Berita penting buat bakal-bakal jemaah haji dan ahli keluarga yang akan menghantar para jemaah ke tanah suci, penerbangan pertama jemaah haji 1439H/2018 dijadual berlepas dari tanah air ke tanah suci pada 14 Julai ini, manakala penerbangan terakhir pada 14 Ogos.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Johan Abdullah berkata ia membabitkan lapan lapangan terbang utama iaitu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang; Alor Star, Kedah; Bayan Lepas, Pulau Pinang; Senai, Johor; Kuala Terengganu, Terengganu; Kota Bharu, Kelantan; Kota Kinabalu, Sabah dan Kuching, Sarawak.
Katanya, kuota haji bagi tahun ini masih kekal seperti tahun lalu iaitu 30,200 jemaah.
Ads
Beliau menjelaskan bagi operasi haji tahun ini sebanyak 81 penerbangan sewa khas digunakan membabitkan 40 pesawat Malaysia Airlines Berhad dan 41 pesawat Flynas.
“Penerbangan balik bermula 29 Ogos sehingga 25 September ini,” katanya pada Sesi Taklimat Operasi Haji 1439H/2018 di Movenpick Hotel and Convention Center, di sini, hari ini.
Turut hadir, Pengurus Besar Kanan Jabatan Haji TH merangkap Pengarah Gerakan Operasi Haji Tanah Air, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.
Ads
Selain itu, katanya buat pertama kalinya bagi tahun ini, jemaah haji dari Lembah Klang dan kawasan sekitarnya akan berlepas dari Kompleks TH Sepang yang sebelum ini dilakukan dari Kompleks TH Kelana Jaya.
Ads
Semoga para bakal jemaah haji, mengambil tahu setiap perkembangan yang dilaporkan, bagi memudahkan segala urusan.
Berderau darah melihat rakaman video yang dikongsikan oleh Asyraf Khalid,26 yang merupakan anak tiri kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza baru-baru ini.
Video yang dimuat naik didalam akaun instagram anaknya, Arif Jiwa Asyraf menunjukkan anak lelaki comel pasangan ini, hampir terjerumus didalam baldi yang berisi air ketika sedang membantu mencuci kereta! Mujur tindakan pantas ibunya Tya Arifin,25 berjaya menyelamatkan anak kesayangan daripada insiden tidak diingini yang mungkin boleh berlaku.
Namun disebalik kejadian tersebut, reaksi spontan Tya yang mencampak span serta merta serta mengelap buih-buih yang ada pada muka anaknya dengan kain yang dipakai mendapat perhatian ramai.Ramai yang memuji tindakan pantas yang dilakukan oleh Tya ini.
fara_jamalGood reaction time tya and a mother’s quick rescue pakai apa yang ada untuk quickly get rid of the buih on his face..tapi si gendut ni cute sangat.
randynaingolanMemang ibu selalu yang pertama… Tengok anak dalam bahaya, sponge pun dilemparnya.
alwinauti_sunarditak tau nak kesian ke nak gelak..tapi ibu @tyaarifinnw memang superb & stail betul lap muka arif pakai kain camtu je.
thehouseofsongket1710Ibu yang begitu muda tapi the way you treat your son proves that you are really matured @tyaarifinnw even an older woman can’t be like you. Such a good influence.
linsulaimanukmSaya rasa sebak tengok reaksi spontan Tya..She is a good mom.
lina_shazwani Aduhai @arifjiwaasyraf berderau jantung onty… Memang mom always a hero la. Tabik @tyaarifinnw
anisfarhinYa Allahh risaunyaaa ingatkan dia tengah sorang. Nasib mommyyy jaga dekat boleh terus tolong and perut juga tolong hihi
Disamping itu, ada juga yang menitipkan pesanan agar Tya agar lebih berhati-hati ketika mencuci kereta, sentiasa berwaspada dan jangan biarkan anak bermain dengan air sendirian.
mon_rossamira_rahmanAlhamdulilah.nasib baik ibu cepat nampak dan ada dekat situ..jika tak ada boleh lemas… hati-hati ye.. anyway so cute dia tolong ibu cuci kereta dan main-main air sabun. Perut gendut sangkut kat baldi hehee
ctnuraini_Sempoi la tya!! By the way, hati-hati ya. Jangan dibiar anak dengan air.
syira_isJangan ambil mudah ye. Anak kawan saya meninggal sebab lemas dalam baldi macam ini lah. Waktu itu usianya sama dengan arif ni. Semoga lebih berhati-hati.
sherynjaafarAlhamdulillah selamat. Hati-hati kerana kejadian baby lemas dalam baldi banyak berlaku tanpa pengawasan orang dewasa.
Memang risau sebab banyak terjadi insiden bayi lemas dalam baldi akibat tanpa pengawasan orang dewasa ni.Mohon mak ayah lebih berhati-hati dan pantau pergerakan anak-anak terutamanya yang masih kecil dan gemar bermain air.
Pasangan bahagia ini berkahwin pada November 2015 dan telah 3 tahun mendirikan rumahtangga.Asyraf dan Tya memang sering berkongsi keletah dan gambar-gambar comel anak lelaki mereka, Arif Jiwa yang kini berumur 1 tahun 3 bulan didalam akaun instagramnya yang telah mencecah 518 ribu pengikut.
Sejak bergelar ibu pada Aqeef Anaqi ini memang nampak terserlah sifat keibuan pelakon drama NUR, Amyra Rosli ini. Terbaru, Amyra berkongsi video pendek dia bersama si comelnya. Tentang rutin wajib yang perlu dipenuhi ibu ini sebelum menidurkan anaknya.
Caption Amyra “Perkara wajib nak tidokan Aqeef Anaqi.” Dalam video itu, Amyra mengajar bayinya kalimah ‘Lailahaillallah’ yang bermaksud tiada tuhan selain Allah dan selawat ke atas nabi Muhammad SAW.
Aqeef yang dilahirkan pada 15 Oktober 2017 ini juga semakin keletah dan sentiasa saja tersenyum. Si kecil ini bukan setakat comel malah gelagatnya yang ‘banyak mulut’ itu buatkan ramai jatuh suka.
Disebabkan ia sudah menjadi rutin makna mudahnya, hari-hari dituturkan maka Aqeef pun seakan sudah boleh menghafal kalimah indah itu di bibirnya. Walaupun sebutannya tidak sempurna, namun ia jelas bunyinya sama seperti apa yang dituturkan ibunya.
Apa yang dikongsikan Amyra ini sebenarnya memberi impak yang besar pada ramai peminatnya. Jelas, walau sesibuk mana pun seorang ibu itu tanggungjawab terhadap anak tak pernah sesekali dilupakan.
Iaitu memberikan pendidikan agama asas sejak dari kecil lagi. Lagipun, bayi yang selalu didedahkan dengan kalimah suci Al Quran ini akan lebih lembut jiwanya. Mereka lebih tenang dan tak banyak ragam. Penerapan asas agama pada anak kecil Amyra dan Amar Baharin ini boleh dilihat sejak mereka mendapat cahaya mata lagi.
Waktu awal kehadiran Aqeef pasangan tidak putus memberikan doa yang baik-baik untuk anaknya. Malah kedua ibu bapa ini walau sesibuk mana pun urusan mereka dengan kerjaya, tanggungjawab memberikan kasih sayang pada anak disempurnakan dengan baik.
Dari rutin memandikan Aqeef sampailah memberi makan pakai dilakukan dengan sepenuhnya oleh ibu muda ini. Sememangnya, pasangan muda ini boleh menjadi contoh yang baik untuk ibu bapa yang lain. Mengapa tidak selepas ini kita ajar anak-anak agar sebelum tidur membaca doa tidur, berselawat dan membaca surah 3 Qul. Dan disarankan agar menepuk-nepuk bantal sebelum melelapkan mata.
Ramai sebenarnya tak perasan pernah mengalami ‘microsleep’ ini sewaktu memandu.Walaupun terlelap hanya 2 saat, ia cukup membahaya diri dan nyawa serta boleh mengakibatkan kemalangan dan kematian.
Sempena musim perayaan ni, pasti ramai yang akan memandu pulang ke kampung halaman.Oleh itu, jemput baca perkongsian ilmu oleh Dr Ahmad Rostam Md Zin sebagai peringatan buat kita.
Pernahkah anda mengalami keadaan di mana semasa anda sedang memandu, anda terlelap, hilang tumpuan atau sebagainya dan apabila anda tersedar, anda sudah begitu rapat dengan kereta di depan anda, dihon oleh kereta lain kerana memasuki lorong dengan cara bahaya atau tiba-tiba sahaja terhantuk pada stering atau pintu di sebelah pemandu? Saya pernah mengalaminya dan keadaan ini dipanggil microsleep.
Microsleep secara mudahnya boleh didefinisikan sebagai tidur yang singkat. Ingin saya tegaskan ianya tidak sama dengan napping atau Qailullah. Perbezaan paling utama ialah microsleep ialah satu perlakuan yang tidak disengajakan manakala napping adalah sesuatu yang dirancang.
Microsleep bermaksud perlakuan seperti tidur yang tidak disengajakan dan tidak dapat dikawal samada dalam bentuk pandangan kosong, tersengguk atau terlelap dalam tempoh yang amat singkat antara 2 ke 30 saat sahaja.
Ia biasanya diakibatkan oleh individu yang kepenatan tetapi masih mahu terus berjaga, memandu jarak jauh ataupun menggunakan komputer dalam jangka masa yang panjang. Ataupun apa-apa aktiviti yang berbentuk ‘monotonous’. Contoh paling mudah ialah memandu di jalan yang lurus.
Selain itu, microsleep juga boleh berlaku kepada mereka yang kurang tidur, kemurungan dan secara psikologinya penat. Tidaklah menjadi masalah yang terlalu besar sekiranya ianya berlaku semasa anda sedang mengadap komputer atau sedang duduk-duduk tetapi sekiranya anda sedang memandu, ia boleh menyebabkan kehilangan nyawa. Microsleep menyebabkan keadaan di mana sesuatu perlakuan yang sedang dilakukan itu terhenti/terganggu (suspended) secara tiba-tiba (behavioral microsleep) yang mengakibatkan dalam kes pemanduan, kemalangan ataupun hampir kemalangan.
Mengikut satu kajian yang dijalankan pada pemandu trak di UK dari tahun 1995 hingga 2001, hampir 20% kemalangan adalah disebabkan keletihan dan satu pertiga dari jumlah itu adalah disebabkan oleh fenomena microsleep ini. Dilaporkan di US sahaja, anggaran 40,000 kecederaan dan 1500 kematian di jalanraya adalah diakibatkan oleh fenomena pemandu yang mengantuk atau tertidur semasa memandu. Itu tidak lagi termasuk satu lagi hasil kajian yang menunjukkan 55% pemandu memandu dalam keadaan mengantuk (sleepiness/drowsines) dan 23% mengaku pernah tertidur semasa memandu.
Adalah amat penting bagi kita yang semestinya teruja memandu pulang ke kampung dan melawat sanak saudara untuk memastikan bahawa kita dalam keadaan yang bagus untuk memandu. Jangan dalam keterujaan kita itu, kita terlupa tentang peri pentingnya rehat dan tidur sekejap.
Salah satu yang mungkin kita boleh amalkan untuk mengelakkan kepenatan dan perasaan mengantuk yang melampau dalam kesibukan berjalan raya ini ialah dengan mengamalkan power napping.
Power nap ialah perlakuan tidur sebentar antara 15-30 minit yang dilakukan untuk mengembalikan semula ketajaman minda dan ‘physical performance’. Masa yang terbaik untuk melakukan power nap ialah pada waktu tengahari. Bagi kita umat Islam, perkara ini bukanlah sesuatu yang asing kerana ia adalah satu sunnah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Waktu terbaik adalah bergantung kepada masa yang kita ada dan bagi orang Islam, masa yang digalakkan untuk melakukannya ialah waktu sebelum Zuhur (Qailullah).
Banyak kajian menunjukkan tidur sekejap ini adalah sangat baik untuk minda, fizikal bahkan dari segi emosi. Sains menyarankan tempoh optima melakukannya adalah antara 15-20 minit sahaja.
Perlakuan ini tidak digalakkan dilakukan lebih dari itu kerana kajian juga menunjukkan tidur lebih lama di waktu tengahari akan menyebabkan otak anda lebih lambat untuk berfungsi secara optima semula seolah macam komputer yang lambat ‘loading’. Jadi mungkin anda boleh amalkan ini.
Berhati-hati di jalan raya dan selamat memandu.
INGATLAH: 2 saat sahaja sudah cukup untuk malapetaka.
Dr Ahmad Rostam Md Zin
Presiden
Early Career Psychiatrist
Malaysian Psychiatric Association
Semoga perkongsian ilmu ini bermanfaat, berhati-hatilah memandu dijalanraya pada musim perayaan ni. Mak-mak mohon temankan suami memandu, bagi elak mengantuk.Namun sebaiknya jika mengantuk, berehatlah dan tidur seketika sebelum meneruskan perjalanan semula.