Aida Khalida, pelakon yang tidak asing lagi dalam dunia seni tanahair. Percakapan yang lemah lembut sinonim dengan watak yang sesuai dilakonkan sebagai seorang ibu.

Nama sebenarnya, Khalidah Adibah Ahmad sangat  berdisiplin dalam kariernya dan telah berpuluh tahun menjadi anak seni. Bakat lakonannya masih utuh di persada seni dan banyak menerima tawaran sehingga hari ini

Aida Khalida, ‘Nenek’ Cantik Semulajadi Di Usia 65 Tahun, Jaga Pemakanan Untuk Kekal Sihat

Siapa sangka, Aida Khalida kini sudah mencecah usia 65 tahun dan telah pun bergelar nenek kepada 5 cucunya..

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: “Saya Takkan Kembali Ke Usia 25 Tahun & Jangan Lupa Senyum..” – Datin Sofea Jane

Nak AWET MUDA & Hilangkan Kedut, Minum Jus Limau Kasturi, Modal Murah Sangat!

Aida Khalida, Kekal Anggun Di Usia 65 Tahun

Ibu kepada dua orang anak dan 5 orang cucu ini tidak tidak menjadikan hidup solo tanpa suami sebagai kekurangan, jadual harian Aida tidak hanya diisi dengan tugas di set penggambaran. Bahkan jika tiada shooting, aktres ini selesa mengisi masa dengan membaca Al-Quran atau menghadiri majlis ilmu.

IKLAN

Aida Khalida, ‘Nenek’ Cantik Semulajadi Di Usia 65 Tahun, Jaga Pemakanan Untuk Kekal Sihat

Apa yang pasti, penghijrahan Aida ke arah kebaikan sekitar tahun 2008 banyak mengubah gaya hidupnya hari ini. Dalam usia 65 tahun, keanggunan Aida tetap terserlah dan cantik dalam kelas tersendiri. Paling penting tanpa botox atau pembedahan muka.

Meski jelas kelihatan kedutan halus di raut wajah, pesona dan aura Aida tidak pernah luntur.

Berkongsi amalan kecantikan, Aida memberitahu yang dia sangat menitikberatkan soal pemakanan.

“Saya kurangkan makan. Kadang-kadang berselera cuma saya pastikan makan dalam portion yang kecil lebih kurang satu senduk nasi saja dan akan makan ulang-ulang  (bila lapar).

IKLAN

“Saya juga banyakkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Malah setiap kali lepas makan, saya amalkan minuman detoks. Dua sudu besar apple cider dicampur dengan segelas air,” katanya.

Aida Khalida, ‘Nenek’ Cantik Semulajadi Di Usia 65 Tahun, Jaga Pemakanan Untuk Kekal Sihat

Seiring pertambahan usia, Aida turut melakukan rutin senaman seperti sit up dan push up dalam tiga kali seminggu. Selain brisk walk demi menjaga kecergasan tubuh badan.

Aida Khalida, ‘Nenek’ Cantik Semulajadi Di Usia 65 Tahun, Jaga Pemakanan Untuk Kekal Sihat

IKLAN

Mingguan Wanita : Moga terus sukses dalam kerjaya seninya.

 

Sumber: Berita Media

 


Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI