Mudahnya Tawan Selera Suami Dengan Resepi Sup, Tak Ada Sup Bunjut Pun Boleh Jadi

Dari semalam trending betul ‘sup bunjut’ gara-gara scene drama Nur yang mana Ecah (lakonan Noorkhiriah) menuduh Nur menyihir keluarganya dengan sup bunjut. Bukan main ya kamu Ecah, sampai sup bunjut pun tak kenal. Dikatanya sihir pulak.

Tiba-tiba pula MW rasa nak imbas balik pasal sup bunjut ini. Sebab sesetengah suri akan gunakan sup bunjut dalam resepi sup mereka. Kalau tak ada sup bunjut ini rasa tak kick langsung. Walhal sebenarnya boleh saja. Asalkan tahu caranya.

Resepi sup ini pun salah satu hidangan yang boleh buat suami dan anak-anak bahagia. Lagi-lagi bila dinikmati di malam hari. Boleh hirup kuahnya buat panaskan badan. Sebab rempah ratus yang ada dalam sup banyak khasiat untuk tubuh.

Kalau tak, takkan bila anak demam mak-mak gigih usaha sediakan chicken broth atau sup tulang ayam untuk legakan dedar badan anak.

Rahsia Sup Bunjut Mak-mak Kena Tahu

MW googlelah tentang sup bunjut ini apa yang istimewa sangat sampai kalau tak ada tak boleh jadi sup ini. Haa.. ini yang MW jumpa.

Dalam blog la-abwa, pemiliknya membongkar ramuan yang ada dalam sup bunjut itu. Ramuan rempah ratus yang dibunjut dalam kain putih dan diikat rapi ini rupanya adalah ramuan biasa yang ada dalam dapur mak-mak.

Bezanya sup bunjut itu dah dipecahkan atau ditumbuk kasar untuk memberikan bau yang lebih beraroma” Harga jual sebungkus sup itu pun dah mencecah RM1 lebih sekarang ini.

 

Mudahnya Tawan Selera Suami Dengan Resepi Sup, Tak Ada Sup Bunjut Pun Boleh Jadi

Ini Ramuan Sebenar Dalam Sup Bunjut

Menurut blog la-abwa lagi isi ramuan rempah dalam sup bunjut yang dah dibongkar itu ada :

IKLAN

Rempah biji – sesudu
Bunga lawang – 2 ruas
Jintan manis -secubit
Bunga cengkih – 2 ke 3 kuntum
Kulit kayu manis (tak sampai 1/2 inci)
lada hitam – 5 ke 6 biji
Kain putih 2 inci persegi.

Isi rempah ini sebenarnya bergantung ikut jenama. Ada sesetengah yang dilebihkan kayu manis dan sesetengahnya tidak.

Jadi mak-mak, kalaulah tak ada sup bunjut di dapur itu sebenarnya masih bolehkan buat resepi sup tanpanya.

 

Mudahnya Tawan Selera Suami Dengan Resepi Sup, Tak Ada Sup Bunjut Pun Boleh Jadi

Resepi Mudah Sedap Nak Masak Sup Ayam Tanpa Sup Bunjut

Resepi sup ayam ini memang mudah sungguh nak disediakan. Memang selalu buat cara ini pun. Sesuai sangatlah untuk mak-mak yang kesibukan mengejar waktu itu

IKLAN

Bunga lawang
Kayu manis
Buah pelaga

*3 rempah ini bersihkan dan rendam dalam air panas dalam 5 minit. Nanti airnya bertukar warna ikut color rempah itu.

Halia – hiris
Bawang merah – hiris
Bawang putih – hiris
Ayam (kalau campur tulang/kaki ayam lagi best) – bersihkan potong kecil

*Sukatannya ikut mak-maklah ya.

1. Sedikit minyak untuk menumis. Tumiskan rempah bunga yang direndam. Ambil rempahnya saja. Airnya tinggalkan dalam mangkuk.

2. Kemudian, masukkan rempah hiris. Tumis sampai naik bau, masukkan ayam. Kecikkan api tutup periuk. Biar ayam sedikit empuk dan sebati dengan bau rempah.

IKLAN

3. Bila dah empuk masukkan air dari mangkuk rempah dan tambahkan air untuk sup. Masukkanlah perasa dan garam secukupnya.

4. Nak campur bahan lain macam tomato pun boleh. Biarkan sampai mendidih dan kuat pekat. Rebus lama sikit, biar sampai keluar kolagen dalam ayam tu. Taburkan daun sup. Siap.

 

Mudahnya Tawan Selera Suami Dengan Resepi Sup, Tak Ada Sup Bunjut Pun Boleh Jadi
Kredit : vanillaessen.blogspot.com

Cara Buat Sup Bunjut Homemade

Katakan mak-mak nak juga guna sup bunjut. Haa.. ini cara nak buat sup bunjut sendiri dekat rumah. Boleh buat siap-siap banyak-banyak. Nanti bila nak masak sup masukkan saja. Haa ini yang dikongsikan blog vanillaessen.

Bahan A

1 kulit kayu manis
1 bunga lawang
3 bunga cengkih
3 buah pelaga

Bahan B

1 sudu besar ketumbar
1/2 sudu the jintan putih
1/2 sudu the lads putih
3 keping kelopak bunga lawang
Sedikit buah pelaga yang dipecah-pecahkan
Secubit mustard seed (biji sawi)
Secubit biji poppy juga dikenali dengan nama kas kas
1/2 sudu the jintan manis

*Pecahkan bahan B tak perlu hancur sangat. Masukkan dalam kain kasa, ikat dengan benang dan siap untuk digunakan.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI