
Ibu Mentua Pun Bukanlah Sempurna Jadi Janganlah Asyik Cari Kesalahan Menantu
Seringkali kita mendengar konflik yang berlaku antara menantu perempuan dengan ibu mentua. Menurut ahli psikologi Terri Apter dari Universiti Cambridge menunjukkan bahawa tiga daripada empat pasangan suami isteri menunjukkan konflik yang ketara dengan ibu mentua mereka.
Hubungan buruk ini tentunya berpunca daripada banyak perkara. Dalam kajian dan bukunya, Terri mendedahkan terdapat beberapa sebab biasa yang menjadi masalah antara menantu dan ibu mentua iaitu rasa diri lebih baik dalam semua perkara dan tidak menghormati batasan antara satu sama lain.

Bagi mereka yang mempunyai hubungan baik dengan keluarga mentua, tidak menjadi masalah. Bagaimanapun, apabila sudah tinggal sebumbung, mungkin juga krisis bersama mentua atau adik-beradik ipar duai akan berlaku.
BEBERAPA PERKARA YANG SERING DIPERSOALKAN OLEH IBU MENTUA DAN AHLI KELUARGA MENTUA ANTARANYA:
- Tekanan untuk mendapatkan zuriat yang sering menjadi pencetus ketegangan antara menantu dan ibu mentua.
2. Adik beradik yang lebih tua cuba campur tangan malah mengawal rumah tangga.
3. Ibu mentua yang serba tahu itu merasakan dia betul dan mahu menunjukkan kuasa dan kawalan dalam perkahwinan anaknya.
4. Apa yang diyakini dan difahami oleh ibu mentua itu tidak selari dengan menantu.
5. Kepercayaan ibu mentua bahawa menantu mereka tidak layak atau tidak baik untuk anak mereka.

6. Semua masalah yang berkaitan dengan perbezaan cara membesarkan anak.
7. Perbezaan sifat atau watak.
8. Masalah kewangan (memberi atau meminjam wang)
9. Tekanan menyesuaikan diri dengan pemahaman agama atau kepercayaan adat.
Masalah ini akan lebih terasa apabila menantu dan ibu mentua tinggal bersama. Sebab itulah apabila membina rumah tangga, pasangan suami isteri perlu bersedia untuk tinggal berasingan dengan ibu bapa.
Sumber: fimela.com
Kredit foto (top image): Pexels
Selagi Bahagia, Pedulikan Cakap-Cakap Orang Yang Cuba Tentukan Hala Tuju Rumahtangga Kita

Selagi Bahagia, Pedulikan Cakap-cakap Orang
Pedulikan Cakap-cakap Orang Luar
Jangan Biarkan Orang Tentukan Rumah Tangga Kita
“Bila Dah Sampai Kampung, Tolonglah Hadamkan 10 ‘Jangan’ Ini…”

Seronok dan pastinya orang kat kampung dah meriah nak beraya dan ziarah menziarahi sanak-saudara dan jiran tetangga. Kalau perkara ini juga diambil mudah, tak mustahil suatu hari kelak anak-anak yang sudah dewasa tidak kenal saudara mereka sendiri mahupun jiran tetangga yang berdekatan.
Tetapi kalau dah sampai kampung, jangan pula buat-buat lupa nak hadam beberapa perkara yang dikongsi saudara Amir Syahir ini ya…
Ramailah anak-anak perantauan dari bandar pulang ke kampung untuk menyambut hari raya bersama keluarga tercinta.
Dalam kita berhari raya, ada beberapa perkara yang kita perlu ambil tahu. Antaranya :
1. Jangan Bagi Mak Buat Kerja
Mak ni kalau anak-anak balik kemain lagi gembiranya dia. Tetapi jangan pula kau ambil kesempatan. Bila balik nanti baju mak basuhkan, pinggan mak cuci. Pastu mak juga yang masak. Kau tu tak tolong apa pun. Kasihan la dekat mak. Sama-sama la bantu, baru meriah.
2. Jangan Tak Bagi Duit Raya Kepada Mak Ayah
Bagi la duit raya kat mak walaupun sedikit. Bagi setakat yang mampu. Duit setiap bulan yang kau bagi tu lain. Biar la mak ayah seronok sikit.
3. Jangan Lupa Bawa Buah Tangan
Janganlah balik dengan tangan kosong. Bawa apa-apa barang makanan seperti kek, kuih muih dan sebagainya. Sekurang-kurangnya ada juga buah tangan buat yang menanti.
4. Jangan Asyik Dengan Telefon Pintar
Bukan tak boleh main telefon tetapi biar berpada-pada. Jangan 24 jam asyik dengan telefon je.
5. Jangan Menunjuk-nunjuk
Kita adik-beradik, saudara mara tidak perlu nak menunjuk-nunjuk sapa lagi kaya. Jangan duk datang beraya tayang barang kemas sampai ke lengan. Jangan duk sembang baru beli kereta baru, baru beli telefon Iphone X, duk cerita balik bercuti oversea. Hormat adik beradik yang kurang kemampuan daripada kita.
6. Jangan Cakap Lepas
Kalau bersembang dengan sedara mara atau sahabat handai, jaga kata-kata. Jangan cakap main sedap mulut je. Dah elok bermaaf-maafan, ada pulak yang bermasam muka nanti.
7. Jangan Mengeluh
Bila balik kampung, jangan nak mengeluh kalau rumah sempit la, bilik tak cukup selasa la, panas la. Tidur ramai-ramai kat ruang tamu pun syok juga. Setahun sekali kan. Tapi pastikan aurat terjaga.
8. Jangan Mudah Sentap
Jangan mudah terasa dengan tutur kata adik beradik ipar duai. Dorang saja nak bergurau. Kau yang cepat emosi dan sentap sangat.
9. Jangan Malas Basuh Pinggan Sendiri
Jangan makan lepastu tinggal pinggan mangkuk dekat sink. Kesian adik perempuan bongsu kau asyik jadi mangsa. Haha. Ajar anak untuk tolong mak basuh pinggan dan kemas meja lepas makan. Anak lelaki tolong kemas rumah, sapu sampah. Baru syok.
10. Jangan Merokok Berdekatan Anak Kecil
Yang paling penting, JANGAN merokok dalam rumah, dekat ruang tamu, atau di meja makan. Asap merokok boleh lekat dekat sofa pastu anak-anak duk main. Boleh membahayakan kesihatan. Kalau nak merokok kau pergi merokok jauh-jauh dekat luar rumah.
Itu antara perkara yang kau kena ingat. Hari Raya kan hari untuk bergembira. Jadi, jangan rosakkan mood orang lain untuk beraya.
Sekadar berpesan-pesan.
SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR & BATIN.
“Lebih Rela Minum Jamu, Berurut.” Tidak Mendapat Rawatan Sepatutnya, Punca Wanita Mati Putik Bercerai

“Lebih rela minum jamu, berurut.” Tidak mendapat rawatan sepatutnya, punca wanita mati putik bercerai. Masalah seksual dikatakan isu yang dipendam kebanyakan wanita.
Takut dipandang serong dan dicop yang bukan-bukan membuatkan wanita lebih rela mendapatkan rawatan alternatif daripada berjumpa pakar.
Lebih Rela Minum Jamu
Masalah seksual seperti mati putik yang dialami wanita adalah antara penyumbang tertinggi kepada kes perceraian di Kelantan dan Selangor.
Pensyarah Perubatan Jabatan Perubatan Keluarga, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr Rosediani Muhamad berkata, tiga daripada 10 wanita pernah atau sedang mengalami masalah mati putik bercerai dengan pasangan masing-masing.
Katanya, mati putik atau nama saintifiknya disfungsi seksual wanita mungkin tidak menjadi masalah besar bagi sebahagian wanita, namun ada sebilangannya pula merana dalam diam disebabkan malu untuk mendapatkan bantuan sedangkan ia boleh dirawat.
Artikel Berkaitan: Suami Isteri Kena ‘Tackle Balik’ Hati Pasangan, Barulah ‘Kelambu Dingin’ Jadi Hangat
Berurut
“Wanita yang mengalami disfungsi seksual biasanya merasakan seks tidak lagi menjadi keutamaan dalam kehidupan sedangkan menjaga kesihatan seksual adalah suatu ibadah serta kunci dalam membentuk perhubungan mawaddah dan sakinah dalam rumah tangga.
“Perasaan malu dan tabu terus menghantui dan membatasi mereka sehingga masalah yang dibiarkan itu menjadi parah apabila suami juga tidak mempunyai ilmu untuk membantu,” katanya.
Mengulas lanjut, Dr Rosediani berkata, kebanyakan wanita di negara ini yang menghadapi masalah mati putik cuba mencari jalan penyelesaian dengan memilih produk berbentuk jus atau minuman bagi meningkatkan keintiman untuk melakukan hubungan seks.
“Selain itu, ada juga yang memilih kaedah berurut atau bertemu bidan bagi menyelesaikan masalah mereka, walau bagaimanapun, keberkesanan yang diperoleh daripada rawatan itu tetap mengecewakan.
Tidak Mendapat Rawatan Sepatutnya
“Terdapat tiga punca utama masalah ini berlaku iaitu masalah dalam diri sendiri seperti kesibukan dengan kerja, tekanan berpanjangan, proses kehidupan yang meletihkan seperti proses mengandung, melahirkan, menyusukan, membesarkan anak, mengambil pil perancang, mempunyai penyakit kronik seperti kanser.
“Selain itu, faktor persekitaran dan didikan keluarga juga antara punca masalah mati putik. Kefahaman mengenai seksualiti yang cetek serta kurangnya komunikasi, toleransi, kefahaman berkaitan seks atau hubungan intim turut menyebabkan hubungan suami isteri semakin renggang.
“Dalam hal ini, suami perlu memainkan peranan penting dalam mengemudi rumah tangga dan menjaga perhubungan dengan pasangan.
“Sikap suami yang berang, tidak pandai menunjukkan rasa cinta dan kasih sayang, berat tulang, tidak pandai berkomunikasi, memujuk isteri untuk merasai kenikmatan melakukan hubungan seks juga antara punca masalah ini berlaku,” katanya.
Baca Juga Di Sini: Ramai Yang Gagal Lakukan Rawatan Penutup Pantang, Ini 5 Sebab Wanita Lepas Bersalin Kena Alert!
Punca Wanita Mati Putik Bercerai
Beliau juga berkata, bagi mencegah masalah mati putik, setiap pasangan perlu memperbetulkan niat mereka terhadap hubungan seks dengan menganggap ia sebagai ibadah, meningkatkan komunikasi dan toleransi, mengubah cara hidup yang lebih mesra keluarga dan menzahirkan kasih sayang antara suami isteri.
“Bagi mereka yang mengalami masalah ini, jangan segan atau malu untuk mendapatkan rawatan atau nasihat daripada doktor di mana-mana Klinik Kesihatan, Klinik Kesejahteraan Wanita dan Klinik Rawatan Keluarga.
“Masalah mati putik juga mampu dirawat dan dicegah dari awal sebelum ianya memudaratkan diri dan pasangan masing-masing. Kongsi masalah anda kerana anda juga layak untuk dapatkan hidup yang lebih bermakna serta keluarga yang bahagia,” katanya.
Mingguan Wanita : Sebaiknya bila mak-mak merasakan kesihatan seksual merosot, cuba berjumpa pakar dan dapatkan nasihat untuk mengatasinya.
Sumber : Berita Harian
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita