hadiah-peti-ais-mua-bellaz

MUA Bellaz berkongsi bahagia dapat peti ais impian, LG Knock Knoc. Bahagia rasa hati sehingga semangat memenuhkan barang-barang makanan dalam peti sejuk impiannya itu.

Bersyukur dengan hadiah yang diterimanya, jurusolek terkenal Bellaz atau nama sebenarnya Nabilah Zulyadaini ini, berhasrat pula mahu menghadiahkan peti ais jenis standard. Kepada beberapa keluarga yang di rumahnya belum pernah ada peti ais.

Dapat Peti Ais ‘Dah Lama Tak Beli Barang-barang Macam Ni’

Menerusi perkongsiannya ini Bellaz mengungkapkan kesyukuran berpanjangan,

Peti ais impian ni.. sajalah bellaz nak share dengan hampaa. Saya pon masih tak percaya lagi.. Alhamdulilah rezeki dapat present Peti ais LG knock knock ni. Semoga Hamba yang memberi ini dilimpahi dengan rezeki yang mencurah-curah. Amin Aminn.

IKLAN

Syukur Alhamdulilah.. lepas tu dah lama saya tak beli barang-barang macam ni hari ni semangat p beli sebab peti ais baru. Sekali sekala tak salah reward kerja penat seharian.

Sangat-sangat cantik peti ais ni. MasyaAllah luar dalam. Tak leh move on lagi duk pandang ja sambil berfikir rezeki Allah tu sangat-sangat luas masyaAllah.

Lagi banyk kita memberi lagi berganda kita dapat, InsyaAllah Bellaz doakan yang nampak post ni insyaAllah rezeki kalian akan tiba sebesar nya mengalir umpama air zam-zam tanpa henti insyallah Aminnnnn.

IKLAN

Rezeki anak-anak ni mama abah tumpang saja.. masyaAllah.”

Hadiah Untuk Keluarga Belum Pernah Ada Peti Sejuk

Tidak lama selepas memuat naik perkongsian hadiah peti ais impiannya itu, Mua Bellaz berkongsi pula hasrat hatinya mahu menghadiahkan peti ais jenis standard kepada beberapa keluarga yang belum memiliki peti ais di rumah.

IKLAN

Sapa di rumah dia tak dak peti ais lagi. Maksud Bellaz tak pernah ada cer komen.
InsyaAllah jikalau saya ada rezeki lebih saya nak hadiahkan untuk beberapa keluarga insyaAllah. Kalau Bellaz nak beli bagi Bellaz beli yang standart peti ais tu, insyaAllah.”

Kemurahan hatinya itu mendapat respons yang positif daripada follower di laman facebook miliknya. Malah, mendoakan kebaikan untuk Bellaz yang berbagi rezeki dengan orang lain.

Sumber/ Foto : Make up by Bellaz

Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW