Kehadiran Syawal tahun ini, disambut dengan dengan berita tragedi berdarah apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun, maut selepas dikelar ibu kandungnya dalam kejadian di FELDA Jengka, dekat Maran. Sungguh menyayat hati, sifat seorang ibu yang secara fitrahnya menyayangi dan melindungi anak-anak, mampu bertindak di luar kewarasan fikiran apabila dipercayai mengalami halusinasi sebelum bertindak mengelar bahagian leher anak lelakinya itu.

Jangan ambil mudah bila mak-mak mengalami simptom-simptom depresi mahupun halusinasi ini. Ia boleh membahayakan diri mahupun individu sekeliling. Sebenarnya ada 4 perkara mak-mak boleh lakukan bila diri rasa penat, stress mahupun emosi tidak Stabil.

Berikut merupakan perkongsian oleh Intan Dzulkefli sebagai panduan;

Ibu kelar anak kandung. Kes sebegini berulang lagi. Tak silap saya baru penghujung tahun lepas Malaysia digemparkan dengan kes yang sama.

Pedihnya membaca komen keyboard warrior yang menghentam, mencarut, memaki si ibu. Sedangkan kita sendiri tidak tahu perang apa yang sedang berlaku dalam diri si ibu.

Selaku seorang isteri & ibu, saya mengaku, menjadi isteri & ibu adalah tugas yang sangat berat.

Walau tidak sihat, keletihan & stress, tugasan harian perlu tetap dijalankan 24h7d. Kadang rasa nak lari jauh-jauh, lari menangis mengadu dekat ibu di kampung. Namun, ketahuilah, ibu kita juga menghadapi penat, lelah, pengorbanan yang sama malahan mungkin jauh lebih berat.

Wahai ibu, wahai isteri, selain perlu jaga solat, jaga hubungan dengan al-Quran serta menjaga solat tahajjud,

1) Minta Time Off

Jika terlalu penat kala menjalankan amanah sebagai ibu & isteri, berehatlah. Minta time-off dari suami.

Jika suami kita jenis sangat alert dengan perubahan emosi kita tanpa perlu kita voice out, alhamdulillah. Jika suami kita jenis sebaliknya, bersuaralah & berterus terang. Be your own hero. Tak perlu tunggu suami offer.

IKLAN

“Abang, saya penat. Saya stress. Boleh jagakan anak-anak kejap?”

Luahkan sahaja. Suami sepatutnya menjadi teman yang paling kuat menyokong, melindung serta memahami isterinya. Share dengan suami apa yang kita rasa, supaya dia faham.

Jangan tanggung lagi jika sudah tidak mampu. Gunung berapi yang hendak meletus, laharnya perlu dialirkan ke tempat selamat agar tidak membahayakan orang-orang yang kita sayang, terutamanya anak-anak.

2) Cari Teman Untuk Luahkan Perasaan

Sekali lagi, jika rasa perlu teman untuk meluahkan, luahkanlah apa yang terbuku di dalam hati. Teman ini boleh jadi suami, ibu, keluarga atau best friend kita. Pilihlah yang mana kita percayai yang boleh menjadi best comforter.

Kalau suka meluahkan melalui tulisan, tulislah juga. Blog, diari, mental-emotional group support.

InsyaAllah, kita akan lega setelah meluahkan.

IKLAN

3) Elak Bandingkan Diri

Jangan bandingkan diri kita dengan orang lain. Cara manage rumahtangga, manage anak-anak, skill parenting.

Hormat diri kita & orang lain. Hidup ini atas pilihan masing-masing. Comparison is the thief of joy. Kita akan stress jika terus membanding diri.

Contohnya,
“Kenapa orang lain duduk rumah tak stress, kenapa aku rasa tak happy & asyik marah anak?”

Sesungguhnya keupayaan seseorang untuk manage stress adalah berbeza. Sayangilah diri, kenalpasti kekuatan & kelemahan diri.

Ada orang kelemahannya apabila mendengar anak-anak menangis, dia rasa nak memukul anak. Fokuslah pada solusi berbanding salahkan diri kenapa kurang sabar, set minda bahawa diri sendiri ialah ibu yang teruk & sebagainya. Ia hanya memburukkan keadaan.

(+) bincang dengan suami tentang apa yang kita rasa, struggle yang kita hadapi.
(+) alihkan perhatian waktu anak menangis. Jaga pernafasan, istighfar, mungkin boleh jauhkan diri seketika hingga rasa bertenang.
(+) peluk anak & bayangkan sekiranya Allah ambil semula anak-anak kita. Maka, bersabarlah dalam memelihara mereka.

IKLAN

Jangan salahkan diri. Jika harini termarah anak, termarah suami, insyaAllah esok boleh reset & restart semula. Setiap hari adalah peluang dari Allah untuk menjadikan diri hambaNya yang lebih baik, insyaAllah.

4)Jumpa Konsultansi Pakar Psikologi

Sekiranya stress kita masih tidak hilang setelah berehat, tidur, ber-MeTime, pertimbangkanlah untuk mendapatkan konsultansi pakar psikologi.

Bila kita berjumpa psychologist bukan bermakna kita gila, namun, dengan bantuan professional bolehlah kita didiagnose samada kes kita ini termasuk dalam kategori sekadar stress biasa atau telah menjadi serius seperti, depression, anxiety, bipolar disorder atau lain-lain.

Selepas itu doktor akan keluarkan preskripsi, samada kita memerlukan bantuan ubat-ubatan, sesi kaunseling & lain-lain untuk mengurangkan & membantu kita menstabilkan emosi.

Luka emosi ni kita tidak nampak dengan mata kasar, namun jika didiamkan, bimbang ia akan memakan diri. Maka, jangan malu untuk bertemu doktor untuk mendapatkan konsultansi & rawatan, ya.

Sekali lagi, sayangilah diri kita, jangan tanggung seorang diri. Fikirkan orang yang kita sayangi & orang yang menyayangi kita.

Intan Dzulkefli
19 June 2018
Syawal 5 1439H

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Mohon mak-mak, jangan pendam apa yang terbuku dihati. Luahkanlah segala rasa, mahupun kepenatan menguruskan rumahtangga pada pada suami mahupun orang yang dipercayai.Jika masih tidak mampu meredakan gundah dihati, jumpalah dengan dengan pakar psikologi untuk mendapatkan rawatan yang sebaiknya.

Sumber: Intan Dzulkefli

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI