https://www.facebook.com/Xeawenn/posts/1200452880089024?pnref=story

Saban hari tanpa sedar anak-anak dibebankan dengan aktiviti yang memenatkan mereka. Mungkin ibu merasakan yang masa depan anak tidak akan gemilang andai tidak dilatih dari kecil. Jadi ibu mula berikan mereka dengan rutin harian yang padat.

Bermula dari sekolah, belajar tuisyen dan sebagainya. Tapi bukan semua anak boleh terima rutin padat sebegitu. Mereka juga stress seperti orang dewasa.

Inilah yang dikongsikan Ida Chang tentang kisah anaknya yang pada mulanya disangka sakit. Selepas mendapat rawatan pakar barulah dia tahu yang anaknya cuma stress. Lihat apa tindakan lanjut ibu ini.

Apa Yang Perlu Dibuat

Kamu percaya tak? Kanak-kanak juga stress. Ini cerita saya. 2 tahun lalu, Aaron masuk wad 5 hari sebab selalu sakit perut sampai muntah-muntah. Tapi tak cirit birit.

Kulit beruam, sapu apa ubat pun tidak sembuh.

Pagi itu, dia tiba-tiba muntah sampia pucat. Saya tak jadi hantarnya ke sekolah. terus patah balik. Bawa dia pergi ke kecemasan Hospital dan terus kena tahan.

Betapa saya sangat susah hati waktu tu. Saya salahkan berat badan dia. Sebab dia ‘gemuk’. Sepanjang di wad, berpuluh-puluh test doktor buat untuk dia. Sehingga ujian jantung pun dibuat.

Sampailah san dan result menunjukkan, anak ini di usia 9 tahun tekanan darah tinggi, gula tinggi, kolesterol tingg dan hati bengkak.

4 Sebab Ini Anak Jadi Stress

Tak cukup scan di Hospital saya bawa dia scan dengan Dr Kissey. Di situ bila di scan semula, OK pula.

Ini nasihat Dr Kissey pada saya. “Mama anak ini tak sakit. Tak sakit apa pun.. dia STRESS” Apa yang perlu mama buat kurangkan dan hentikan semua aktiviti yang buat dia stress. Itulah pesan Dr Kissey dekat saya.

Bila pulang ke rumah. Saya teliti semua aktiviti anak sepanjang hari dan sepanjang minggu. Saya tanyakan pada dia, apa yang dia tak suka sebenarnya tapi terpaksa sebab saya suruh. Kata anak,

Dia tidak suka pulang sekolah terus tuisyen hari-hari.
Tidak mahu naik bas sebab panas, sempit dan sepanjang masa diejek oleh kawan-kawan sebab ambil ruang yang besar waktu duduk.
Tidak suka ada jawatan di sekolah sebab dia penat dan tak sanggup buat kerja tu.
Tak rehat langsung, 6 hari tuisyen/belajar saja. Tiada masa untuk diri sendiri.

Mendengar semua luahan anak, saya terus ambil keputusan untuk tak hantar tuisyen lagi. Serta merta stop naik bas sekolah. Sebaliknya saya hantar dan ambil dia di sekolah.

Syukur Puji Tuhan, dia tak muntah-muntah lagi. Semua keputusan ujian darahnya pun normal dan kulit yang beruam teruk pun sembuh.

Jadi mak-mak, anak pun ada stressnya. Bila anak stress banyak penyakit yang susah sembuh. Berulang-ulang dan kadang-kadang kita ingat anak bohong saja. Sebab alasan tak mahu sekolah. Tapi bukan alasan itu.

Ini Permulaan Kisah Stress Anak Saya

Saya ceritakan semula kisah anak macam mana anak saya stress teruk sampai masuk wad. Aaron masuk tadika Cina pada usia 5 tahun. Sebab dia biasa bergaul dengan anak-anak taska.

Dia pun tak ada masalah menyesuaikan diri di tadika. Dia tak menangis macam anak-anak lain. Orang kata steady saja.

3 hari tadika saya hantar dan ambil. Hari ke-4 saya kasi naik bas sekolah.

Pergi tadika naik bas sekolah. Pulang pun naik bas sekolah. Dan bas itu terus hantarnya ke rumah cikgu yang ajar tuisyen. Kamu tahukan apa aktiviti yang saya beri selain tuisyen.. banyak!

Kelas piano, kelas art, kelas Abacus Mental Arithmetic, kelas taekwando.

Bila masuk darjah 1, dia memang pandai. Dia petang jawatan penting di sekolah. Ikut banyak kegiatan kurikulum di sekolah, wakil sekolah dalam macam-macam pertandingan.

Semua result dia A+.

Akhirnya Saya Tersedar

Dia mula mengadu sakit perut bila bangun pagi. Dia mengadu penat tak mahu aktiviti yang banyak. Tapi waktu tu entah kenapa saya tak terfikir yang anak saya stress. Saya abaikan saja luahan dia. Dan saya anggap tak penting. Tak mungkin kanak-kanak stress.

Masuk darjah 2, masih juga naik bas bas sekolah tuisyen macam-macam kelas. Saya nampak perubahannya bila anak kuat makan. Makan saja kerjanya. Kalau di rumah dia memang tak berhenti makan.

Berat badan bertambah-tambah. Kilut dia beruam, dari paha , badan, ketiak hampir seluruh badan ada ruam. bawa jumpa doktor. Kata doktor ruam panas. Ada juga doktor cakap kurap, sapu macam-macam ubat, macam-macam bedak. Masih juga tak sembuh.

Masuk darjah 3, ruam di badan dia semakin teruk. Hampir setiap hari muntah-muntah dan sakit perut. Sampailah pertengahan tahun waktu dia darjah 3 barulah saya bawa dia pergi kecemasan.

Di sanalah baru saya tersedar rupanya anak saya tak boleh tanggung semua aktiviti yang saya atur untuknya.

Saya rasa sangat bersalah. Saya terus ubah 100 % rutin nya. Tak paksa dia belajar dan ikut macam-macam kelas semua itu. Saya bagi dia tumpuan 100% dan dengar setiap cerita dia. Syukurlah saya sedar kesilapan sendiri. Kasihan anak saya terbeban dengan semua aktiviti yang saya atur selama ini.

Saya cerita supaya mak ayah tak baut kesilapan yang sama macam saya. Anak-anak juga ada stress.

Sumber/Foto : Ida Chang

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI