hormon

Siapa sangka campuran telur ayam segar dan minuman kultur yakult boleh menghasilkan hormon penggalak pokok berbuah lebat!. Mak-mak yang ada tanam sayur-sayuran atau buahan-buahan sekeliling rumah tu, boleh cuba hasilkan sendiri hormon penggalak pokok berbuah lebat ni. Pastinya lebih selamat, organik tanpa menggunakan bahan kimia! Boleh cuba gunakan pada pokok yang jarang berbuah walaupun dah jaga dengan sebaiknya.

Campuran Telur & Yakult, Cara Organik Hasilkan Hormon Penggalak Pokok Berbuah Lebat!

Cara menghasilkan hormon penggalak pokok berbuah lebat ini didalam bentuk video berbahasa Thailand dan ia dikongsikan oleh Encik Anim Hosnan.

Hormon Bagi Pokok Berbuah Lebat

Bahan-Bahan :

2 biji telur
1 botol yakult
Botol Air 500ml

Campuran Telur & Yakult, Cara Organik Hasilkan Hormon Penggalak Pokok Berbuah Lebat!

Cara Membuat:

1. Pecahkan telur ayam segar dalam mangkuk.

IKLAN

Campuran Telur & Yakult, Cara Organik Hasilkan Hormon Penggalak Pokok Berbuah Lebat!2. Gunakan pencorong masukkan telur tersebut kedalam botol.

Campuran Telur & Yakult, Cara Organik Hasilkan Hormon Penggalak Pokok Berbuah Lebat!3. Kemudian masukkan pula setengah botol yakult ke dalam botol berisi telur tadi.

Campuran Telur & Yakult, Cara Organik Hasilkan Hormon Penggalak Pokok Berbuah Lebat!4.Goncang sebati bahan-bahan tadi dan peram selama 3-4 hari.

IKLAN

Campuran Telur & Yakult, Cara Organik Hasilkan Hormon Penggalak Pokok Berbuah Lebat!

Info Ekstra!

  • Pastikan penutup botol dilonggarkan untuk pelepasan gas yang dihasilkan semasa proses fermentasi berlaku.
  • Simpan ditempat yang bersuhu bilik dan elakkan terdedah kepada cahaya matahari.Campuran Telur & Yakult, Cara Organik Hasilkan Hormon Penggalak Pokok Berbuah Lebat!

Kaedah Penggunaan: Untuk semua jenis pokok

  • (Untuk semburan/spray keseluruhan pokok) :
    Ambil 2-3 sudu makan campur 20 litre air.
  • (Untuk siraman ke tanah) :
    Ambil 5 sudu makan campur 20 litre air.

Spray/siram dua kali sehari iaitu waktu pagi dan petang.

Semoga bermanfaat! Selamat Mencuba!

IKLAN

Untuk lebih jelas, lihat perkongsian video di bawah ini.

Posted by Khairul Nizam on Friday, 13 April 2018

Cukup menarik dengan hanya menggunakan dua bahan dan kos yang murah namun mudah dilakukan. Yang paling penting ia berkesan, tidak beracun dan tiada kesan toksik pada tanaman mahupun pengguna.

Sumber: Anim Hosnan

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI