Pesakit Dr Husna Sampai Hairan ‘Kenapa Doktor Ucap Tahniah Banyak Kali’

Bila seseorang disahkan darah tinggi dan perlu ambil ubat, mereka sebenarnya amat-amat perlu mengubah gaya hidup dan beralih ke gaya hidup yang sihat. Dari segi pemakanan, pemikiran dan sebagainya perlu diubah ke bentuk yang lebih positif. Memang inilah pun yang doktor nasihatkan untuk mana-mana pesakitnya.

Apabila Dr Husna Mohd Zahry berkongsi catatan tentang pesakitnya yang melalui corak perubahan hidup yang cukup baik, inilah sebenarnya kisah inspirasi yang patut dicontohi oleh orang lain. Dr Husna ini juga merupakan isteri kepada Ustaz Don Daniyal Bijajid.

Kisah seorang pesakitnya yang masih belia dengan penyakit darah tinggi dan kolesterol kembali sihat. Dan beliau berkongsi antara penyebab kejayaan pesakitnya itu.

This patient made my day.”

Pesakit Dr. Husna ini seorang lelaki berusia 39 tahun. Dia didiagnos dengan Hypertension and Dyslipidemia (penyakit darah tinggi dan kolesterol tinggi) sejak awal tahun lepas.

Terkejut tengok beza bacaan tahun lepas dengan tahun ini. So much improvement. Dose ubat sederhana, not that high.”

IKLAN

But when he came in for his appointment, dah boleh tabu, how he could achieve those readings.” Pesakitnya itu juga membawa buku rekod peribadinya. Daripada buku rekod peribadi itu sendiri, dah boleh dibaca bagaimana pesakitnya itu mengambil serius soal kesihatan dirinya.

 

A post shared by husnazahry (@husnazahry) on

IKLAN

Ini Yang Pesakit Dr Husna Lakukan

Apabila Dr. Husna bertanya lanjut tentang kejayaannya itu, ini yang dikongsikan pesakitnya :

√     Exercises regularly

√     Pemakanan pun dijaga. No fad diets. Just healthier meal prep and everything in moderation.

IKLAN

Hati melonjak-lonjak teruja jumpa patient ini. And I think dia pun hairan kenapa doc ni asyik ucap tahniah.

Tambah Dr. Husna lagi dalam instagramnya, apabila ia berkaitan dengan soal kesihatan sememangnya tiada jalan mudah atau cepat untuk sihat. Sememangnya perubahan gaya hidup secara teraputik juga perlu dilakukan untuk merawat diri sendiri.

Pil cepat kurus / gemuk / tinggi / pendek. Jus penyembuh segala penyakit. Chronic diseases cannot be healed with just medication. Therapeutic Life Changers also need to be done.”

Help us help you.”

Sumber/Foto : Instagram Husnazahry

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI