Bila banyak sangat baju-baju kat rumah tu, tak tahu nak bagi siapa, sebenarnya kita boleh dermakan ke H&M untuk kitar semula.Ia tak terhad untuk baju je, malah apa juga jenis fabrik yang ada, tak kisah macam mana pun keadaannya, apa juga jenama. Menariknya siap boleh dapat token, vouchers untuk kita shopping pula nanti. Punyalah untung!
Just a quick sharing dengan semua memandangkan dah nak raya. Semua orang bakal memenuhkan perut lemari baju bukan?
So, kalau pening dah tak tahu mana nak letak, bagi orang pun orang tak nak, nak buat kain buruk banyak sangat. Kadang sampai menimbun haa kat pusat pengumpulan barang terpakai. Sudahnya kain-kain tadi rosak sebab lembap, tak diurus dengan baik dan sebagainya.
Jadi, option nya adalah boleh donate ANY FABRIC TERPAKAI. ANY CONDITION, ANY BRAND. Tak kisah laaah langsir, cadar, tshirt, tudung, jeans. Any fabric gais! Hanya di H&M.
Cara nya: Pergi je kat mana-mana butik H&M. Pergi kat kaunter dan bagitahu saya nak hantar untuk recycle.
Terms & Condition
1. Setiap kali hantar, 1 person = 2 bunjut plastik sahaja diterima.
So, kalau ada banyak bunjut, datang ajak adik beradik ke. Atau hantar je the next day okayy!
2. Fabric yang bawa tuu kena letak dalam beg plastik. BUKAN KOTAK. Sebab diorang akan collect dah compress kan. Kalau ada kotak diorang terpaksa asingkan dulu. 2 kali kerja.
Kita mudahkan kerja orang, tuhan mudahkan kerja kita okayyh!
3.Sebagai token, akan dapat voucher. Dan voucher nii boleh guna untuk beli barang H&M.
Untuk pengetahuan, fabrik yang diorang collect nii akan di ‘recycle’ dan buat fabrik baru. Dan pakaian baru.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Menarik juga, daripada terbiar berlonggok kain-kain kat rumah tu, boleh hantar sini untuk recycle dan dapat vouchers lagi untuk shopping. Memang untung!
Selain ibu, ayah dan adik-beradik, kehilangan Mohammad Ashraf Hassan, 29 tentunya memberi kesan emosi kepada isteri, Hamiza dan anak sulungnya.
Biarpun dalam tempoh 20 hari kehilangan Ashraf atau lebih mesra dengan panggilan Acap, tidak banyak yang didengari tentang isteri Acap ini.
Ketika bercakap dengan pemberita, abang ipar Acap, Abdul Halim Mohamad Ramli, 41 memaklumkan isteri Acap enggan ditemubual sebelum ini kerana dirinya masih lagi terkejut dengan berita kehilangan suaminya.
Malah isteri Acap, peserta Gopeng Ultra Trail 2019 yang hilang ini tidak henti berzikir dan melakukan solat hajat sepanjang pencarian suaminya. Itulah usaha isteri bersama ahli keluarganya.
Hamiza Dan Acap ‘Loving Couple’
Sememangnya kehilangan juruteknologi makmal, Klinik Kesihatan Muar, Johor ini begitu misteri sekali. Sehingga hari ini, pencariannya masih diteruskan, walaupun belum ada tanda-tanda yang membolehkan Acap dikesan.
Dakwaan sesetengah netizen tentang rumah tangga pasangan ini yang dikatakan bermasalah, disangkal oleh abang iparnya.
Baginya, Hamiza dan Acap tiada masalah. Mereka pasangan yang saling mencintai. Jauh sekali seperti apa yang digambarkan oleh khabar angin tersebut.
“Bagi saya, mereka ini ‘loving couple’. Langsung tiada masalah, malah pada hari program larian itu diadakan mereka merancang ke taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS) selepas tamat larian.”
“Namun, Acap tak dapat cuti panjang susulan cuti dibekukan berikutan isu Sungai Kim Kim di Johor. Jadi, tak dapatlah mereka ke sana.” tuturnya kepada pemberita.
Gerak Hati Isteri Sentiasa Positif
Hubungan antara dua keluarga juga sangat rapat. Malah Acap kerap tinggal di rumah ibu mentuanya di Muar, biarpun dia ada rumah sendiri.
“Gerak hari adik saya kuat mengatakan tidak berlaku apa-apa pada suaminya. Kami mengharapkan sesuatu yang positif kelak.” sambungnya.
Ketika ini, isteri dan anak Acap berada di rumahnya di Sungai Buloh, Selangor. Setiap hari bergilir dan berulang alik ke Gopeng untuk melakukan pencarian.
Abang ipar Acap juga terusik dengan dakwaan yang mengatakan Acap pernah beberapo kali hilang sebelum ini. Ianya tidak benar dan diharapkan berita itu tidak terus disebarnya.
Ianya amat mengganggu emosi keluarga.
Mereka sekeluarga juga mengambil pendekatan mahu mengikut pesanan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Al-Bakri. Dalam misi mencari suami adiknya itu, pencarian mengikut kaedah Syariah itulah yang perlu dipatuhi.
“Memang itu yang sebenarnya terbuku di hati kami, sebab kita tidak mahu bercampur-campur (syirik). Antara sebab kami tak tinggal lama di lokasi kerana pada hari keempat ada pelbagai dakwaan, bomoh punya firasatlah.. kadang-kadang ia mengarut.”
“Itu pun salah satu sebab saya tidak mahu bersubahat benda itu.” maklumnya sambil mengucapkan rasa terima kasih kepada pasukan keselamatan dan rakyat Malaysia yang berusaha dalam pencarian Acap.
Semoga rakyat Malaysia terus mendoakan adik iparnya itu akan ditemui dalam keadaan selamat.
Terhibur admin melihat keletah Nur Fatima Aisya menemani kedua ibu bapanya, Fattah Amin dan Nur Fazura di majlis pertunjukan fesyen koleksi Fazbulous Raya 2024 yang diadakan sabtu lalu.
Mana tidaknya, pada usia tiga tahun, Fatima jelas mewarisi bakat seni yang mengalir dalam dirinya apabila tular video Fatima berjalan di pentas peragaan dan bergaya comel di pentas runway memperkenalkan lebih 30 koleksi Raya milik ibunya, Fazura.
Menurut Fazura yang ditemui selepas pertunjukkan fesyen berkenaan berkata sebagai ibu, dia menyokong minat anak tunggalnya itu sekiranya Fatima mahu menceburkan diri dalam bidang seni suatu hari nanti.
Sedia Beri Bimbingan
Walau bagaimanapun, sebagai ibu Fazura melahirkan kebimbangan sekiranya Fatima dilanda kontroversi sebagai rencah dalam industri hiburan. Tambah Fazura lagi, bidang seni sememangnya mempunyai cabaran tersendiri dan pelbagai onak dan duri terpaksa ditempuhi.
“Alhamdulillah saya dapat lihat personaliti Fatima seorang yang kuat dan boleh menghadapi apa jua cabaran. Sebagai ibu, saya terbuka dan menyokong apa jua minatnya,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Darah seni yang mengalir dalam tubuh Fatima sememangnya membuktikan bahawa si kecil berusia 3 tahun ini juga mampu menyerlah dalam bidang seni apatah lagi Fatima sudah mula berjinak-jinak sebagai model iklan. Mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi, kan!
Namun begitu, baik Fattah mahupun Fazura akan memberi sokongan dan bimbingan sebaiknya untuk anak kesayangan mereka menceburkan diri dalam apa jua bidang yang digemarinya kelak.
Sibuk mengusahakan perniagaannya, Fazura berkata koleksi Fazbulous Raya 2024 kali ini mengetengahkan koleksi Tudung Fazura iaitu Citra Zahraa, Kesuma Warna yang berinspirasikan flora. Manakala rekaan Rona Peterana pula menggabungkan corak abstrak dan geometri moden.
Menyentuh mengenai koleksi ini, Fazura selesa mengetengahkan konsep pakaian yang selesa digayakan di Aidilfitri bersesuaian dengan permintaan peminat yang menggemari rekaan yang ringkas dan selesa di musim perayaan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kereta Mewah bernilai RM1.6 Juta, Tasbih Emas RM 30 Ribu Hadiah Hari Lahir Haliza Maysuri Curi Tumpuan!
Baharu pulang mengerjakan ibadat Haji, usahawan Bawal Exclusive, Haliza Maysuri diraikan dalam sebuah majlis sambutan ulang tahun kelahirannya ke 47 bertempat di Hotel St Regis Kuala Lumpur dalam suasana santai tetapi meriah.
Majlis dihadiri oleh rakan-rakan terdekat Haliza Maysuri yang sentiasa mendoakan kejayaannya dalam perniagaan yang diusahakan. Antara tetamu kehormat yang diundang termasuklah YAM Tengku Temenggong Perlis, Dato’ Seri DiRaja Syed Amir Abidin Jamalullail Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail & YM Che Puan Temenggong Perlis Datin Seri DiRaja Farinawati Datuk Mohd Din serta YB Datuk Seri Dr. Noraini Binti Ahmad.
Menyambut ulang tahun ke 47, Haliza mempunyai hajat yang tertunai apabila dijemput menjadi tetamu Allah mengerjakan ibadat haji bersama suami tersayang baru-baru ini.
Meskipun pada awalnya namanya dan suami tidak berada dalam senarai, namun jemputan di saat-saat akhir memberikan makna yang besar buat dirinya dan suami tersayang.
Hadiah Paling Bermakna
“Tahun ini bila Abang Haji tanya apa hadiah yang saya mahu sempena hari lahir, saya cakap padanya saya tak mahu apa-apa sebab saya sudah ada semuanya. Tapi saya ingin menjadi tetamu Allah untuk mengerjakan Haji.
Walaupun pada mulanya terdapat beberapa kekangan, tetapi Alhamdulillah, rezeki saya dan suami untuk menjadi tetamu Allah untuk musim Haji kali ini,”ujar Haliza secara eksklusif ketika ditemubual oleh Mingguan Wanita.
Usai pulang mengerjkan Haji, Haliza diraikan dalam majlis hari lahir secara ekslusif bertempat di Hotel St Regis Kuala Lumpur. Seramai 200 orang tetamu diundang untuk meraikan sambutan hari lahirnya di mana penyanyi Dayang Nurfaizah diundang menghiburkan para tetamu yang hadir.
Kejutan Demi Kejutan
Kejutan istimewa dari suami, Mohd Rosli Awang untuk isteri tersayang sememangnya memberi kejutan besar buat Haliza apabila dia menerima sebuah kenderaan SUV jnama BMW yang dianggarkan bernilai RM1.6 Juta Ringgit!
Selain kendereaan mewah SUV itu, Haliza turut menerima tasbih emas bernilai RM 31,890 yang ditempah khas dari Angsa Emas Jewellery. Menurut Datin Edora, pemilik Angsa Emas Jewellery, biji tasbih inspirasi dari bentuk buah zaitun, logo Haliza Maysuri dan mempunyai engrave nama Haliza Maysuri. Tasbih seberat 88+- kg ini sememangnya unik dan ditempah khas untuk Haliza Maysuri.
Selain itu, penampilan Haliza pada malam tersebut turut mencuri tumpuan apabila dia menggayakan busana kebaya hasil sentuhan pereka fesyen Rizalman yang dianggarkan bernilai mencecah RM50 ribu.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat Rizalman Ibrahim, Faizul Surani, adi busana yang digayakan oleh Haliza Maysuri diinspirasikan dari potongan kebaya Kota Bharu Kelantan.
“Palet warna yang dipilih adalah dari palet rona “Ashblue” dan perincian sulaman, batu kristal dari palet rona emas dan zamrud. Adi busana ini mengambil masa selama dua bulan pembuatannya termasuklah perancangan, pemilihan fabrik serta pemilihan Batu Swarovski khas dari Austria. Manakala fabrik pula menggunakan fabrik dari Eropah iaitu Antique Lamer dan Satin Silk.”.
Adi busana ini sahaja bernilai rm 50,000.00. manakala jumlah harga untuk batuan swarovski bernilai RM84,950.00. ia menjadikan nilai keseluruhan nilai adi busana ini ialah rm134,950.00.
Tidak menyangka menerima hadiah istimewa dari suami tersayang, Haliza memanjatkan kesyukuran di atas rezeki yang diperolehinya sepanjang lebih 20 tahun menjalankan perniagaan Bawal Exclusive.
Kongsi Rezeki
“Selepas pulang menunaikan haji, saya dah rasa tak mahu sambutan hari lahir dan sebagainya. Saya fikir, balik dari Haji, Allah dorong saya untuk berkongsi rezeki dengan banyak pihak antaranya termasuklah designer, perunding majlis dan sebagainya. Saya raikan rakan-rakan sekembalinya ke tanahair.
Mungkin inilah yang dikatakan Haji Mabrur, doa yang makbul. Kongsi rezeki,”ujarnya mengakhiri perbualan.
Pemandu bas sekolah "crush" budak sekolah didakwa, menangis di kandang tertuduh.Tindakan seorang pemandu bas sekolah yang memaparkan video rakaman murid perempuan sekolah rendah yang...