Barang kesayangan tak sengaja dipecahkan anak-anak atau pun suami. Faham sayang barang tu, tapi tak perlu marah-marah. Rasa nak marah.. tapi kena sabar. Dan tak usahlah mencari punca ‘salah siapa’.
Sayangkan barang biarlah berpada-pada. Ini pesanan yang dikongsikan Ummu Naufal. Tak dinafikan, nak mencari duit dan mengumpul barang kesayangan ini tak mudah. Tetapi ingatlah, barang itu tak bernyawa.
Anak-anak dan suami lebih berharga sebenarnya. Kerana, pada mereka punya jiwa yang perlu disayangi dan diambil peduli.
Tak Perlu Mencari Punca..
Sayang barang
Tercari-cari penutup periuk kecil Vision. Periuk ini, khusus untuk masak makanan Haneen. Setiap hari digunakan. Dibeli di Miami dan dibawa ke Yanbu bila pindah ke sini. Pastilah sayang. Jauh dibawa, banyak kenangannya.
Bila tong sampah dibuka, ternampak cebisan kaca di dalam.
“Laaaa, pecah rupanya!”
Mesti lewat malam semalam berlaku kejadian.
“Siapalah yang pecahkan? Boleh jadi anak, boleh jadi juga Abinya.”
“Macam manalah boleh pecah? Dah berbelas tahun guna, tak pecah pun.”
Ads
Duhai hati yang cintakan dunia,
Lepaskan!
Bebaskan hati kita!
Tak perlu dicari siapa puncanya.
Dan tak perlu tahu macam mana berlakunya.
Tak perlu sesal,
kerana sudah berakhir hayat barang itu berkhidmat untuk kamu di dunia.
Ia cuma barang!
Selepas hampir setahun tak mendapat kehidupan yang menyenangkan, wanita ini mula membaca amalan surah Al Muawwizat yang diajar oleh seorang ustaz. Amalan ini melindungi dirinya daripada perkara-perkara mistik yang menghantui dirinya.
Inilah perkongsian daripada Linda Sein yang boleh diguna pakai untuk semua. Sebabnya memang agak menyeramkan apabila hal-hal mistik sebegini jadi kat diri sendiri.
Ikhtiar Rawat Diri Dengan Surah Al Muawwizat
Dah hampir setahun otak rasa gelong.
Online kejap jer terus rasa nak muntah, rasa nak pitam, menguap malah mengantuk macam baru lepas telan sebotoi ubat batuk cap ibu bapak. Eh!
Pi berubat sana cakap lagu tu, pi berubat sini cakap lagu ni. Kesimpulannya, DENGKI. HASAD. IRI HATI.
Hmmm…
Start dari tu, siang malam kita ni ikut apa kata ustaz. Ikhtiar selagi mampu.
Dari malam bawak ke siang. Dari tenggelamnya matahari sampai timbulnya bulan. Tidoq tak cukup. Pejam mata dalam keadaan TAKUT.
Aku main hantam baca memacam ayat, ada sampai tahap baca yassin 2 kali teruih. Ish ish penakot yarabbi aku ni. Yerlah walaupun laki aku pak haji yang kerjanya ulang alik Malaysia – Saudi, tapi aku ni bukan lah alim sangat. Ada sesetengah ayat aku taktau pon maksud sebenaqnya.
Ini Yang Dialami Setiap Malam
Tiap malam.
Jam 2:30pagi-3:30pagi.
Kejap-kejap bunyi guli jatuh depan pintu bilik tidoq, kejap-kejap bunyi tapak kaki anak kecik lari-lari kat dapoq. Kejap-kejap bunyik duit syiling berterabur kat bilik baju. Lantai sejenis Vinyl kayu pulak tu. Kompem la bunyi dia jadi sangat menyeramkan. Cisss! (Dok type ni pon meremang oi) Menduga keimanan aku betoi.
Sampai tahap mata aku yang cantik dan berseri tu dan berubah jadi lebam bak mata si kungfu panda. Geng-geng urat stress pon pakat sepakat membawa berkat mai dok timboi kat kening seropa apa dah aku ni. Aiyo.
Ok.
Maka. Aku pon terus ikhtiar. Dari selatan ke utagha. Dari kolumpoq ke perak, dari perak ke penang. Dari penang ke kedah. Masuk habis Cerok Nun padia aku pon tak besa sampai kampung tu aih.
Ustaz Ajarkan Cara Bina Benteng Pertahanan Diri
Alhamdulillah.
Aku jumpa seorang Ustaz. Mengadu domba. Ustaz tu ajaqkan beberapa amalan.
Maka.. Berbuih la mulut aku dok amalkan al-muawwizat salah satu amalan BENTENG PETAHANAN DIRI yang Ustaz ajaq.
1. Lunjurkan kaki ke arah Qiblat 2. Mengangkat dua tangan seperti berdoa 3. Baca ayat-ayat Muawwizat sehingga selesai (tidak termasuk membacaSurah Al-Fatihah) 4. Tarik nafas kemudian tiup pada tapak tangan sehingga habis nafas 5.Tarik sikit nafas kemudian tahan nafas sambil hampa menyapu tapak tangankeseluruh anggota badan yang boleh dicapai kecuali anggota sulit. 6. Amalkan sekali sebelum tidoq & selepas solat subuh setiap hari.
Alhamdulillah. Berhasil untuk aku. Walaupun syaitan dan jin tak putus asa dok mai jugak kacau aku dan anak-anak, makanya aku pon nekad takmau dah dok jadi lemah dan tetap tak putus asa untuk ikhtiar lagi dan lagi. Yes. Sebab Allah lebih berkuasa. Aku yakin dengan allah.
Selain tu,ada beberapa lagi gangguan aku dapat. Dan banyak amalan yang Ustaz ajaq aku. InsyaAllah nanti sambung cerita lagi.
Pernah tak anda ambil tahu apa tanda-tanda kanser Ovari? Kanser Ovari dikenali sebagai penyakit pembunuh senyap. Tidak menunjukkan banyak tanda yang spesifik tetapi penyakit ini sangat bahaya dan akan nampak dalam tempoh yang agak lama.
Namun sejak kebelakangan ini, kes kanser ovari semakin menular di kalangan kaum wanita dan kanak-kanak tetapi bila sedar penyakit kanser sudah peringkat yang suka untuk diselamatkan.
Sebenarnyanya ovari adalah 2 organ kecil, berbentuk bujur dan merupakan sebahagian daripada organ reproduktif wanita yang menghasilkan telur ovum.
Apabila mengidap kanser ovari, ini bermakna sel kanser telah membiak pada kawasan ovari tersebut. Apabila sel kanser telah membiak, kebarangkalian untuk kehilangan ovari tersebut adalah sangat tinggi.
BERKAIT DENGAN WANITA TAK BOLEH HAMIL
Keadaan ini boleh menyebabkan wanita berkenaan sukar hamil.
Kanser ovari boleh berlaku tanpa disedari kerana simptom-simptomnya agak mengelirukan dan sukar dikenalpasti. Biasanya, gejala yang timbul adalah hampir sama dengan masalah kewanitaan yang lain.
Sebab itulah, kanser ovari ni agak payah untuk dikesan pada peringkat awal. Adakalanya, bila dah peringkat 3 atau 4, barulah kanser ovari ni dapat dikesan.
Kebiasanya waktu agak suntuk dan ada kes, ianya sudah terlambat untuk dirawat. Ini kerana, ada kemungkinan sel-sel kanser tersebut telah merebak ke bahagian tubuh serta organ-organ yang lain.
SIMPTOM KANSER OVARI
Berikut tanda-tanda kanser ovari :
Asyik rasa berasa kenyang
Hilang selera makan
Tak selesa atau sakit di bahagian abdomen
Loya serta cirit birit
Kitaran haid tidak teratur
Pendarahan yang tidak normal
Turun dan naik berat badan tanpa sebab
Kerap kencing
Rasa sakit ketika melakukan hubungan bersama suami
Wanita yang berusia lebih 50 tahun mempunyai risiko yang lebih besar untuk mendapat penyakit kanser ovari. 50 peratus daripada kanser ovari didiagnosis di kalangan wanita lebih 60. Ini tidak bermakna bahawa penyakit ini tidak berlaku di kalangan wanita muda. Sebagai contoh, sel tumor adalah lebih biasa di kalangan wanita yang lebih muda, tetapi sangat jarang berlaku.
2. Sejarah keluarga
Jika anda mempunyai sejarah keluarga yang menghidap kanser ovari, kanser payudara atau kanser kolon, ia meningkatkan peluang anda mendapat kanser ovari.
3. Melahirkan anak dan haid
Wanita yang tidak pernah melahirkan anak mempunyai risiko yang lebih tinggi mendapat kanser ovari dan begitu juga wanita yang mula haid awal (sebelum mereka berumur 12 tahun) dan atau putus haid lewat selepas 50 tahun.
4. Ubat-ubatan
Dengan mengambil terapi hormon selepas putus haid atau menggunakan rawatan keseburan (jangka panjang dan dos besar) boleh meningkatkan peluang anda untuk kanser ovari. Sebaliknya, beberapa kajian menunjukkan bahawa pil kontraseptif oral mengurangkan risiko.
5. Faktor risiko lain
Ini termasuk merokok, obesiti, penggunaan alat kontrasepsi dan sindrom ovari polisistik.
Mingguan Wanita : Sekiranya anda mengalami tanda-tanda kanser ovari ini, segeralah dapatkan rawatan di klinik mahupun hospital berdekatan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Selalunya, masa kecil mak-mak pasti akan suapkan anak. Maklumlah, anak masih tak pandai. Kalau dibiarkan makan sendiri takutnya banyak yang tumpah dari masuk mulut.
Ada juga mak-mak yang suapkan anak sebab tak nak bersepah. Satu kerja pula mak-mak kena berkemas. Lagi satu, nak tunggu habis mahunya berjam-jam.
Malah, tak mustahil ada mak0mak yang tak suapkan anak dan sanggup ajar anak untuk makan sendiri. Kononnya untuk anak berdikari, walaupun mungkin akan berselerak.
Tanpa kita sedar, inilah masanya untuk mak-mak suapkan anak terutamanya ketika masih kecil. Jangan fikir sebab nak ajar anak untuk berdikari hingga sanggup biarkan dia suap sendiri. Sedangkan tangan mak inilah barokah.
Menariknya perkongsian daripada Nor Asmalina tentang suapkan anak, tangan mak yang sangat barokah dan ada syifa’
Ulamak pesan, tangan seorang ibu ada barokah. Jadi, suaplah anak makan dengan tangan ibu. Selain barokah dan ada syifa’, ia juga merapatkan hubungan ibu dan anak. Tapi zaman sekarang, ibu-ibu muda banyak follow petua barat.
Baby Lead Weaning, dan macam-macam lagi petua barat, suruh ajar anak makan sendiri. Belum setahun dah ajar makan sendiri. Sudahlah mak tu bekerja, seharian tak jumpa anak, nak suap makan pun tak nak.
Suruh makan sendiri. Mulalah berlaku, anak kurang khasiat, bantut, anak kurang darah. Sebab apa? Tak dapat khasiat makanan sepenuhnya sebab makanan banyak tumpah. Ajarlah anak makan sendiri bila dia betul-betul boleh berdikari sekurang-kurangnya dah umur 2 tahun.
Anak-anak saya, saya suap sampai mereka dah sekolah rendah. Kadang-kadang saya suap lagi. Bila dah remaja dah jarang jumpa duduk asrama, balik sekali-sekala akan mintak saya suap makan.
Wujud kemesraan dan bonding yang mereka ingat sampai mereka dewasa. Jadikan suap anak makan salah 1 cara bonding dengan anak.
Sambil-sambil itu boleh sembang-sembang dengan mereka. Anak yang dah besar pun sekarang mereka pula sibuk nak suapkan ibu mereka.
Mingguan Wanita : Masa anak nak makan bersuap, mak-mak suaplah. Kalau dia nak besar, tak nak bersuap, kita pula sibuk nak suap-suapkan. Begitulah.
Setahun suami keluar khuruj, isteri kongsi rasa seperti bercinta semula tapi versi halal. Bila kita meletakkan keyakinan tinggi kepada Allah, kita akan sentiasa yakini...