Sherry tak niat sakiti sesiapa.  Pelakon dan juga pengacara sensasi Sherry Alhadad tampil memohon maaf kepada mana-mana pihak yang terguris hati dengan kenyataannya menolak pembedahan bariatik yang dikatakan ‘jalan pintas’ untuk kurus.

Malah dia juga akui dirinya tidak berniat menyakiti hati sesiapa pun dan tujuan merakamkan video berkenaan sekadar untuk menjawab soalan-soalan yang diterima di TikTok, Instagram dan individu yang ditemuinya sebelum ini.

Sherry Tak Niat Sakiti Sesiapa

Terbaru penyanyi terkenal Datuk Aishah tampil menegur Sherry kerana kenyataannya itu dan mengaku terasa hati dengan apa yang dikongsikan tentang pembedahan bariatik.

Seperti mana yang diluahkan menerusi Harian Metro, Sherry menerangkan dirinya membuat penjelasan kerana ramai yang mengatakan berat badannya turun dek kerana pembedahan tersebut.

“Ramai yang tahu saya adalah duta produk untuk mengurangkan berat badan.

“Effort (usaha) saya ialah dengan ambil produk itu dan dalam masa sama pergi ke gimnasium atau buat senaman ringan.

“Jadi, video itu dirakamkan untuk beri penjelasan yang saya berjaya turunkan berat sebab kombinasi mengambil produk dan juga senaman.

“Apapun, saya ingin memohon maaf atas kenyataan saya jika ada mana-mana pihak yang terasa.

Akui Kekhilafan Sendiri

“Kekhilafan saya sendiri yang tidak melihat dan menggunakan perkataan yang betul ketika buat kenyataan di dalam video itu. Namun, saya tak pernah naik status atau beri pandangan terhadap sesiapa yang buat pembedahan bariatik.

“Kalau ada orang tanya, sebenarnya saya akan jawab terpulang kepada individu. Setiap orang ada pendapat dan cara masing-masing.

“Saya juga akan jawab tak buat pembedahan itu (bariatrik), tapi terpulanglah kepada mereka untuk pilih kaedah atau cara sendiri bagi menurunkan berat badan,” ungkapnya.

Baca disini ; Nurul Zahid Akui Pernah Lakukan Pembedahan Bariatrik “Dari 100kg Pernah Turun Sampai 58kg”

Sherry Tak Niat Sakiti Sesiapa “Tidaklah Nak Cuba Kritik Orang Buat Pembedahan Bariatrik”

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sumber : Harian Metro

Sumber Foto :  Instagram Sherry Al Hadad

Rajinnya Datuk Sheila Majid Berolahraga Untuk Pastikan Badannya Sentiasa ‘Fit’

Fazura Pesan Wahai Wanita Sayangi & Hargailah Diri Anda! 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI