Tiada hadiah yang lebih bermakna dalam meraikan ulangtahun perkahwinan apabila dapat menimang zuriat sendiri. Putera Harry dan isterinya, Meghan Markle selamat menimang cahaya mata pertama mereka pada 6 mei kelmarin.Bayi sulung pasangan diraja ini dilahirkan pada bulan yang sama ulangtahun pertama perkahwinan mereka, iaitu 19 Mei nanti.
Majlis perkahwinan Putera Harry & Meghan Markle pada 19 Mei 2018.
Berita gembira itu diumumkan Putera Harry dalam satu kenyataan kepada media.
“Saya dengan sukacitanya mengumumkan kami menimang cahaya mata lelaki awal pagi ini, seorang bayi lelaki yang sihat.
“Kedua-dua ibu dan anak berada dalam keadaan sihat. Ia merupakan pengalaman terhebat yang pernah saya alami,” kata Putera Harry kepada wartawan di Windsor.
Menurut kenyataan Istana Buckingham, putera sulung Harry dan Meghan itu dilahirkan pada jam 5.26 pagi (waktu tempatan) dengan berat 3.26 kilogram.Bayi tersebut diberi nama Archie Harrison Mountbatten-Windsor.
Ibu Meghan, Doria Ragland yang teruja menerima kehadiran cucu sulungnya kini menemani Meghan di Frogmore Cottage.
Ads
Dikongsi di laman Instagram @SussexRoyal
Berita gembira kelahiran putera sulung pasangan diraja itu turut dikongsi di laman Instagram @SussexRoyal yang dilancarkan pada 2 April lalu.
Peminat dijangka berpeluang melihat pasangan diraja berkenaan bersama bayi mereka apabila Putera Harry dan Meghan mengambil gambar bersama di Istana Windsor.
Ads
Putera yang baharu dilahirkan itu merupakan waris ketujuh takhta Britain selepas Putera Charles, Putera William, Putera George, Puteri Charlotte, Putera Louis dan bapanya, Putera Harry.
Putera Harry,34, yang juga adik kepada Putera William berkahwin dengan Meghan Markle, 37, seorang aktres terkenal dari Amerika Syarikat pada 19 Mei 2018. – AFP/Agensi
MW: Tahniah buat pasangan diraja ini atas kelahiran cahaya mata yang pertama. Agak-agak nama apakah yang menjadi pilihan.
Sudah 48 hari berlalu, tragedi serangan pengganas di Masjid Al Noor dan Pusat Islam Linwood di Christchurch, New Zealand tetap memberi kesan emosi yang mendalam.
Kejamnya pengganas, yang mahu menggugat keimanan umat Islam, tidak sedikit pun terkesan di bumi New Zealand. Ukhuwahnya makin utuh, makin erat. Baik di kalangan penduduk yang beragama Islam, mahupun non Muslim, mereka saling bersatu hati.
Kesempatan menjejakkan kaki ke bumi Chistchurch, dikongsikan Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Antaranya ziarah mangsa serangan, Nazril Hisham Omar antara yang dihempap timbunan mayat-mayat mangsa lain di dalam masjid.
Dan menyaksikan, merasai besarnya jiwa umat Islam di Christchurch ini.
Hati mula disinggah rasa hiba sebaik kaki melangkah keluar daripada Chrischurch International Airport. Suhu yang mencapai 16°c sedikit pun tidak terasa dek membuak-buak perasaan ingin bertemu dengan rakyat Malaysia yang menjadi mangsa tembakan dalam kejadian berdarah di Christchurch.
Destinasi pertama kami adalah rumah En. Nazril yang tidak jauh daripada lapangan terbang. Sebaik sampai, Puan Zurinawati menyambut kami di muka pintu. Masuk ke bahagian dalam rumah, kelihatan En. Nazril sedang menunggu kami di atas kerusi roda dengan senyuman yang terukir.
Masa yang terluang, kami penuhi dengan perbualan seputar tragedi berkenaan. Alhamdulillah, kelihatannya beliau sudah hampir pulih sepenuhnya daripada trauma berkenaan. Sesekali bergenang air mata di kelopak mata kami apabila En. Nazril menceritakan situasi semasa berlakunya tembakan tersebut.
Mayat bergelimpangan di mana-mana.
Masih terngiang-ngiang di telinga seorang jemaah yang menyebut “Allah…Allah…” sehinggalah nyawa di hujung tenggorok dan akhirnya kematian pun menjemput. Terlalu pedih untuk digambarkan.
Pertemuan diakhiri dengan sedikit penyampaian sumbangan daripada Yayasan Taqwa MAIWP kepada En. Nazril dan Puan Zurinawati sekeluarga. Kami mendoakan beliau segera sembuh dan kembali sihat seperti sediakala.
Teruskan memberi sokongan moral dan motivasi buat mereka kerana itulah sumber kekuatan bagi mangsa-mangsa ini.
Deretan jambangan bunga menyambut kehadiran kami di Masjid al-Noor. Hati tetap berdebar-debar walaupun kejadian berkenaan sudah berlalu sekian lamanya. Langkahan awal ke dalam masjid membuatkan kami terkesima.
Lihatlah apa yang tertulis di papan putih itu. Subhanallah, besarnya jiwa umat Islam di sini! Pintu utamanya mengingatkan kami kepada seorang tua yang menyambut pengganas berkenaan dengan ucapan “Hello Brother” sebelum ditembak tanpa belas kasihan. Begitulah keindahan Islam yang meraikan sesiapa sahaja, meletakkan toleransi dan sangka baik, tanpa mengira bangsa dan warna kulit. Usai menunaikan solat jamak dan qasar, kami mengambil kesempatan berbual dengan beberapa warganegara Malaysia yang tinggal berhampiran dengan masjid. Mereka menunjukkan kawasan timbunan mangsa tembakan di beberapa sudut masjid.
Alhamdulillah, dengan kuasa Allah SWT, jemaah Muslimah terselamat kerana pengganas berkenaan tidak menjumpai bahagian solat Muslimah. Begitu juga imam terselamat kerana beliau bersembunyi di belakang mimbar. Masjid al-Noor kini dalam proses pembaikan semula. Dinding sudah dicat semula bagi menghilangkan kesan darah yang berhamburan. Karpet dalam proses untuk ditukar.
Terselit rasa bangga apabila ada juga beberapa risalah dakwah yang dikeluarkan oleh IPSI Malaysia ditempatkan di sini. Tahniah Tuan Haji Kamaruddin!
Sebelum pulang, kami sempat berbual dengan seorang Muslim berbangsa Maori bernama Muhammad yang hadir untuk solat. Raut wajahnya tegas, tubuhnya sudah pasti sebagaimana umum bangsa Maori yang terkenal dengan kegagahan dan postur fizikal yang sasa.
Namun, kelebihan beliau sudah pasti pada iman yang tersemat di dada. Itulah keindahan Islam, agamaku. Semua sama di sisi-Nya kecuali iman dan taqwa yang membezakan. Tidak lupa kepada anggota polis New Zealand yang sentiasa berkawal 24 jam di hadapan Masjid al-Noor. Walaupun keduanya bukan Muslim, semangat perpaduan yang ditunjukkan amat mengharukan. Kami menyampaikan sumbangan daripada Yayasan Taqwa MAIWP kepada Bilal Israfil selaku Jawatankuasa Masjid al-Noor Ketabahan dan kekuatan jiwa mangsa-mangsa ini amat wajar kita contohi dalam melayari bahtera kehidupan ini.
Bagaimana pun, bapa ini bersyukur kerana anak lelakinya itu menunjukkan perubahan positif dari hari ke hari.
“Untuk yang belum tahu, Jebat kena UTI, dan ada block di salur kencing dia. Dah selesai jalani operation. Namun, tak recover dengan baik. Tapi syukur, sedikit demi sedikit nampak perubahan positif hari demi hari.” Tulisnya di instagram.
Bimbang dengan keadaan anak, Sharnaaz menjemput orang ramai yang berkelapangan dan berdekatan untuk hadir ke Masjid Asy-Syakirin (KLCC) malam ini.
“Selepas solat tarawih lebih kurang jam 10 lebih. Dijemput solat tarawih bersama.. sama-sama bantu di bulan mulia ini.” pintanya lagi.
Dalam perkongsiannya sebelum ini, iaitu sebelum pembedahan, Sharnaaz memaklumkan Jebat ini seorang anak yang manja. “Doakan anak saya selamat. Jebat Jayden dalam keadaan kurang baik.”
“Doalah di bulan mulia ini. Terima kasih untuk Jebat Jayden Ahmad b Sharnaaz Ahmad.”
“Anak yang baik, anak yang sangat manja, anak permata baba dan mummy. Sakit cek adalah untuk kekuatan cek di masa depan. Baba sayang hang dunia akhirat. Baba will always be next to you.. thru thick an thin.”
“Ramadan ni Baba will always be there for u ok sayang.” Dan Sharnaaz mengotakan janjinya. Ahad lalu, Sharnaaz terpaksa membatalkan semua majlis yang sepatutnya di hadiri kerana keadaan anaknya yang tak stabil dan perlukan rawatan susulan kecemasan.
Pada 30 Ogos tahun lalu, anak sulung pasangan ini dilahirkan. Sharnaaz dan Nabila mendirikan rumahtangga pada 31 Mac 2017.
Sumber/Foto : Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Berapa ramai suami yang ada kesedaran macam Dr Shazril Shaharuddin yang lebih dikenali sebagai Dr Say ini? Tak berkira bantu urus isteri, Dr Azura Abas dan bayi lelakinya, Aezriel. Agar isterinya itu tenang sepanjang berpantang.
Bergelar ibu bapa baru sebenarnya bukan mudah. Lagi-lagi akuinya, ketika ini mereka tinggal berdua. Nak tak nak, kenalah selesaikan ‘ragam’ bayi berdua dengan isterinya. Nak dirujuk pada mak atau mak mentua pun tiada di depan mata.
“Mungkin ramai yang berfikiran, “alaa.. korang sure senang jaga baby sebab korang berdua kan doktor.”
“Well peeps, kami tak diajar langsung on how to handle a baby masa kami belajar medic dulu. Yang kami diajar; perkembangan, imunisasi, apa yang perlu dilakukan kalau baby kuning atau demam atau sawan dan benda-benda perubatan berkaitan baby.”
“Tak ada dalam text book kami mengenai camane nak bagi baby senang tidur, camane nak atasi baby perut kembung, camane nak kekal tenang bile baby meragam. Maka semua perkara berkaitan baby ni agak asing bagi kami.”
“Kadang-kadang saya lihat bini saya breakdown bila baby meragam. Yelah dah la bini sakit kena operate, pastu ni baby pertama kami. So agak clueless on what to do.”
“Tak hairan wujud disorder bernama Postpartum Depression.”
“Kami tak dak maid dan tak duduk sekali dengan mak atau mak mentua. Maka time nilah suami memainkan peranan penting. Bukan nak angkat bakul, tapi saya cuba ringankan beban bini kat mana yang patut.”
√ Bila bini tengah menyusu, saya sediakan segelas air atau susu untuk dia.
√ Bila bini nak pam susu, saya sediakan alat-alat pam dan cuci afterwards.
√ Bila baby meragam, saya tapau kendong bawa dia jalan-jalan supaya bini boleh rest.
“Tapi saya taklah perfect mana. Sebab lately tidur malam saya cukup 7 jam. Saya ingat baby sekarang bagus tak bangun malam dah. Rupa-rupanya bini saja tak mau kejutkan saya yang tidur mati.”
Kesimpulan cerpen ni, parenting takes two to tango & noone in the world is perfect in handling babies walaupun parents tu dah ada 10 anak coz each baby behave differently.
Maka sekiranya parents kat luar sane yang anxious & overwhelmed dengan kehadiran baby baru, it’s OKAY. Yang penting keep ur calm & work together with ur partner coz tanpa disedari si kecil akan membesar dengan pesat sehinggakan kita rindu waktu dia masih bergelar si kecil.
P.S : Bakal tido luaq saya malam ni kalau bini tau saya up gamba dia tidoq, tapi gamba depa berdua tidoq kat saya ni bagi saya kepuasan yang tidak ternilai harganya.