Sultan Muhammad V

Teruja membaca surat terkini dari istana yang menyatakan KDYMM Sultan Muhammad V bertitah perkenan agar peruntukan gaji dan emolumen Baginda dikurangkan sebanyak 10% sepanjang pemerintahan Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong sehingga tahun 2021.

Malahan netizen turut terharu dengan tindakan Sultan yang jelas berjiwa rakyat dan berterima kasih dengan tindakan Baginda. Bukan sikap ini sahaja yang mencuri hati orang ramai, sedikit perkongsian daripada Ustza Ebit Lew yang meluahkan rasa sebak sebab dapat Tarawih dan Qiam bersama KDYMM Sultan Muhammad V di sebuah masjid juga tular. Syukur pada Allah.

Bukan senang nak cari pemimpin yang Tawaduk begini. Selalu kemana-mana pakai jubah lengan pendek jer, jaga solat berjemaah walau dimana pun.

Masa mula-mula lantik beliau dulu saya ada berdoa supaya Allah ketemukan dengan KDYMM YDPA ini, dari pertama perlantikan YDPA Solat Subuh berjemaah di Masjid. Subhanallah. Allah punya dunia ini, walau seorang raja berusaha menjadi hamba Allah, daulat tuanku ditukar kepada Allahuakbar. Allah Maha Besar, beliau tak bagi orang tunduk sembah..sebak pula rasa.

IKLAN

Semua Khalifah dulu sangat menjaga solat. Aisyah ra kata apabila azan dilaungkan Nabi saw seolah-olah tak kenal kami. Saidina Umar ra berkata, sesiapa sempurnakan solat, dia akan sempurnakan perintah Allah yang lain. Siapa cuaikan solat dia akan cuaikan perintah Allah yang lain. Bagaimana kita boleh bahagia tanpa dahi sujud pada Allah.

Ramai penuh masjid datang solat bersama. Rupanya begini setiap tahun di kelantan. Rakyat solat dan menanti LailatulQadar bersama sultannya.

Sedih bila baca pasal fitnah dan cacian kepada KDYMM YDPA. Semoga Allah lindungi kita semua. Sebab setiap fitnah kita kepada orang lain dosanya lebih teruk dari membunuh. Inikan pula kepada orang yang hidupnya zuhud begini, setiap cacian kita, kita akan tanggung. Setiap tulisan atau ucapan kita tidak akan terlepas diakhirat nanti.

IKLAN

Potong Elaun Sendiri Dan Tak Buat Majlis Jamuan Raya

Cuba lihat terkini surat Istana potong elaun dirinya dan majlis jamuan raya. Kita orang biasa pun ada majlis makan-makan raya.

Semoga Allah lindungi KYDMM YDPA dari segala fitnah dan semoga Allah terus rahmati dan berkati hidup dan umur dalam ketakwaan serta diRedhai Allah

IKLAN

Ya Allah rahmatilah KDYMM YDPA Sultan Muhammad V dan rahmatilah negara kami Malaysia dengan Takwa dan akhlak yang mulia.

Pohon doakan saya nak buat program keluarga sunnah untuk semua pemimpin Islam. Siapalah kita tanpa Redha Allah. Kita tiada jika Allah tak jadikan kita. Dijadikan Allah itu nikmat dan nikmat itu dirasai jika kita kenal Allah. Pohon doa semua juga supaya saya dapat buat sesuatu untuk anak remaja kita yang tersasar sedangkan mereka anak yang baik.

Menjunjung kasih Tuanku. Allahuakbar… sangat terharu atas tindakan KDYMM Tuanku untuk Negara.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI