Apabila isteri hendak mengadu, suami janganlah malas melayan isteri. Dengarkan sahaja apa yang cuba dikongsikan oleh si isteri. Mungkin si isteri banyak kerja di pejabat atau mungkin pada hari itu si isteri banyak ditimpa masalah.
Dengarkan saja. Tidak perlu keluar apa-apa belanja pun. Hanya dengar apa yang si isteri ingin luahkan. Sebagai suami, anda bukan hanya sebagai teman hidup tetapi anda adalah segala-galanya buat seorang isteri.
Bila Isteri Nak Mengadu, Suami Jangan Malas Layan
Berikut perkongsian Imam Muda Hassan:
Apa yang membezakan rumah tangga zaman atok nenek kita dengan rumah tangga zaman sekarang? Zaman-zaman dulu memang, masalah yang dihadapi oleh kaum wanita memang tidak timbul sangat.
Ads
Zaman itu hubungan antara jiran tetangga amat rapat, duduk dekat-dekat dan biasanya ada pertalian darah. Mereka mudah bersembang, luah perasaan sambil basuh baju disungai, atas tangga dan mana sahaja mereka berkumpul.
Dengar Apa Yang Nak Diluah
Mereka tak harapkan pun suami mereka dengar dan lebih rasa ceria sebab dapat luahkan perasaan sesama mereka. Berbeza dengan zaman kita sekarang di mana kebanyakan kita tinggal di rumah teres, rumah flat, kondominium yang sibuk dengan urusan masing-masing.
Jadi peluang ibu-ibu, isteri-isteri, wanita-wanita ini nak kongsi perasaan macam orang dulu sudah tiada. Isteri zaman sekarang ramai bekerja dan perasaan stres itu memang akan ada.
Ads
Apabila mereka pulang dari kerja, mereka nak kongsikan perasaan dengan suami sebab ini yang paling dekat. Kalau suami buat tak layan, apa sahaja suami buat akan jadi tak kena dimata isteri.
Jadi kepada si suami, jika isteri anda bekerja dan dia nak cakap sesuatu tentang apa yang berlaku, dengar sahaja luahan perasaan dia walaupun anda sendiri penat balik dari kerja.
Isteri akan rasa lega, hilang penat selepas dapat ceritakan sesuatu kepada suami.
Isteri nak suami dengar sahaja.
Suami isteri, tidak kiralah yang sudah lama berkahwin atau yang masih baru, ketahuilah bahawa cinta perlulah sentiasa dibaja. Rasa cinta dan kasih sayang itu adakalanya seakan hambar bila masing-masing mula sibuk dengan urusan harian.
Cinta dan kasih sayang itu terus pudar dan layu terutama apabila masing-masing dengan dunia sendiri. Selalu juga keadaan berlaku apabila si dia masih bersama kita, si dia langsung tidak dihargai. Layan pun umpama ‘melepaskan batuk di tangga.
Melalui perkongsian Dr Redza Zainol di laman Twitternya, doktor ini berkongsi tentang situasi yang berlaku di depan matanya dan rakan. Semoga perkongsian kisah ini dijadikan tauladan bersama.
KURANG MENGHARGAI BILA DAH BERSAMA DALAM TEMPOH YANG LAMA
PERASAAN CINTA ITU PERLU DISIRAM SETIAP HARI
CUBALAH UBAH RUTIN HARIAN
BUAT TIGA PERKARA INI DALAM RUMAH TANGGA:
Kesimpulannya, jika ada sebarang masalah antara suami isteri, bawalah berbincang. Ketika berbincang, sentiasalah berfikiran rasional dan bukan semata-mata mengikut emosi dan perasaan. Semoga rumah tangga yang dibina terus kekal bahagia hingga ke syurga.
Gajet kalau terlebih-lebih penggunaannya boleh jadi orang ketiga dalam rumah tangga. Jangan! Tolonglah kawal sebelum ia makin memberi kesan buruk pada rumah tangga. Punya sibuk dengan gajet sampai nak belai pasangan pun jadi malas.
Tanpa mengira usia, ramai suami isteri hari ini jadikan gajet orang ketiga dalam rumah tangga tanpa mengambil kira perasaan pasangan dan anak-anak. Mampu setia pegang phone ke mana-mana sampai nak makan dan tidur pun masih melekat di tangan. Allah… sedih!
BEZA DULU DAN KINI
Kalau dahulu, sebelum tidur pasti ada komunikasi, bincang itu, cerita ini tetapi sekarang susah sangat hendak dipraktikkan. Masing-masing sibuk dengan hal sendiri kerana seronok ‘membelai’ telefon bimbit, komputer riba atau tablet dari melayan pasangan.
Sepatah ditanya, sepatah dijawab malah ada masanya langsung tidak berbalas. Sekejap senyum, sekejap masam, seolah-olah gajet itu lebih memahami daripada pasangan yang berada di sebelah. Teruk bukan?
JANGAN BUAT TAK TAHU YE!
Malah ada kes kecurangan suami isteri berpunca daripada GAJET! Inilah penangan gajet kalau dipraktikkan dalam sisi negatif sedangkan jika diguna dengan baik banyak manfaatnya. Kalau macam ini, eloklah betulkan cara ini sebelum keadaan rumah tangga jadi lebih keruh.
1. BALIK RUMAH, PELUK ANAK BINI DULU
Balik rumah, peluk pasangan dan anak-anak dulu. Jangan biar gajet menguasai rumah tangga anda. Letakkan had waktu untuk menggunakan gajet di rumah. Bukan tak boleh langsung tetapi biar ada waktu untuk anda saling berkomunikasi dan buat aktiviti lain.
2. WUJUDKAN KAWASAN LARANGAN GAJET
Ini patut buat sebab kadang ada mak ayah yang sibuk main phone di meja makan, malah siap bagi anak sorang satu Ipad dan tab. Jadi sila wujudkan kawasan larangan gajet di rumah seperti di bilik tidur atau ketika makan.
3. JANGAN LUPA RANCANG AKTIVITI
Kadang ramai yang tenung phone sebab bosan tak tahu nak buat apa. Jadi, apa kata anda fikir dan rancang sesuatu aktiviti menarik sebelum pasangan buka phone. Mungkin boleh buat aktiviti membaca bersama, melukis atau tengok movie bersama.
Contoh mudah: “Abang, malam ni kita baca buku bersama anak-anak ya.” Tolonglah bertukar jadi pengguna gajet yang bijak. Jangan terlalu obses hingga mengetepikan pasangan dan anak-anak.
4. BUAT JADUAL
Pelik juga jadinya kalau langsung tak buka phone, kadang ada yang bisnes. Jadi buatlah jadual. Mungkin pukul 7-8 adalah waktu LARANGAN dan selepas itu masing-masing boleh sentuh phone. Mana tahu ada yang nak reply mesej penting, bisnes atau gali berita terkini di media sosial.
5. TANAM DALAM HATI, PASANGAN DAN ANAK-ANAK ‘FIRST’
Mohon tanam dalam hati bahawa pasangan dan anak-anak adalah keutamaan. Yang lain-lain letakkan di tangga kedua, ketiga dan seterusnya.
6. JANGAN LUPA, HABISKAN KERJA DI PEJABAT
Cuba elakkan dari membawa kerja-kerja pejabat di rumah seperti mengemas kini e-mel, melayari Internet untuk mendapatkan maklumat dan sebagainya. Nikmatilah sepenuhnya saat-saat manis apabila berada di rumah.
Baik suami atau isteri, moga kita mampu jadi pasangan terbaik untuk si dia dan anak-anak. Nak selamatkan anak daripada masalah main gajet, mak ayah dulu kena selamatkan diri daripada ‘tekan-tekan phone’ depan anak-anak!
Isu mak mentua dengan menantu seakan satu topik yang tiada kesudahannya. Buat mak-mak yang anaknya sudah kahwin, jangan sampai wujud status menantu pilihan dalam keluarga. Tak semestinya menantu kaya, anak anda bahagia.
Tak semestinya menantu berdarjat, anak anda bahagia. Boleh jadi dia melihat isterinya sebelah mata sahaja. Tak semestinya menantu ada bergelar sarjana agama, anak anda bahagia. Boleh jadi ilmunya cuma di akal sedangkan akhlaknya entah ke mana.
Jadi kepada anda yang suka ‘tayang’ menantu siap bagi tahu apa pangkat, di mana kerja, berapa gaji, berapa biji banglo dan kereta mewahnya cubalah beringat, tiada siapa dapat menilai kejayaan manusia itu melainkan Penciptanya. Malangnya apabila para mertua tengah berkumpul sakan bersembang tiada isu lain yang jadi kegemaran melainkan tayang kemewahan anak menantu.
JANGAN MEMBANDING-BANDINGKAN
Dalam keseronokan menjadi ahli kelab pencen banyak perkara yang seharusnya dijadikan panduan dalam berkawan. Jangan sesekali lukai perasaan orang lain dengan cuba membanding-bandingkan anak menantu kita dengan anak menantu mereka.
Jika berkawan sudah seperti saudara kandung memanglah seronok sebab hati kita sentiasa suka apa yang kawan kita suka tetapi jangan sesekali lupa Nabi Yusuf juga didengki saudara kandungnya apatah lagi kita. Anak-anak Nabi saja mendengki adik tirinya bagaimana pula kita yang bukan anak Nabi mestilah lebih jahil dari mereka. Hati manusia susah hendak diduga, seeloknya hindarkan rasa megah diri untuk mengelakkan daripada penyakit hati.
Urusan membangga-banggakan anak menantu boleh jadi membawa kesan positif jika mahu memberi pengajaran pada orang lain. Tetapi jangan pula terbakar amal soleh kita disebabkan hasad dengki yang tular akibat tabiat suka tayang hebat.
Tiada siapa mampu menilai anak sendiri inikan lagi menantu, hanya kepada Allah kita serahkan urusan mereka. Peliknya jika jumpa menantu dua kali setahun tapi duduk sebumbung. Boleh jadi dalam ketawa anak kita sebenarnya dia sedang menutup aib suaminya. Dalam tangisannya pula boleh jadi dia sedang belajar tentang kehidupan sebenar di bawah penjagaan seorang lelaki yang sebenar.
Sebagai ibu bapa tiada hak untuk mencampuri urusan rumah tangga mereka melainkan mereka meminta kita menjadi pendamai bukan penghasut. Apa yang tersembunyi tak perlu dikorek dan apa yang mereka kongsi seharusnya diraikan. Maka itu tak perlu tayang pada dunia apa yang kita tak nampak. Berpada-padalah dalam urusan membanggakan zuriat. Jangan melampau pujian diberi kerana ia boleh merosakkan hati.
Kalau begitu, berdosakah jika kita suka ‘tayang’ menantu? Tidak, bahkan dianjurkan jika itu merupakan suatu cara mengukuhkan hubungan persaudaraan, tak kenal maka tak cinta. Memperkenalkan menantu kepada kawan-kawan adalah ibadah kerana ia menepati sunnah Rasul s.a.w yang menggesa kita bersilaturahim.
Rasulullah SAW bersabda: “Al-Rahim itu bergantung di Arsy. Dia berkata: Sesiapa yang menyambungku maka Allah akan menyambungnya dan sesiapa yang memutuskanku maka Allah memutuskannya. (Hadis Muttafaq ‘alaih)
PANDUAN PILIH MENANTU
Panduan memilih menantu telah diajarkan melalui wahyu, Allah tunjuk kepada kita bagaimana ciri-ciri menantu semulia Nabi Musa AS. “Wahai bapaku ambillah dia sebagai pekerja kerana sesungguhnya orang yang paling baik adalah yang kuat lagi amanah.”
Dalam tafsir Ibnu Kathir makna ayat ini menurut Umar, Ibnu Abbas, Abu Malik, Qatadah dan selainnya: “Ketika wanita itu berkata begitu kepada bapanya, bapanya bertanya: Apa yang kamu tahu tentang dia? Wanita itu berkata: Dia telah mengangkat batu besar yang tidak dapat diangkat oleh 10 orang lelaki dan ketika aku datang bersamanya berjalan di hadapannya, dia berkata berjalanlah di belakangku. Jika dia berbeza arah denganku maka dia melemparkan batu kerikil agar aku mengetahui ke mana dia berjalan.”
REALITI MENANTU ZAMAN SEKARANG
Ciri-ciri kepemimpinan seorang lelaki jelas terserlah melalui kisah ini dan rasa belas kasihannya kepada wanita membuat dia kelihatan lebih gagah. Malangnya lelaki zaman sekarang ramai yang minta dilayan lebih dan dijaga melebihi raja-raja.
Makan pun isteri yang carikan, kerja-kerja berat semua serah kepada isteri bagaimana pula kita suka memuji menantu-menantu sebegini dengan pujian mencecah awan? Entah-entah solat pun tak buat, agama tak pakai, sibuk saja dengan urusan dunia. Bukankah yang terseksa anak kita juga?
Menantu kebanggaan yang semestinya disyukuri oleh para mertua seharusnya mementingkan kekuatan akal, fizikal dan spiritual sebagai penjaga anak kita. Nafkah zahir dan batinnya hanya boleh dipenuhi dengan 3 kekuatan tersebut.
Kemudian amat menjaga kesucian pergaulan, keikhlasan hati dari syahwat sehingga begitu ketat menundukkan pandangannya. Zaman ini masihkah ada lagi orang yang mencari menantu sebaik Musa atau agama tidak lagi menjadi syarat penting? Oleh itu tak payahlah tayang menantu jika tak cukup syarat lelaki segagah Musa.
"Ini baju raya kita awak, murah kan? Tak percaya ke? Percayalah sebab saya sangat kedekut, akui Nad Zainal yang berkongsi baju rayanya bernilai RM80.99 untuk tahun ini.