Bekalkan Anak Minuman Berkultur Minum Waktu Rehat, Yang Tinggal Hanyalah Air, Gula & Pewarna. Bila anak-anak dah mula ke sekolah, lumrah mak-mak akan bekalkan makanan dan minuman yang sesuai. Selalunya yang menjadi pilihan adalah minuman berkultur yang mengandungi probiotik baik untuk usus anak.
Namun ada kalanya mak-mak terlepas pandang perkara sebegini. Minuman berkultur tak sesuai dibawa bekal untuk minum ketika waktu rehat. Sebaiknya ia dinikmati ketika masih sejuk, selepas keluar peti ais.
Baca perkongsian daripada dietitian, Lily Moha ini sebagai panduan.
Saya tengok ada mak-mak bekalkan minuman berkultur seperti Vitagen dan Yakult kepada anak ke sekolah.
Mak,
Minuman berkultur adalah minuman dengan “benda hidup” atau probiotik. Benda hidup perlu gula. Jika mak pernah cuba Yakult less sugar, ia lebih masam dari Yakult biasa kerana mereka letak lebih banyak probiotik kalau-kalau ia mati sebab tak cukup makanan.
Selain gula, ia perlu suhu yang sesuai. Sebab tu kalau mak baca kaedah penyimpanan, disarankan simpan pada suhu kurang 4’C. Pada suhu lebih apatah lagi panas, meninggal depa ni semua. Kesian, arwah baik orangnya.
Ads
Jadi, minuman berkultur yang mak letak sekali dalam tapawey cantik, sebelah ada makanan baru masak yang panas, anak makan pula pada jam 10 pagi, yang tinggal hanyalah air, gula dan pewarna. Tidaklah mencapai maksud kita beli ayaq mahai ini.
Oleh itu, mak…
Apabila beli minuman berkultur terus balik simpan dalam peti ais, beri anak minum dari peti ais dan habiskan jika sudah buka.
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi pesanan buat mak-mak, nak bagi anak minuman berkultur macam ni pastikan anak minum dalam keadaan sejuk, barulah elok keadaan probiotiknya.
Perjuangan ibu tuntut kembali anak dirampas, Mrs Chatterjee VS Norway berdasarkan kisah benar. Jangan pandang remeh perjuangan seorang ibu. Ibu akan sanggup berbuat apa saja untuk mendapatkan kembali anak yang dikandungnya selama 9 bulan.
Dibesarkan dari telapak tangan, setiap anak akan dijaga dengan penuh kasih sayang. Rasa risau andai anak tidak sihat serta lain lagi, seorang ibu akan melakukan apa saja demi anak-anaknya.
Jika anak jatuh sakit pun seorang ibu berasa risau, pastinya ibu lebih bangkit jika anak disayangi dirampas dan dibawa lari jauh darinya.
Mungkin sebahagian dari kita belum menonton Mrs Chatterjee VS Norway dan ada sudah menontonnya yang baru sangat ditayangkan di Netflix.
Apa yang menarik mengenai filem India genre drama ini, ia mengisahkan perjuangan seorang ibu yang menuntut dua anaknya yang dirampas oleh pemerintah Norway melalui Bernevernet (Child Welfare System).
Dituduh mengabaikan anak (memberi anak makan melalui suapan, tidak membantu kerja sekolah anak, berat anak kurang dari 400 gm, tak makan meatball, marah anak dan lain-lain lagi pemerintah boleh “merampas” anak kita) menyaksikan Mrs Chatterjee lakonan Rani Mukarjee sebagai teraju utamanya tidak pernah lelah berjuang demi mendapatkan kembali dua anaknya termasuk rela berpisah dengan suami demi anak-anaknya.
Jika kita sering dibuaikan bahawa kehidupan di Norway amat indah kerana diiktiraf negara paling bahagia, pendapatan tinggi dan lain lagi, ada sisi gelap mengenai negara berkenaan yang perlu diambil peduli oleh mereka yang ingin melakukan penghijrahan. Kata orang hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri dan lebih baik berada di negara sendiri.
Mrs Chatterjee VS Norway diambil dari kisah benar dari autobiografi Sagarika Chakraborty dalam bukunya “The Journey Mother” yang menimpa keluarga Chakraborty ketika mereka berhijrah ke Norway.
Rani Mukarjee tampil sebagai Debita Chatterjee dan drama ini merupakan penampilan sulungnya selepas dua tahun berehat.
Drama ini mengisahkan kehidupan keluarga migran di mana dua anaknya dirampas secara paksa oleh kerajaan Norway dengan alasan dirinya tidak “berkemampuan” bergelar ibu. Dengan hanya membuat “andaian” kerana tidak memahami budaya India dan Barat, anaknya dirampas sebelum diberi kepada keluarga angkat untuk penjagaan.
Semasa dua anaknya dirampas, dirinya dipanggil memberi keterangan. Sering kalah dalam perjuangan menuntut anaknya, dirinya sentiasa kecundang dalam perjuangan di mahkamah kerana dikatakan mentalnya tidak stabil (unfit).
Siang dan malam hidupnya menjadi murung kerana teringat-ingat akan anaknya tambahan si kecil baru beberapa bulan dan masih menyusu badan. Walau dia memerah susunya dan menghantar ke Bernevernet tetapi mereka langsung tidak memberikannya.
HInggalah dia nekad menyeludup masuk ke rumah kebajikan dan membawa lari dua anaknya untuk merentasi sempadan negara tetapi malangnya sekali lagi dia tertangkap. Hal ini membuatkan peluangnya seakan sudah tertutup namun nasib dia tidak dipenjarakan. Tapi hal ini menjadikan dirinya kemurungan dan banyak membuat kerja gila demi ingin dekat dengan anaknya.
Keluarga mentua yang datang ke Norway juga langsung tidak membantu dan menyalahkannya. Jalan ceritanya semakin menarik selepas mahkamah Norway memutuskan hak penjagaan dua anaknya diserahkan kepada keluarga sebelah suami di India hingga anaknya menjadi dewasa dan boleh membuat keputusan sendiri.
Lebih keji keluarga angkat akan memperoleh elaun secara bulanan sehingga anak berusia 18 tahun sedangkan mak sendiri ke sana ke mari mencari duit membayar kos peguam.
Perjuangan ibu ini tidak terhenti di situ sahaja. Walau tidak mendapat sokongan suami sendiri yang cuba memburukkannya ketika memberi keterangan kepada mahkamah di India, peguam Norway yang mahu membawa dua anaknya balik ke negara berkenaan namun akhir perjuangannya menemui titik noktah bila mana peguamnya membuktikan kasih sayang seorang ini melebihi segala-galanya.
Ibu yang akan sanggup berkorban apa saja dan akhirnya mahkamah memutuskan dua anaknya dikembalikan kepadanya kerana “kewarasan” seorang ibu itu bila anak-anak ada di sisinya dan itulah yang dibuktikannya.
Inilah hebatnya seorang wanita, yang sanggup berbuat apa saja demi anak-anaknya. Wanita juga bukan insan lemah seperti dikatakan oleh lelaki dan dirinya menjadi gagah perkasa bila melibatkan hal anak-anak.
Sebab itulah jangan hairan seorang ibu akan merajakan anaknya sendiri walau dirinya menyedari anaknya itu bukanlah berkata benar dalam menutup kesalahn dilakukan sang anak.
Fazeera Selamat Bersalin, Fizo Terharu Sambut Sendiri Bayi Keluar Dari Rahim Isteri. Tahniah diucapkan buat pasangan popular Fizo Omar dan isterinya Fazeera yang baru saja menyambut kelahiran anak kedua mereka petang tadi.
Untuk pengetahuan Fizo dan Fazeera telah mendirikan rumah tangga pada Oktober 2021.
Hasil perkongsian hidup tersebut pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Wan Khaleeda yang kini baru berusia setahun.
Manakala menerusi perkahwinan terdahulu, Fizo turut mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Wan Maryam yang kini berusia enam tahun.
Seperti mana perkongsian di laman sosial, Facebook Fizo meluahkan rasa syukur ke atas kurniaan anak perempuan ketiganya.
Pada hari Jumaat, anak pasangan ini telah selamat menjengah dunia. Paling terharu apabila Fizo memberitahu dia berpeluang menyaksikan proses bersalin dan diberi peluang untuk menyambut sendiri bayi keluar dari rahim isterinya.
“Syukur Alhamdulillah
Syukur Ya Allah, semuanya di permudahkan dan berjalan lancar. Hanya mengambil masa beberapa jam sahaja di labour room utk melahirkan secara normal.
Pengalaman yg sgt berharga dlm hidup saya apabila diberi peluang utk menyaksikan proses bersalin dan diberi peluang utk menyambut sendiri bayi keluar dari rahim ibunya. YA ALLAH..tak terkata.
Terima kasih buat Doktor Kamsiah dan seluruh warga @andorrahospitalofficial diatas pengalaman yg luar biasa ini dan layanan yg sgt baik,” kongsi Fizo yang turut memberitahu isterinya bersalin di ANDORRA Women & Children Hospital.
Majikan hanya beri cuti bersalin 2 hari, balik dari kerja suami jumpa isteri ah meninggal. Cuti merupakan hak pekerja. Bagi wanita yang bersalin, mereka berhak menerima gaji penuh selama 98 hari selepas bersalin. Ini berdasarkan Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2021 telah meluluskan fasal 12 iaitu pemanjangan cuti bersalin.
Manakala bagi pasangan pula berhak mendapat cuti selama 7 hari bergaji penuh menurut pindaan 60FA akta yang telah diluluskan di dalam Dewan Rakyat baru ini.
Di media sosial, luahan seorang suami Exly Jailon menjadi tumpuan ramai apabila meluahkan kekesalan dan kekecewaan hatinya terhadap majikan yang tidak memberinya cuti tambahan sedangkan isterinya yang baru melahirkan anak pada 4 Mei lalu.
Sangat menyayat hati, dia hanya diberi peluang cuti dua hari (itu pun semasa menemani isteri bersalin di hospital iaitu pada 4 & 5 Mei) dan terpaksa kembali bekerja kerana arahan majikan hanya mampu membiarkan isterinya berpantang sendirian.
Apa yang membuatkan hatinya lebih kecewa, sebaik pulang petang dari kerja pada jam 6.30 petang pada 9 Mei lalu, sebaik pintu rumah dibuka, dia terlihat isterinya sudah terbujur kaku di samping anak kecilnya berusia 4 hari itu merengek kelaparan di sisi isterinya yang sudah menjadi mayat di rumah sewa mereka di Kampung Tanaki, Penampang, Sabah.
Menurut saksi kejadian, suami, Exly Jailon menangis bagaikan orang gila kerana kehilangan isteri disayangi. Yang terpaksa ditinggalkan berpantang sendirian kerana majikan meminta dia masuk juga kerja walau isterinya baru saja melahirkan anak.
Dalam facebooknya, Exly menzahirkan kekecewaan hatinya kerana kehilangan isteri tercinta. Dia merasakan satu kehilangan yang amat sangat apatah terpaksa membesarkan bayi kecilnya sendirian selepas insiden ini terjadi.
Dia mengakui mengalami anxiety selepas kejadian kematian isterinya selain mengaku tidak kisah jika majikan memotong gajinya kerana mahu menjaga isteri dalam pantang. Namun apa yang membuatkan dia lebih bersedih, selepas kematian isterinya itu, gajinya turut dipotong 13 hari kerana menjaga anaknya yang masih kecil. Nampak seakan majikan kurang prihatin sedangkan cuti diberi oleh kerajaan adalah sebanyak 7 hari bagi suami yang isterinya dalam pantang.
Ramai Ngo menyuarakan hal ini kerana beranggapan majikannya tidak prihatin dan sensitif hingga Exly berasa tawar hati untuk bekerja semula.
Awal dan Scha pening melihat Lila menyakat Lara. Memang anak kedua selalu perangai begitu ya? Jangan lupa pula ya ibu-bapa di luar sana untuk sentiasa menjaga hygiene gigi anak-anak, penting tu!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Mulianya hati Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah terhadap golongan golongan berpendapatan rendah (B40) di Johor, Seri Paduka Baginda bertitah mahu melaksanakan program kekeluargaan.