putera harry

Baik hatinya pasangan diraja ini. Bakal berkahwin dalam masa terdekat, Putera Harry, 33 dan tunangnya, aktres Meghan Markle,36 meminta sesiapa yang mahu menghantar hadiah sempena perkahwinan mereka bulan depan supaya memberi sumbangan dengan badan kebajikan. Pasangan itu yang akan berkahwin di Istana Windsor pada 19 Mei ini, mengundang sorakan ramai setiap kali muncul di khalayak ramai sejak mengumumkan pertunangan mereka November lalu.

Dalam kenyataan itu, pejabat Harry menyatakan pasangan berkenaan gembira dengan kebaikan yang ditunjukkan dan ‘mahukan lebih ramai mendapat manfaat daripada sifat bermurah hati itu’.

“Mereka meminta sesiapa yang mahu meraikan perkahwinan mereka supaya menyumbang kepada badan kebajikan, berbanding memberikan hadiah perkahwinan,” menurut kenyataan.

7 Badan Kebajikan Terpilih

Harry dan Markle memilih tujuh badan kebajikan, tiada satu pun ada kaitan secara langsung dengan kedua-duanya, untuk menerima sumbangan orang ramai. Ia termasuk Persatuan Kanak-Kanak HIV, Yayasan Myna Mahila yang membantu wanita di kawasan setinggan Mumbai, rumah gelandangan Crisis, kumpulan pemuliharaan Surfers Againts Sewage dan Scotty’s Little Soldiers, yang membantu kanak-kanak yang kehilangan ibu atau bapa ketika berkhidmat dalam tentera Britain.

Pasangan Diraja Putera Harry & Meghan Tidak Mahu Hadiah Kahwin, Tapi Sarankan Beri Pada Pusat Kebajikan

IKLAN

Jalin Hubungan Sejak 2016

Putera Harry merupakan anak kedua kepada Putera Charles dan mendiang Puteri Diana. Manakala Meghan Markle pula seorang pelakon dari Amerika Syarikat yang paling terkenal dengan wataknya dalam Suits. Pasangan ini telah menjalin hubungan sejak bulan Jun 2016.

Putera Harry dan Meghan Markle telah mengikat tali pertunangan pada hujung bulan November tahun lepas sebelum membuat keputusan menetapkan tarikh perkahwinan mereka iaitu pada 19 Mei 2018, di St. George Chapel di Windsor Castle, barat London, seperti yang diumumkan oleh keluarga Diraja Britain.

Pasangan Diraja Putera Harry & Meghan Tidak Mahu Hadiah Kahwin, Tapi Sarankan Beri Pada Pusat Kebajikan

IKLAN

Jemputan ke perkahwinan Diraja Putera Harry dan Meghan Markle telah pun diutuskan kepada 600 orang tetamu yang bertuah serta 200 teman rapat turut diundang ke acara after party di Frogmore House. Kad jemputan yang telah diutuskan tersebut dihasilkan oleh Barnard and Westwood, yang mana telah menguruskan “Royal Warrant for Printing & Bookbinding by Appointment to Her Majesty The Queen” sejak tahun 1985 dan mempunyai warrant Diraja yang kedua dengan Prince of Wales.

Menerusi kad jemputan tersebut turut mendedahkan yang dress code untuk tetamu yang hadir ke acara perkahwinan itu iaitu Uniform, Morning Coat atau Lounge Suit atau Day Dress bersama Hat.

IKLAN

Pasangan Diraja Putera Harry & Meghan Tidak Mahu Hadiah Kahwin, Tapi Sarankan Beri Pada Pusat Kebajikan

Pasti ramai yang menantikan perkahwinan penuh bersejarah pasangan diraja ini.Niat murni, Harry dan Meghan menyarankan sumbagan hadiah kepada rumah-rumah kebajikan yang terpilih sewajarnya satu usaha yang terpuji. Tahniah dan selamat pengantin Baru!

Sumber:bharian & cnbc

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI