Bawa satu plastik duit siling bayar hutang RM3000, Kakak Akui Terharu Lihat Usaha Adik. Ramai suka meminjam dari adik beradik tika terdesak. Namun ada kalanya ada pula yang sengaja mendiamkan diri kerana beranggapan, adik beradik pun nak berkira. Minta beri itu lain, sebut pinjam itu lain.

Kalau sebut pinjam usahakanlah bayar kerana ia tetap kekal sebagai hutang. Sebab hutang selagi tak dibayar akan ditanya di akhirat kelak kecuali telah dihalalkan.

Bawa Satu Plastik Duit Siling Bayar Hutang RM3000

Satu perkongsian dari Ustazah Huda ini mengenai usaha adiknya mengumpul dan membayar hutang RM3000 kerana tidak mahu menangung beban di akhirat membuatnya rasa terharu. Terharu bukan kerana hutang itu terbayar tetapi usaha dilakukan adiknya mengumpul untuk menyelesaikan amanahnya.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– Arwah Suami Menyesal Beli Banyak Rumah, Hutang Bank Sampai Tak Ada Masa Untuk Anak-anak

Jangan Halalkan Terus Orang Berhutang Dengan Kita, Lama Tak Bayar Makin Banyak Pahala Diraih

Tak Suka Berhutang, Bantu Adik Beradik RAHSIA Orang Cina Kaya Berjaya

Berikut adalah perkongsian darinya.

Dah lama saya nak tulis tentang amanah (hutang), Allah izinkan saat ini. gambar di bawah ni adalah pinjaman yang dibayar adik saya. Terharu hanya Allah yang tahu saat melihat dia mengangkat satu plastik besar yang mengandungi sejumlah wang syiling RM1,000 dan keseluruhannya termasuk wang RM1 dan RM5 ini total RM3,000.

IKLAN

Bawa Satu Plastik Duit Siling Bayar Hutang RM3000, Kakak Akui Terharu Lihat Usaha Adik

Saya hanya mampu membalasnya dengan doa moga Allah terus deraskan lagi rezqinya. Allah nilai usaha gigihnya dengan berniaga mengumpul wang ini untuk menyelesaikan segala amanahnya.

Teringat adik saya pernah cerita kisah seorang sahabatnya yang sangat baik dan telah meninggal dunia di usia yang sangat muda. Suatu hari arwah datang dalam mimpi sahabatnya dan dalam mimpi tersebut arwah minta tolong sahabatnya cari nota yang dia tinggal dan tolong selesaikan hutangnya.

Selepas terjaga dari mimpi sahabat arwah mencari nota yang di maksudkan arwah dan dia terjumpa sticky note yang tertulis hutang arwah dan dia segera menyelesaikan hutang tersebut.

Allahuakbar. Allah bantu arwah.

IKLAN

Selepas dengar kisah ni saya sangat terpanggil untuk menulis perihal hutang. Ya benar hutang memang di benarkan dalam Islam. Tapi satu perkara penting yang kita selalu lupa ialah mencatat hutang-hutang kita.

Realiti berlaku sekarang ramai yang menganggap hutang adalah perkara kecil. Sedangkan Allah cerita panjang tentang hutang dalam Ayat 282-283 Surah Al-Baqarah. Bukalah Quran tafsir dan hayatilah terjemahan ayat 282-283 ini.

Baginda Nabi Muhammad s.a.w juga meninggalkan pesan pada kita dengan sabdanya :

“Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan keresahan di malam hari dan menyebabkan kehinaan (aib) di siang hari” (Hadith Riwayat Al-Baihaqi)

“Ruh seorang mukmin itu tergantung dengan hutangnya hingga lah dia melunasinya.” (Hadith Riwayat Tirmidzi).

IKLAN

Marilah sama² kita mula menulis hutang-hutang kita dan tanamkan azam serta niat untuk menyelesaikan kembali segala hutang-hutang tersebut. Pesan pada orang terdekat kita jika kita meninggal dunia bagaimana cara mereka boleh bantu melunasi hutang-hutang tersebut.

Bila kita berhutang jangan larikan diri atau bermusuhan. Jika masih belum mampu bayar hubungilah orang yang kita pernah berhutang dan maklumkan keadaan yang kita masih belum mampu melunasi hutang²nya. Ingatlah sahabat, orang yang mati syahid sekalipun ruhnya masih tergantung selagi hutangnya tidak diselesaikan.

Semoga Allah bantu kita kembali mengadapnya dalam keadaan bebas dari segala jenis hutang piutang. Allahumma #Aamiin Ya Allah Mujeeb.

Sama² kita ingat mengingatkan kerana Allah.

Salam Sayang,
Ustazah Huda.
Sumber :- FB Huda Yaacob

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI