Anak lapar perhatian. Tak semua anak yang lahir disambut dan dibesarkan oleh seorang ayah. Ditakdirkan ayah meninggal semasa anak masih kecil, secara tak langsung hilang sudah kasih seorang ayah.

Mungkin disinilah bermulanya anak lapar perhatian daripada seorang lelaki yang bergelar ayah. Itu jika kehilangan ayah buat selama-lamanya.

Bagaimana pula anak lapar perhatian sebab ayah dan mak tidak peduli sepanjang anak-anak ini membesar. Sibuk mencari rezeki hingga terabai memori indah dengan anak-anak.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Mak Ayah ‘Kelam Kabut’ Urus Anak Masa Bercuti, Inilah MEMORI INDAH Untuk Dikenang

‘Cepat Marah Bila Anak Buat Perangai.’ Mereka Tak Kecil Selamanya, Sabarlah Sekejap!

Info Lebih Menarik DI SINI

Anak Lapar Perhatian, Ciptalah Memori Bersama

Saya membesar tanpa figura seorang ayah.

Ayah saya hanya sempat bersama saya takat umur saya 2 tahun je. Kemudian, beliau dipulangkan kembali kepada pencipta dalam kemalangan jalan raya. (Al-Fatihah buat Shauqi bin Nordin)

Membesar tanpa ayah adalah ujian yang besar. Syukur, dengan izin Allah dan sokongan keluarga yang lain, mak saya mampu melaluinya dengan penuh jerih.

Tapi, saya yakin satu perkara. Kepedihan yang saya alami, tak sebesar kepedihan mereka yang ada mak ayah. Tapi tak dapat rasa keberadaan mak ayah tu.

Sebab mak ayah terlampau sibuk. Atau tak rasa perlu untuk berkomunikasi dan berhubung dengan anak.

Impak Seksualiti Pada Anak

Teringat saya status Kak Hazwani Mohd Dah satu ketika dulu. Tentang impak seksualiti terhadap anak yang tak ada figura ayah.

Kata beliau,

‘Anak perempuan yang tak ada figura ayah, cenderung terjebak dalam zina. Anak lelaki yang tak ada figura ayah, cenderung terlibat dalam homoseksual.’

Sungguh!

Sebenarnya, sindrom ‘Absent Father’ ni, bukan saja memberi impak pada seksualiti. Malah banyak cabang kehidupan anak di masa akan datang.

Mak Ayah Rapat Dengan Anak

IKLAN

Pengalaman tu jugalah buat saya nekad untuk pastikan saya dan suami rapat dengan anak-anak.

Tak kira annoying mana pun perangai anak tu, anak kita masih berhak dapat layanan yang baik.

Tak kira sibuk macam mana pun jadi mak ayah, bila anak bercakap dengan kita, letak telefon ke tepi dan pandang mata anak.

Kita mungkin sangka anak kecik lagi. Tak faham apa. Tapi ketahuilah, otak mereka sedang simpan dan proses memori yang kita usahakan bersama mereka.

Dan ketahuilah anak yang kurang memori dengan mak ayah adalah antara anak-anak yang kehausan emosi.

Mereka jadi antara 0.5 juta rakyat Malaysia yang mengalami kemurungan seperti yang direkodkan Kajian Morbiditi Kebangsaan pada tahun 2020.

Moga ini jadi ingatan kita bersama, untuk kembali mainkan peranan kita.

Jangan Biar Anak Lapar Perhatian

Kita ni sentiasa sibuk pandang tinggi orang lain. Tanpa kita sedar anak kita sendiri memandang tinggi pada kita. Kita sentiasa sibuk nak mencari sumber kewangan buat memberi makan anak kita, tanpa sedar kita dah biar anak kita laparkan perhatian.

Sepenat mana pun kita, simpan sedikit tenaga untuk berada bersama mereka.

Anak takkan ingat berapa banyak duit yang kita habiskan untuk mereka. Mereka cuma ingat banyak mana memori yang kita buat dengan mereka.

To be in your children’s memories tomorrow, you need to be im their lives today.

IKLAN

Cipta memori indah sebanyaknya dengan mereka.

Masa takkan dapat kita putar kembali. Setiap minit anak makin membesar. Sesibuk mana pun kita membina kerjaya, jangan lupa kerjaya sebenar kita sebagai ibu dan bapa.

Anak ini bukan sekadar anugerah kan?

Mereka juga amanah kan?

Waktu belum ada, bersungguh kita meminta padaNya. Bila dipinjamkan, kita tak jaga sebaiknya.

Jangan sampai bila anak dah besar, kita ditampar dengan soalan petir dari anak,

“Waktu saya kecil, ayah tak ambil tau pun pasal saya. Apa hak ayah untuk campur tangan bila saya dah besar?”

Nauzubillah…

Mingguan Wanita : Paling penting, sibuk mak ayah kenalah ambil tenaga untuk bersama mereka. Inilah yang akan jadi memori indah anak-anak untuk dikenang bila besar nanti.

 

Sumber: Wawa Shauqi

IKLAN

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :

https://t.me/bangkitwanitaMW

 

 

Follow kami di :

Facebook Mingguan Wanita

Instagram Mingguan Wanita

Twitter Mingguan Wanita

 

 

#bangkitwanita

#langkahyakinlakarkejayaan

#bisnesdarirumah

#mingguanwanita

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI