Bekas mak nyah & pengkid disatukan sebagai suami isteri, kenal 5 hari terus ajak kahwin. Ajal maut ditentukan sejak di luh mahfuz lagi. Manusia itu hanya mampu merancang dan kemudian menyerahkan kepada segala urusan kepada-Nya.
Takdir menyatukan Danny, 40 dan isterinya Nur Azera Fatehah, 22 tahun dua hari lalu dan membuktikan perkongsian pernikahan mereka bukan sekadar content di Tik Toknya @Danny Rich Salon.
Bekas Mak Nyah & Pengkid Disatukan Sebagai Suami Isteri
Dalam pada itu, memetik laporan Harian Metro, Nur Azera atau Yan mengakui sebelum perkahwinan ini terjadi, dirinya sering berdoa diberikan hidayah dan dipertemukan dan dipertemukan jodoh dengan lelaki yang tepat.
“Alhamdulillah, doa saya dimakbulkan dan semoga saya terus istiqamah tak kembali ke ‘dunia’ yang lalu,” luah Nur Azera Fatehah Abdullah berpewatakan seperti lelaki sebelum ini yang baru diijabkabulkan dengan lelaki pilihan dikenali sebagai Danny atau nama sebenarnya Adam, 15 Julai lalu.
Nur Azera Fatehah, 22, dan Danny, 40, sepakat untuk mendirikan rumah tangga selepas lima hari berkenalan.
Majlis pernikahan mereka diadakan di rumah keluarga Nur Azera Fatehah dekat Ladang Kelapa Sawit Ulu Remis dekat Layang-Layang, Johor di sini, pada 9 pagi.
Bagaimanapun, dia kembali kepada fitrah sekali gus menerima lamaran suaminya walaupun hanya selepas lima hari mengenali hati budi masing-masing.
Ads
“Saya tak pernah menyangka akan kahwin secepat ini, malah keluarga pun terkejut.
“Ini yang dinamakan jodoh dan dalam tempoh lima hari berkenalan, saya cuba terima suami dan nampak dia seorang lelaki yang penyabar.
“Disebabkan sikap dan perwatakannya itu yang membuatkan saya terpikat seterusnya terima lamarannya.
“Sudah ditakdirkan ini jalan Allah SWT tetapkan dan saya terima, malah akan bercinta dengan dia (suami) selepas kahwin,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Sementara itu, Danny, 40, yang juga pemilik salon menganggap pertemuan dan jodohnya dengan Nur Azera Fatehah sebagai ketentuan Ilahi walaupun tempoh perkenalan mereka sangat singkat.
“Saya selalu buat ‘live’ (siaran langsung) di TikTok dan isteri selalu tengok. Pada satu hari, saya terbaca komennya yang ajak saya minum.
Ads
“Jadi, kami pun berjumpa di sebuah restoran dan pada waktu itu, baru saya tahu isteri rupanya pengkid (ketika itu) tetapi saya okay saja dan anggap macam kawan.
“Saya ingat lagi isteri ada katakan saya ‘cantik’ dan boleh buat orang jatuh cinta. Masuk hari kelima, saya ajak dia kahwin dan keinginan itu seperti satu jentikan di hati.
“Tak tahu nak gambarkan macam mana tapi itulah kuasa Allah SWT dan lamaran saya diterima apabila isteri bersetuju cuma keluarga saja terkejut kerana tak sangka tetapi merestui hubungan kami,” katanya.
Danny mengakui ada segelintir netizen melemparkan tuduhan hubungannya dengan Nur Azera Fatehah sekadar satu taktiknya untuk meraih perhatian.
“Ada yang kata ia sekadar satu ‘content’ (bahan perkongsian) dan cara saya nak buat pemasaran sedangkan saya tiada pun perniagaan dalam talian.
“Lagipun, laman sosial ibarat album untuk saya berkongsi sebahagian kisah hidup dan berseronok tetapi saya faham, tak semua suka dan pasti ada yang mengecam,” katanya yang menerima setiap kecaman dengan lapang dada.
Anak diliwat Ustaz di tahfiz. Kes sudah dua tahun lebih berlalu tapi tertuduh masih bebas beri ceramah sana sini.
“Anak saya datang tahfiz bukan untuk jadi tukang urut Ustaz. Tapi anak saya dirat*h. Kes dah dua tahun lebih, suspek masih bebas ceramah agama sana sini kata Norsuraya, ibu pelajar yang menjadi mangsa perbuatan jijik di tahfiz.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengumuman terkini, Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di empat negeri iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang yang dijadualkan tamat pada 18 Februari depan dilanjutkan sehingga 4 Mac.
Dilanjutkan Sehingga 4 Mac 2021
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagaimanapun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah, Wilayah Persekutuan Putrajaya Dan Wilayah Persekutuan Labuan bermula 19 Februari hingga 4 Mac 2021.
Menurutnya, Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilaksanakan di seluruh negeri Perlis berkuatkuasa 19 Februari hingga 4 Mac 2021.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Pergerakan Lebih 10KM Dibenarkan
Sementara itu pergerakan melebihi radius 10 kilometer di negeri-negeri terbabit Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dibatalkan.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan bagaimanapun masih mengekalkan larangan rentas daerah dan negeri. Menurutnya, keputusan kebenaran pergerakan melebihi 10 km radius itu dibuat selepas banyak aktiviti perniagaan diberikan kebenaran untuk beroperasi di seluruh negara.
MW: Harap semua maklum dengan pengumuman terbaru ni. Perintah Kawalan Pergerakan di 4 buah negeri dilanjutkan sehingga 4 Mac, manakala pergerakan melebihi 10KM kini dibenarkan. Sama-samalah kita berusaha jaga diri dan patuhi SOP yang telah ditetapkan.
Liyana Jasmay kehilangan bapa tercinta, salam takziah diucapkan buat pelakon serba boleh, Liyana Jasmay di atas pemergian bapa tercinta.
Perkhabaran duka tersebut dikongsi oleh Liyana menerusi akaun rasmi Instagramnya.
Liyana Jasmay Kehilangan Bapa Tercinta
Allahyarham Jasmay Md Shah, 68, dikhabarkan menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Ulu Klang, Selangor tengah hari tadi akibat kanser paru-paru.
“Semoga babah diampunkan segala dosa, semoga babah ditempatkan bersama orang beriman, semoga babah dijauhi azab kubur.
Arwah Bapa Terbaik Kepada Keluarga
“Anda adalah bapa terbaik kepada keluarga, rakan. Anda bawa cahaya dan kegembiraan kepada orang lain. Awak seorang pemberi.
“Babah beri saya macam-macam dan saya bersyukur kerana babah sudah besarkan saya dengan baik. Hanya doa yang mampu mengiringi babah sekarang.
“Adik harap dapat jumpa babah di Jannah nanti. Insya-ALLAH,” luah Liyana.
Jenazah arwah bapa Liyana akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kemensah, Selangor petang ini.
Allahyarham yang merupakan seorang ahli perniagaan semasa hayatnya meninggalkan seorang balu, Datin Habsah Simpon, 64, dan empat orang anak, Juzaili Jasmay, 44, Faradilla Jasmay, 41, Adriana Jasmay, 39, dan Liyana, 33.
Time-time gawat macam ini, RM200 itu besar jumlahnya. lagi-lagi nak dibelanjakan repair mesin basuh rosak atau tiba-tiba slow airnya. Walhal boleh malah mudah saja nak membaikinya. Lelaki ini, Mazuan Lin tunjukkan 10 langkah secara bergambar.
“Nak share sikit pengalaman betulkan sendiri mesin basuh rosak. Mesin basuh ni hadiah Kakchik masa baru kahwin dulu. So far, jarang ada problem tapi kali ni ada problem air masuk slow sangat pulak.”
“Kalau hantar kedai mau dekat dua ratus juga agaknya, silap2 lebih. Tu belum masuk nak pikul benda alah ni pergi kedai pulak. Padahal, kos beli barang baru tiga puluh ringgit je dekat Jalan Pasar, Pudu.”
“Since darling aku dah berceramah sebab tak boleh nak basuh baju dan mood Macgyver aku pun tengah ada maka aku pun bukaklah youtube dan blog tentang cara nak betulkan mesin basuh ni. Rupanya senang aje, perempuan pun boleh buat sebab tak ada pun kena angkat tunggang terbalik.”
AMARAN! JANGAN LUPA CABUT SOKET DAN TUTUP PILI AIR SEBELUM MULA!
Sebab aku rajin, aku ambik gambar siap letak caption sekali untuk korang ikut kalau ada problem yang sama.
Lepas cabut hos, guna playar tirus cabut filter yang ada dalam sambungan hos tu. Disarankan jangan cungkil dengan pisau atau skru driver takut patah.
Kadang2 air tak boleh masuk sebab filter ni dah tersumbat. Try cuci dengan air paip dan berus. Lepas tu, pasang balik. Kekadang terus ok tapi kalau masih sama slow maknanya inlet water valve dah rosak.
Bukak skru panel atas mesin basuh. Mesin basuh aku kena buka kiri dan kanan skru.
Cari benda inlet water valve dan buka soket letrik. Lain mesin basuh mungkin lain rupa valvenya terutama kalau kain masuk ikut depan. Aku pakai mesin basuh LG. Kalau tak silap toshiba pun pakai valve yang sama.
Inilah rupa benda yang korang kena bongkar keluar. Benda ni tak berskru pada body so aku tarik keluar aje. Cek la dulu korang punya kot ada skru.
Ni rupa lepas dicabut. Valve tu bersambung dengan skru ke kotak air ni. So, kena la bukak skru tu.
Ni rupa inlet water valve tu lepas dah diceraikan dari kotak. Bawak benda ni pergi kedai spare part. Harganya dalam rm30 saja.
Pasang balik kesemua benda yang dicabut tadi ikut susunan terbalik.
Hos air jangan lupa sambung pulak.
Wallaa…. lalu air pun mulai deras mengalir cemerlang sebening embun. Jimat RM200.
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...