Waktu Terbaik Peluk Isteri, Tak Payahlah Tunggu Merajuk Baru Nak Rangkul

Suami kalau hendak peluk isteri, bila-bila masa pun boleh. Tidak dapat dinafikan, ramai suami-suami pada zaman sekarang buat-buat lupa kelebihan memeluk isteri. Satu hal yang cukup mudah, lima minit pun tak sampai tapi payah sungguh nak dilakukan.

Lagi-lagi kalau sudah berumah tangga lebih 10 tahun atau anak sudah besar panjang, makin kuranglah ‘aktiviti’ memeluk isteri. Alasannya, malu kat anak atau tak perlu dah nak peluk-peluk. Yang penting, saya sayang awak! Kasih sayang tu sebenarnya kena diluahkan. Barulah hubungan dua pihak makin akrab dan menjadi lebih mesra.

Waktu Terbaik Peluk Isteri, Tak Payahlah Tunggu Merajuk Baru Nak Rangkul

BERTINDAK SEBAGAI PENAHAN SAKIT

Tahukah anda bahawa ketika suami memeluk isteri, sejenis bahan kimia akan dibebaskan. Hormon tersebut ialah hormon gembira atau endorfin. Ia bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan resah gelisah. Nah! bestkan. Tak perlu dah nak makan ubat bagai.

IKLAN

Dalam pada itu, ada lagi hormon yang akan dibebaskan ketika memeluk isteri. Ini dipanggil hormon cinta atau oksitosin. Tak perlu dah nak meliar cari cinta di luar ya para suami. Peluk saja isteri anda dan hormon cinta akan dirembeskan.

Malah daripada riwayat Abu Daud, Rasulullah SAW kebiasaannya setiap hari tak lupa mengunjungi para isteri dan akan menghampiri dan membelai walaupun tak mencampuri mereka. (kerana bukan giliran bermalam untuk isterinya).

Akhlak rasulullah SAW dalam menyantuni para isterinya seharusnya dijadikan contoh.

IKLAN

Bukan mudah pun mahu memeluk isteri. Jangan sampai anda fikir memeluk isteri dah tak relevan. Sebabnya sambil-sambil melihat isteri lalu lalang di rumah tu, cuba-cubalah tarik dan peluk seketika.

Waktu Terbaik Peluk Isteri, Tak Payahlah Tunggu Merajuk Baru Nak Rangkul
Kredit foto: Unsplash

BILA WAKTU TERBAIK SUAMI HENDAK PELUK ISTERI: 

1.    Ketika isteri sedang berada di dapur; memasak atau membasuh pinggan mangkuk rangkullah isteri dari belakang dan peluklah dirinya dengan mesra. Sebab dengan cara surprise ini, isteri yang sedang keletihan akan rasa dihargai dan hilang lelah. Biarpun anda tak membantunya, sentuhan mesra itu sudah cukup membahagiakan.

2.   Sebelum keluar ke tempat kerja. Cubalah peluk isteri 10 saat sebelum keluar ke tempat kerja. Kalau dapat peluk seminit lagi bagus. Khabarnya boleh panjangkan usia anda dan isteri sama. Tapi jangan lebih dari waktu itu, lain pula jadinya nanti.

IKLAN

3.   Peluk ketika tidur. Tidur di atas lengan suami adalah nikmat yang paling indah sekali. Peluklah pasangan anda agar terbebas hormon cinta dan hormon bahagia itu.

Waktu Terbaik Peluk Isteri, Tak Payahlah Tunggu Merajuk Baru Nak Rangkul
Kredit foto: Unsplash

4.   Semasa menonton televisyen bersama-sama. Dakaplah isteri di sebelah. Jika cerita romantis yang ditonton, pastinya rangkulan itu akan jadi lebih mesra. Kalau cerita seram yang ditengok, boleh tarik isteri letak bawah ketiak. Eh.. eh.. gurau je ni. Yang sebetulnya, dakaplah dan tenteramkanlah dia yang sedang berasa seram di sebelah.

5.   Peluk ketika isteri sedang merajuk. Ini salah satu cara terbaik untuk memujuk isteri yang sedang merajuk. Orang perempuan ini bukanlah nakkan wang ringgit sangat, kalau dia sedang merajuk kata-kata mesra dan rangkulan kasih pun dah boleh memujuk hati yang panas. Sebenarnya tak perlu nak tunggu merajuk baru suami beria nak peluk isteri. Bila-bila masa pun suami boleh peluk isteri.

Artikel ini diolah daripada artikel asal Mingguan Wanita 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI