamat digunakan untuk membantu mencegah obesiti.
“Alat tersebut akan dimasukkan di sekeliling gigi oleh doktor gigi dan ia merupakan alternatif kepada prosedur pembedahan yang tidak invasif, boleh dicabut, menjimatkan dan menarik.
“Tidak ada kesan buruk jika memakai alat ini,” katanya.
Pro-Naib Canselor Sains Kesihatan Universiti Otago merangkap ketua penyelidik, Profesor Paul Brunton
Berat Badan Berkurangan
Menurut penerbitan British Dental Journal, enam responden yang mengambil bahagian dalam ujian pemakaian alat tersebut menunjukkan mereka hilang berat badan secara purata 6.36 kilogram dalam masa dua minggu.
Dalam pada itu, alat tersebut mencetuskan kontroversi di internet selepas ramai pengguna berpendapat ia tidak sesuai untuk digunakan.
Ads
“Saya rasa ia agak teruk dan menjatuhkan maruah,” tulis seorang pengguna di Twitter.
“Masalah kami, golongan berbadan gempal ini adalah kami tidak boleh menutup mulut kami (daripada untuk terus makan),” tulis seorang lagi pengguna.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Ads
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 31 Julai 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. (https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )
Pejam celik pejam celik sudah 20 tahun rupanya usia perkahwinan pelakon Edika Yusof, 54 dan isterinya, Nor Hidayah Yusri, 44.
Pelakon tampan lagi setia ini tidak sesekali meninggalkan isteri apatah lagi mengabaikannya. Biarpun rumah tangganya diuji selepas dua tahun hidup berdua dengan isterinya.
Hidayah disahkan menghidap meningitis sehingga menyebabkan dirinya lumpuh separuh badan. Selepas tempoh itu, Edika setia menjaga isteri yang memerlukan kerusi roda untuk bergerak ke sana-ke mari.
20 Tahun Usia Perkahwinan, Edika Yusof Suami Bertuah
Edika dan Nor Hidayah telah mendirikan rumah tangga pada 2003 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata, Nazirul Afiq, 22, Fardeen Nasrulhaq, 18, dan Fereena Nurulhaq, 17.
Menerusi perkongsian di laman Instagramnya, Edika memberikan ucapan yang cukup romantic dan menjelaskan dia begitu bertuah kerana dijodohkan dengan isteri tercinta.
“Saya suami yang paling bertuah kerana memiliki awak sebagai isteri. Saya bersyukur kepada Allah kerana memilikimu. Selamat Ulang tahun Perkahwinan isteriku,” tulisnya.
Istimewanya pasangan ini, biar pun rumah tangganya diuji dengan ujian isteri sakit, Edika Yusuf tetap setia.
Warga emas ini, Ismail Hamat, 67 antara salah seorang daripada 150 orang penduduk Kampung Tok Puchong, Kota Bharu, Kelantan yang tak dapat menahan air mata kegembiraan. Selepas 30 tahun, impian mendapat bekalan air bersih, akhirnya tertunai juga.
Sebagai permulaan bekalan dari Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) sudah pun mula disalurkan ke sembilan kediaman. Masing-masing yang menerimanya begitu teruja melihat air bersih keluar dari paip air di dalam dan luar rumah.
Bayangkan, sebelum ini, Ismail terpaksa berulang-alik beberapa kali membawa tong 10 liter atas motor. Semata-mata mahu ke mesin air bertapi syang jaraknya anggaran 300 meter dari rumahnya.
Semuanya demi dapatkan bekalan air bersih.
Kalau dulu, nak mandi pun sayang. Sudahlah air itu dibeli di mesin air. Jadi, cuma boleh guna untuk minum dan memasak saja. Dengan adanya air bersih ini, bolehlah keluarga ini mandi lebih puas.
Kadangkala, waktu belum ada air bersih ini.. Ismail dengan ditemani cucu perempuannya akan naik basikal. Ambil air dekat masjid.
“Hanya Allah saja yang tahu perasaan kami sebaik melihat air bersih keluar daripada paip dan disebabkan terlalu teruja, saya berkumur beberapa kali dan membasuh muka kerana ia tidak lagi masin serta payau seperti air telaga tiub sebelum ini.”
30 Tahun Ini Susah Senang Keluarga Ismail Hadap
Waktu belum ada bekalan air bersih, kesukaran ini terpaksa mereka tanggung. Pinggan mangkuk jadi berkarat, sebab cuci guna air telaga tiub yang dibina di sekitar rumah. Basuh baju pun, baju jadi warna kuning. Telaga tiub ini juga sedikit berbau, masin dan payau.
Ismail juga bersyukur sungguh dengan air bersih inilah nanti mereka enam beranak dapat meneruskan kehidupan seperti orang normal yang lain.
Kalau tiba waktu hujan lebat atau motosikal rosak, tekanan nak dapatkan air bersih makin berganda. Boleh dikatakan, separuh dah usia Ismail ini digunakan untuk mengangkut air.
Duit pun banyak dihabiskan untuk tujuan itu. Disebabkan masalah air ini, anak cucu pun jarang datang melawat. Sebab mereka tak nak bebankan Ismail sama.
Lagi-lagi keluarga Ismail menjaga dua daripada anaknya istimewa. Ahmad, 39 yang ada masalah mental dan tak boleh bercakap sejak bayi. Dan Mohd Suhaimi, 31, sejak tiga tahun terlantar akibat alami strok haba.
Dengan bantuan dan ikhtiar kumpulan aktivis masyarakat Cempaka Merah Asnaf Society inilah. Kira-kira 150 penduduk kampung berjaya menikmati bekalan air bersih yang berpuluh tahun dinantikan mereka.
MW : Tak boleh bayang 30 tahun tanpa bekalan air bersih, baru sehari pun dah resahnya macam mana. Inikan bertahun-tahun lamanya. Alhamdulillah.. akhirnya kesukaran penduduk dapat diatasi.
Fizz Fairuz kongsi berita gembira, “Alhamdulillah, wife saya selamat melahirkan anak kelima.” Pasangan Datuk Fizz Fairuz dan Datin Almy Nadia selamat menimang anak kelima.
Fizz Fairuz Kongsi Berita Gembira, “Alhamdulillah, Wife Saya Selamat Melahirkan Anak Kelima”
Menerusi perkongsian di laman Instagram, Fizz Fairuz berkongsi berita gembira yang isterinya, Almy Nadia telah selamat melahirkan anak kelima.
Hantaran yang dibuat oleh Fizz Fairuz itu dihujani dengan ucapan tahniah di kalangan rakan selebriti dan juga warga maya.
Berikut antara komen-komen rakan selebriti dan juga warga maya:
Sebelum ini, Fizz Fairuz dan Almy Nadia sudah dikurniakan empat anak perempuan iaitu Nur Afrina Arianna, 9; Nur Afrina Aurora, 8; Nur Afrina Ayra, 6; Nur Afrina Aisyah, 3. Mereka turut mempunyai seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 15.
Bagaimanapun Fizz Fairuz tidak berkongsi jantina anak kelimanya itu. Namun menerusi komen rakan artisnya, Achey, dikatakan bayi yang dilahirkan itu ialah bayi lelaki.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengantin baharu maut kemalangan motosikal berkuasa tinggi, rempuh Proton Saga. Seorang lelaki yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan dilaporkan maut dalam kemalangan membabitkan motosikal berkuasa tinggi di Kilometer 79, Jalan Kuala Terengganu–Kota Bharu berhampiran Bukit Grebar, pagi Rabu.