Isteri nak tinggal berasingan dengan mentua. Itu adalah sebaiknya buat pasangan yang baru berkahwin. Mungkin ada yang fikir dua tiga kali terutamanya mengingatkan tanggungjawab yang baru dipikul.

Beruntungnya kalau dapat mentua yang faham dan tiada halangan untuk anak dan menantunya berdikari. Namun, tak mustahil juga ada yang terus ‘ikat’ kaki supaya tingga bersama.

Tak kisahlah tinggal bersama atau isteri nak tinggal berasingan, tapi kenalah tanggung sendiri jika berlaku di belakang hari. Walaupun tak semua mentua begitu tapi sebaiknya tinggal berasingan, ruang privacy but suami isteri.

Persoalannya, ada jenis suami yang lebih mengikut kat ibunya berbanding isteri. Tak terima pandangan isteri untuk tinggal berasingan. Akhirnya akan ada ‘bunyi-bunyi’ pula nanti.

Jadi, suami jangan ambil mudah, kalau isteri nak tinggal berasingan, tunai dan wajib sediakan. Jangan sampai isteri tuntut nafakah diri, seperti perkongsian oleh Khairul Fahmi Ramli ini.

Baca Artikel Menarik Di Sini: Mentua Tinggal Dengan Menantu Perempuan, MULUT KENA JAGA, Barulah Menantu Tak Benci, Marah

Bila Jadi Mentua Terimalah Menantu, Layan Seperti Anak Sendiri Bukannya Macam ANAK TIRI

Isteri Nak Tinggal Berasingan, Wajib Sediakan

Banyak yang bertanya kepada pihak kami, sama ada isteri berhak untuk dapat rumah yang berasingan daripada keluarga suami mahupun keluarga isteri itu sendiri.

Ini kerana ramai wanita yang telah berkahwin tidak tahu bahawa rumah adalah satu nafkah wajib yang perlu disediakan oleh suami selepas bernikah.

Tak perlu pun beli jika masih belum berkemampuan. Cukup sekadar menyewa terlebih dahulu asalkan rumah tersebut selesa, selamat dan lengkap dengan segala keperluan asas.

Menurut Hukum Syarak, sekiranya seorang isteri berasa tidak selesa dan meminta kepada suaminya untuk menyediakan kediaman yang berasingan daripada mana-mana pihak, suami tersebut wajib untuk sediakan.

Mengikut undang-undang pula, jika suami tidak menyediakan nafkah yang diperlukan, maka isteri tersebut berhak untuk membuat Tuntutan Nafkah Diri di Mahkamah Syariah. Ini bertujuan untuk menjadikan nafkah seorang isteri itu konsisten dijelaskan oleh suaminya.

Tanggungjawab menyediakan nafkah ini adalah beban dan tanggungjawab yang berat ke atas suami kerana dia perlu mengutamakan nafkah isteri dan anak-anak terlebih dahulu berbanding pemberian kepada ibu bapa.

Cuma dalam Islam, galakkan untuk suami isteri dan seluruh keluarga bergaul dengan baik adalah satu perkara yang dituntut. Insya Allah jika ada wanita yang sanggup berkorban dan sanggup tinggal bersama mentua dengan pergaulan yang baik, maka ganjaran besar menanti di akhirat kelak.

Namun, sekiranya seorang isteri itu tak sanggup dan tidak selesa, WAJIB bagi semua tersebut menyediakan kediaman asing di samping tidak melupakan tanggungjawabnya sebagai Anak Lelaki.

Mingguan Wanita : Betul sangat. Kalau duduk rumah sendiri nak tonggang terbalik pun tak kisah. Tapi kalau tinggal dengan mentua, faham-faham sendirilah, walaupun mentua tak kisah pun.

Sumber: Fahmi Ramli
Peguam Syarie & AIA Takaful Consultant

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI