Bapa durjana kena hukum 426 tahun, jadikan 2 anak kandung pemuas nafsu. Bapa yang tidak layak bergelar bapa. Inilah akibat bila iman tidak diletakkan di hati sebaliknya menurut nafsu syaitan.
Tindakan tidak berperikemanusiaan seorang lelaki menjadikan dua anak kandungnya sebagai hamba seks selama tujuh tahun berbalas apabila dijatuhi hukuman penjara 426 tahun dan 240 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini, hari ini.
Memetik laporan Kosmo Online, Hakim Nariman Badruddin menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh berusia 56 tahun yang membuat pengakuan bersalah ke atas 28 pertuduhan membabitkan kesalahan merogol, melakukan seks luar tabii dan amang seksual fizikal.
Mengikut fakta kes, tertuduh yang bekerja sebagai penyelia syarikat pelaburan telah melakukan perbuatan itu di kediamannya di dalam daerah Melaka tengah selepas kedua-dua mangsa mencecah usia 12 tahun.
Tertuduh turut menggunakan alat mainan seks terhadap mangsa selain berani melakukan perbuatan terkutuk itu ketika isterinya berada di rumah.
Perbuatan itu terbongkar selepas isterinya melihat tertuduh sedang merogol anak keduanya dalam sebuah bilik pada 5 September lalu.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Anis Najwa Nazari memohon hukuman berat dengan tempoh pengasingan yang lama dikenakan terhadap tertuduh.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu agar mahkamah mengambil kira keadaan kesihatannya yang merosot selain telah insaf dan mendakwa keluarganya sudah memaafkan perbuatannya.
Selepas mempertimbangkan pengakuan bersalah dan rayuan tertuduh, fakta kes, keterangan impak mangsa serta hujah pendakwaan, Nariman menjatuhkan hukuman penjara keseluruhan selama 426 tahun dan 240 sebatan terhadap tertuduh.
Beliau bagaimanapun memerintahkan hukuman penjara itu berjalan secara serentak dan berperingkat dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 18 September 2022, sekali gus menjadikan hukuman penjara dijalani selama 45 tahun dan maksimum 24 sebatan.
Ads
Sementara itu, dalam prosiding berasingan, tertuduh dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret kerana mengugut untuk membunuh isteri dan anak-anaknya. Majistret Mazana Sinin mengarahkan hukuman tersebut berjalan dari tarikh tertuduh ditangkap.
JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN MW & EPAL
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Ads
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif #sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Paling terkesan tentulah adik bongsunya, Qaseh Khadijah yang baru berumur 6 tahun. Sungguh anak kecil ini begitu merindui ibunya.
Tulisnya, “Mami kenapa tinggal adik.. mi.. adik nak duduk ngan mami.. adik rindu mami.. nanti kita jumpa di syurga ya mami.”
Malah kongsi abangnya, adik bongsunya itu semakin banyak bertanyakan soalan kepadanya. Dan pertanyaan adiknya itu tetap mengundang sebak di hati.
Adik Bongsu Tanya Kenapa Mami Masuk Syurga Awal
Kata adiknya, “Abang kenapa mami masuk syurga awal. Kenapa dia tak masuk sekali ngan kita.” Bila adik dah tanya macam itu, abang pun terangkanlah dari A sampai Z.
Adiknya juga bertanyakan hal ini, “abang siapa yang nak ganti mami.” Yang mana pertanyaan adik itu buat abangnya jadi petak atau stuck sekejap nak jawab.
“Tapi saya cakap abang ada.. kakak ada.. semua ada. Lepas saya jawab, dia pun cakap. ‘I am bongsi abang, adik lah ganti mami. Sebab adik pun garang (sambil dia cubit saya)”
“Ya Allah, abang akan cerita ataupun selalu mengingatkan adik tentnag kemuliaan Mami kita. Kita kena ikut itu ialah pedoman dan ikhtibar.”
Hadiah Duit Raya Untuk Staf DNARS
Sememangnya keluarga ini mewarisi kemuliaan dan kebaikan hati arwah ibu mereka. Hari ini, DNARS meraikan kakitangan syarikatnya dengan memberikan hadiah duit raya kepada mereka.
Tulis Iqbar lagi, “Alhamdulillah selesai penyerahan duit raya kepada staf-staf DNARS. Semoga Allah SWT merahmati keluarga DNARS.”
MW : Al-Fatihah.. semoga roh allahyarham Faizni Rohban Ahmad ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Walaupun telah berpisah namun mungkin rasa sayang pada bekas suami masih ada. Sikap cemburu buta, amarah dan dendam pada bekas suami yang mempunyai kekasih baru, menyebabkan seorang wanita tergamak hingga sanggup membunuh anak-anak sendiri.
Seorang wanita di Jerman dipenjara seumur hidup selepas didapati bersalah membunuh lima anak kandungnya, tahun lalu. Difahamkan, wanita itu tergamak melakukan jenayah tersebut selepas melihat gambar bekas suaminya dengan wanita lain, lapor Daily Mail.
Lemaskan 5 Daripada 6 Anak
Christiane K, 28, didakwa membunuh anak perempuannya, Melina, Leonie dan Sophie masing-masing berusia satu, dua dan tiga tahun, manakala, anak lelakinya Timo dan Luca berusia enam dan lapan tahun.
Lokasi lima mayat kanak-kanak ditemukan maut di pangsapuri di bandar Solingen, barat Jerman, 3 September 2020.
Kejadian berlaku September tahun lalu apabila wanita itu melemaskan lima daripada enam anaknya dalam bilik air dan kemudian meletakkan badan mangsa di atas katil.
Anak sulungnya, Marcel, 11, bagaimanapun terselamat kerana semasa kejadian dia berada di sekolah.
Lompat Landasan Kereta Api
Marcel memberitahu mahkamah, ibunya mengajak dia melompat di landasan kereta api bersama-sama selepas pulang ke rumah.Kanak-kanak itu menolak melakukan perkara tersebut dan menaiki kereta api ke rumah neneknya.
Christiane K,28 dijatuhkan hukuman penjara minimum 15 tahun kerana melemaskan 5 orang anaknya.
Tertuduh akhirnya cuba membunuh dirinya dengan melompat ke laluan kereta api di Dusseldorf, namun terselamat dan ditangkap oleh pihak polis.
Mahkamah di bandar Solingen menjatuhkan hukuman penjara minimum 15 tahun kepada wanita itu.
Mingguan Wanita: Gara-gara cemburu, sanggup buat apa sahaja hingga tergamak bunuh anak-anak sendiri. Mungkin wanita ini masih ada perasaan sayang pada bekas suami dan masih boleh ‘move on’ dengan kehidupan sendiri.
Baru-baru ini Malaysia dikejutkan dengan kes anak autisme berumur 22 tahun yang digari dan diseret dalam mahkamah akibat menyentuh payudara seorang wanita. Kes ini mendapat perhatian ramai yang sekali gus membuat ramai pihak bersuara dan memberikan pandangan masing-masing terhadap keluarga remaja autistik itu.
Ahmad Ziqri merupakan seorang pesakit austisme didakwa meraba seorang wanita berumur 24 tahun ketika sambutan hari jadi di sebuah restoran Jalan USJ 10/1B, Subang Jaya sehingga menyebabkan keluarga mangsa membuat laporan polis sebelum ditahan polis.
Apa yang menyedihkan, remaja lelaki yang sebenarnya mempunyai kapasiti mental budak berumur 13 tahun itu terpaksa bermalam di lokap pada hari jadinya akibat kejadian terbabit.
Selepas tular dan viral dimedia sosial, ramai netizen mengecam penahanan terhadap Ahmad Ziqri tersebut. Netizen juga mengecam ibu bapa gadis tersebut kerana memperbesarkan isu dan membuat laporan polis. Walaupun mengetahui keadaan sebenar Ahmad Ziqri yang mempunyai masalah Autisme sudah dijelaskan, mereka masih berkeras juga.
Insiden itu bukan sahaja menyebabkan pelbagai pihak bersimpati malah Ahmad Ziqri sekeluarga turut berada dalam keadaan tidak menentu sejak kejadian tersebut malah begitu gusar menanti hari pendakwaan kes itu 19 September ini.
Luahan Hati Ibu Anak Autisme
Akhirnya ibu mangsa tampil menjelaskan keadaan sebenar, malah terpaksa memberitahu anaknya bahawa dia berada dalam filem Gerak Khas supaya anak autisme itu tak trauma.
Luah ibu Ahmad Ziqri, Datin Hasnah Abdul Rahman, sehingga hari ini Ahmad Ziqri tidak bercakap tentang perkara tersebut malah beliau tidak pasti seandainya anak lelakinya pasti apa yang sedang berlaku.
Dalam kes ini Ahmad Ziqri tak menyedari dirinya ditahan sebaliknya memberikan ‘kerjasama’ dengan sangkaan dirinya sedang berlakon dalam Gerak Khas.
Ketika itu, Hasnah hilang akal dan tidak pasti apa yang perlu dilakukan olehnya kerana buntu untuk menangani perkara itu terutamanya mahu menjelaskan dengan kaedah terbaik kepada Ahmad Ziqri.
Berat untuk seorang ibu melalui dugaan ini, semoga keluarga Ahmad Ziqri tabah menghadapi ujian ini dan tidak putus asa berdepan dengan masalah. Diharapkan pihak berkuasa dapat mengadili kes ini dengan lebih telus dan terperinci serta memihak kepada Ahmad Ziqri.
Info Ahmad Ziqri
Ahmad Ziqri pernah viral semasa dia berumur 20 tahun pada 20 Disember 2016 kerana hilang di stesen MRT. Dia terpisah dengan keluarganya kerana menaiki sendiri salah satu gerabak. Pusat Operasi MRT mengkaji rakaman litar tertutup (CCTV) dan berjaya mengesan Ahmad Ziqri di stesen MRT Taman Tun Dr Ismail.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tiada yang lebih menyayat hati bagi seorang ibu selain melihat anak yang dikandung, dibesarkan dan disayangi dengan sepenuh jiwa, kembali dalam keadaan sudah tidak...