Baru saja berkahwin seminggu, gara-gara nafkah RM8.80 sehari, suami ini yang merupakan seorang buruh ditinggalkan isteri.
Biarpun tindakan isteri ini kejam kerana sanggup meninggalkan suaminya, namun sudah takdir tertulis begitu.
Tetapi janganlah terlalu mengikut perasaan, kerana bukannya suaminya tidak berusaha tetapi tempoh seminggu terlalu singkat untuk dinilai.
Baru Berkahwin Seminggu
Seorang lelaki di Jakarta, mendedahkan mengenai kisahnya yang ditinggalkan isteri gara-gara memberi wang nafkah sebanyak 30,000 rupiah (RM8.80) sehari, lapor laman berita Berita Hits hari ini.
Menerusi klip video yang dimuat naik di laman TikTok, si suami berkata, dia baru sahaja melangsungkan perkahwinan selama seminggu.
Gara-gara Nafkah RM8.80 Sehari
Dia yang bekerja sebagai buruh bangunan bagaimanapun terpaksa menceraikan isterinya selepas wanita berkenaan tidak dapat menerima hakikat bahawa dia hanya diberikan duit nafkah sebanyak itu.
“Isteri saya menceraikan saya kerana dia diberi nafkah sebanyak 30,000 rupiah (RM8.80) sehari.
“Ia juga disebabkan oleh pekerjaan saya sebagai buruh. Keadaan rumah yang buruk membuatkan isteri meninggalkan saya walaupun kami baru seminggu bernikah,” kata lelaki tersebut pada keterangan dalam videonya.
Hantaran tersebut menjadi tular dengan ramai netizen meninggalkan pelbagai komen.
Ads
“Saya tidak mahu jadi hipokrit. Apa sahaja yang boleh dilakukan dengan wang sebanyak 30,000 rupiah (RM8.80) pada zaman sekarang?” kata seorang netizen.
“Di rumah ibu bapanya dia sudah terbiasa makan makanan sedap. Tiba-tiba diajak hidup susah, pasti sukar untuk menerima,” komen seorang lagi. – Agensi
Mingguan Wanita : Kisah ini jadi pengajaran buat suami, isteri yang baru memulakan hidup berumahtangga. Hidup susah itu normal, paling pening bertolak ansur dan saling memahami dalam membina hidup baru.
Pelakon Abby Abadi yang aktif dengan kerja-kerja khidmat masyarakat, memohon agar mereka yang mengalami terputus bekalan makanan atau keperluan harian, agar mengangkat bendera putih.
Dengan itu, akan ada jiran-jiran yang sedia maklum dan datang membantu. Tindakan sebegitu adalah lebih baik lagi berbanding membuat keputusan dan tindakan melulu.
Ramai yang terkesan dengan pendapatan yang kian meruncing. Malah, ramai yang terputus bekalan makanan. Menerusi tangkapan skrin yang dikongsikan pelakon drama kepolisian Gerak Khas ini, mereka diuji kesusahan yang begitu mendesak.
Sehinggakan ada ibu yang terpaksa memberi anak kecilnya minum air sirap. Abby juga melihat kempen kibarkan bendera putih ini sebagai satu idea yang hebat.
Mohon Angkat Bendera Putih
Kongsinya,
SEBARKAN…. Idea yang hebat dari seorang hamba ALLAH di FB.
Buat semua yang terputus sumber pendapatan, terputus bekalan makanan/ keperluan harian, mohon angkat bendera putih ye.. biar ada jiran-jiran yang tahu supaya anda tidak putus asa & ambil keputusan melulu.
Yang berdekatan.. Hulu Kelang, Keramat, Ukay Perdana, Wangsa Maju, Taman Permata…. ada ke yang sangat-sangat sesak sampai hidup kelaparan sekarang? Kalau ada DM saya ye (instagram Abby Abadi). Ada rezeki saya dan suami sampai dengan bantuan makanan.
Wallet Kasih PKP
Kongsinya lagi di instagramnya, “Sahabat-sahabat saya di sini yang budiman & dermawan, yang masih terus sudi nak bersama saya membantu mereka yang memerlukan, terima kasih sangat-sangat! Malaysian, Singaporean, Bruneian, Indonesian & dimana sahaja anda berada.. semoga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang ALLAH ye.
Hasil Dana Wallet Kasih PKP harini dapat diagihkan kepada 25 orang lagi. Syukur. Yang dah dibantu pun, bila dengar PKP bersambung lagiii.. datang lagi minta tolong.. Yang menunggu pun ramai lagi. Doakan ye. Doakan ALLAH permudahkan segalanya. Amin Ya rabbal alaminnn.
Anda yang berkemampuan dan mahu turut serta membantu Abby dialu-alukan sumbangan anda. Kongsi Abby lagi,
Kena kumpul lagi,
RHB Bank
26233500041199
Arbaieyah Abdul Manan
Meninggal dalam kemalangan. Malang tidak berbau dan kalau itu dah ketentuan, tiada siapa yang mampu untuk melawan takdirNya. Peristiwa yang cukup menyayat hati bila ahli keluarga terdekat pergi buat selamanya dan bukan sesuatu yang mudah untuk dilupakan.
.
Peristiwa yang cukup menyedihkan apabila seorang ayah menjadi saksi melihat anak, isteri dan mentua meninggal di depan mata akibat kemalangan jalan raya. Tak mampu untuk terima hakikat bila 4 ahli keluarga pergi buat selamanya.
Lebih menyayat hati apabila satu rakaman yang dikongsikan semasa kemalangan yang meragut 4 beranak itu. Video tangisan sang ayah bila melihat sekujur badan anak, isteri dan mentua yang meninggal dalam kemalangan tersebut.
.
“Ayah minta maaf nak..” kata-kata ayah yang meraung sambil merangkul badan anaknya yang telah meninggal.
.
Kemalangan maut itu berlaku di simpang tiga Jalan Kampung Asli Machap Umboo pada awal pagi. Dikatakan kenderaan jenis MPV yang dinaiki oleh 6 beranak dalam perjalanan menuju ke Langkawi untuk meraikan ulangtahun kelahiran si datuk. Paling menyedihkan, arwah turut meninggal pada hari tarikh yang sama harijadinya
Kereta MPV yang dinaiki oleh 6 beranak telah bertembung dengan sebuah lagi kenderaan lain sehingga mengakibatkan 4 daripada ahli keluarga itu iaitu anak, isteri dan mentua dan pemandu tidak dapat diselamatkan.
Kelihatan si ayah meraung-raung meminta maaf sambil memegang tubuh salah seorang cahaya matanya yang telah pergi. Si ayah dikatakan tidak mengalami kecederaan.
Kesemua jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Tun Ghafar Bukit Senggeh dan Pondok Batang pada hari yang sama.
Daripada maklumat yang diperolehi, 4 beranak yang meninggal dalam kemalangan itu ialah Ibrahim Daud, Latifah Dorahim, Syazana Tahrin dan Yusuff Daniel Muhammad Izwan.
.
.
.
Mingguan Wanita : Salam takziah buat keluarga mangsa. Semoga mereka ini ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Aamiin.
Menjadi harapan dan impian setiap mak ayah, inginkan anak-anak berjaya baik didunia mahupun diakhirat. Nak anak cemerlang sebenarnya juga perlukan usaha dan bermula daripada mak ayah itu sendiri.Perkongsian menarik daripada Puan Dahliana Mohd Dagang yang juga merupakan ibu kepada Pelajar Terbaik SPM Negeri Terengganu 2016 (11 A+), Husna Mardhiyyah Mohd Fauzi ini wajar dijadikan panduan buat Ibu bapa dalam mendidik anak-anak.
Berikut antara perkongsian tersebut;
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
“Selepas anakanda Husna Mardhiyyah diumumkan sebagai pelajar SPM 2016 terbaik negeri Terengganu (Alhamdulillah thumma Alhamdulillah) & videonya tular di media sosial, agak ramai juga para netizen yang request friend dengan saya walaupn saya hanyalah ibu, bukan tuan empunya diri.”
Sebahagiannya dengan permintaan agar saya share macamana cara mndidik Husna hingga berjaya akademik & hafazannya.
Menyedari diri al faqir yang penuh dengan berbagai kelemahan ini, terasa amat segan untuk berkongsi apa-apa. Justeru, saya cuma Whataps secara personal sedikit perkongsian yang ada.
Allah izin, dalam 3 hari ini ada 2 orang kenalan brtanya lagi berkenaan rahsia mendidik anak. Teringat kata-kata ummi angkat Husna; Ustzh Muzayyanah Abdullah…kongsikan apa-apa yang baik, kerana ia adalah sumbangan kita untuk ummah.
Justeru, di sini saya buang rasa segan untuk share sesuatu yang saya harapkan akan memberi manfaat kepada sahabat-sahabat. Sebenarnya tak ada rahsia pun…saya didik Husna & anak-anak lain sama je mcm sahabat-sahabt lain. Namun, apa yang saya tulis ni adalah untuk memperingatkan diri / revision untuk kebaikan bersama, In shaa Allah.
1. Perbetulkan Niat Sebelum Kahwin
Yang penting, sebelum kahwin…niatkan nk bina baitul muslim, baitul mu’min & baitul da’wah lillahi taala…nk lahirkn generasi soleh & solehah yg boleh menyampaikan Islam kpd yg lain. Seboleh2nya pilih pasangan yg kita rasakan boleh saling lengkap melengkapi ke arah itu.
2. Amalkan 3 Surah
Dari awal kehamilan, sentiasa amalkan membaca 3 surah iaitu Surah Maryam, Luqman & Yusuf.Sentiasa berzikir & baca Al Quran kepada ank-anak dari sejak lahir lagi.Kalau tak sempat , pasanglah tape-tape mengaji, kurangkan lagu-lagu & hiburan yang lagha (sia-sia).
3. Hadiahkan Anak, Ada Elemen Ilmu
Kalau nak beli CD atau apa sahaja hadiah untuk anak-anak, pastikan ada elemen ilmu. Begitu juga dengan permainan, pastikan boleh membina/menguji minda.
4. Penuhi Masa Anak Dengan Program Ilmu
Tanamkan minat membaca dengan membeli bahan-bahan bacaan Islamik.
Dari kecil, didik anak untuk menjadikan Islam sebagai cara hidup. Ajar doa-doa harian & segala amalan-amalan wajib & sunat, hantar anak-anak ke program pemantapan rohani contohnya kem hafazan di masa cuti. Penuhi masa lapang anak-anak dengan program-program ilmu.
5. Jaga Pemakanan Elak Syubhah
Pemakanan juga amat penting. Elakkan dari makanan syubhah. Cek betul-betul bahan-bahan sebelum membeli makanan untuk keluarga.
6. Hantar Anak Sekolah Agama
Jika ada kemampuan, hantar anak-anak ke sekolah agama. Kami ibubapa Husna tak mampu nak melengkapkan diri anak-anak dengan ilmu agama yang mendalam kerana kami bukan dari aliran agama. Saya bekas pelajar MRSM K. Terengganu; graduan TESL ITM/UKM manakala abi Husna bekas pelajar MRSM Kulim & lulusan Professional Accounting dari UK.
Justeru, Husna & adik beradik kami hantar bersekolah rendah di Sekolah Rendah Al Islah; sebuah sekolah agama swasta yang mnggunakn kurikulum MUSLEH, yang menekankn keseimbangan dari segi akademik, akhlak & pemantapan rohani. Memang agak perit dari segi monthly expenses tapi itulah namanya pengorbanan. Semoga menjadi saham akhirat untuk kami.
7. Bawa Anak Ke Majlis Ilmu Dari Kecil
Selalu bawa anak-anak ke majlis-majlis ilmu dari kecil lagi.Untuk tidak menganggu majlis, kita duduk di belakang atau di luar, supaya gelagat atau kerenah anak-anak kita tidak mnjadi distraction kepada orang lain. Walaupun kita tidak dapat 100% ilmu yang disampaikn kerana terpaksa melayan anak-anak, ini adalah usaha untuk mendapat keberkatan orang-orang alim yang menghadiri majlis ilmu yang diibaratkan sebagai taman-taman syurga.
8. Jaga Hubungan Dengan Allah & Manusia
Kunci kejayaan anakanda Husna ialah menjaga hubungan dengsn Allah & manusia. Husna selalu mohon maaf & doa restu ibubapa. Dia amat yakin bahawa doa ibu tiada hijabnya.Kadang-kadang sampai entah berapa kali minta maaf & doa dalam sekali call.
9. Pesan Pada Anak Jadi Orang Berguna
Selalu pesan pada anak-anak untuk jadi org berguna, bukan hanya pada diri & keluarga tapi juga kepada ummah.
10. Sentiasa Tolong Orang
Saya selalu pesan supaya Husna tolong kawan-kawan..walaupun dia sendiri kadang-kadang tak sempat study (dia byk terlibat dengan aktviti luar) bila kwn mai minta tolong ajarkan, jangan hampakan.Sentiasa tolong orang, in shaa Allah, Allah akan bantu kita.
11. Hormati Guru
Juga, amat penting juga menghormati guru krn di situlah letaknya keberkatan ilmu.
12. Sentiasa Doakan Anak-Anak Dalam Sujud Terakhir Solat
Sentiasa doakan anak-anak dalam sujud terakhir solat. Saya amalkan doa yang Ustaz Kazim Elias share iaitu ayat 82 dalam Surah Yasin;
Innamaa amruhuu izaa araa dasyai an, an ya quululahu kun ..(masa ni kita doalah apa nak doa dalam hati ) …fayakun. Doa ini juga boleh diamalkan di waktu2 lain, bukan hanya dalam sujud terakhir.
13. Ibu Bapa Jadi Kena Jadi Contoh
Dalam mendidik anak, kita perlu jadi role model. Contoh kalau nak anak yang solat di awal waktu, kita sendiri kena istiqamah. Kita nak anak yang positif & mengamalkn segala sifat-sifat mahmudah, kita sediri kena terlebih dulu mengamalknnya.
14. Niat Ibadah
Sentiasa niatkan segala apa yang kita lakukan sebagai ibadah, ikhlas kerana Allah.. Makan pun ibadah jika niatnya untuk menguatkan diri bagi meningkatkan ibadah & kita tidak makan makanan yang haram. Apatah lagi usaha untuk mendidik & membesarkan anak untuk melahirkn generasi yang berguna kepada ummah.
Juga, dalam melakukan setiap kebaikan, jangan lupa niatkan untuk mengikut sunnah Rasulullah (saw) yang kita kasihi. Di samping beroleh manfaat dari kebaikan yang kita lakukan, kita juga in shaa Allah akan beroleh pahala berganda kerana mngikut sunnah yang sememangnya satu amal soleh yang disukai Allah.
Wallahu a’lam.Sesungguhnya saya masih terlalu amat banyakkkkkkkk kelemahan…cuma share skit2 yang saya tahu…semoga bermanfaat.
Mana yang dirasakn baik tu boleh diamalkan..
Yang kurang tu saya mohon berbanyak kemaafan.
Semoga kita sentiasa mendapat redha Allah di dunia & akhirat.
Isteri langgar pelajar UiTM alami halusinasi lepas keguguguran anak, suami minta amaf atas tragedi. Kejadian tiga pelajar UiTM meninggal akibat diganggu wanita mengalami masalah...