Isteri upah sekumpulan perompak tikam suami sendiri, demi pampasan insuran jutaan ringgit! Bagaikan dalam plot drama di televisyen, seorang isteri tergamak mengupah sekumpulan perompak merompak di rumah sendiri dan merancang pembunuhan suami demi tuntutan pampasan insurans yang bernilai jutaan ringgit.

Bayar RM10,000 Pada ‘Perompak’

Bayar upah RM10,000 kepada kumpulan pembunuh upahan yang diarah menyamar sebagai perompak untuk ‘melakonkan’ aksi rompakan sebelum membunuh suaminya.

Itu rancangan jahat seorang wanita yang dipercayai melakukan adegan rompakan palsu bagi tujuan menuntut pampasan insurans bernilai jutaan ringgit. Plot pembunuhan dirancang rapi suspek wanita berusia 37 tahun itu dilakukan di kediamannya di Taman Aneka Baru, Sungai Udang di sini, Khamis lalu.

Sumber berkata, isteri mangsa sebelum itu melaporkan kepada polis kediaman mereka dirompak sekumpulan lelaki yang turut menikam mati suaminya.

Bagaimanapun, soal siasat polis terhadap wanita terbabit membongkar rancangan licik dilakukannya.

Isteri Upah Perompak Tikam Suami Sendiri, Demi Pampasan Insuran Jutaan Ringgit!

Mengaku Rancang Pembunuhan Suami

Sumber berkata, terdapat percanggahan keterangan direkodkan daripada wanita terbabit menyebabkan dia akhirnya mengaku merancang pembunuhan itu.

“Wanita itu yang disoal siasat mengaku mencari khidmat pembunuh upahan itu menerusi kenalan lelaki dan membayar wang pendahuluan kepada pembunuh upahan terbabit.

 

“Pada mulanya dia memberi alasan melakukannya (rancangan membunuh suami) kerana tertekan sering dipukul mangsa. Namun siasatan mendapati wanita itu sudah menaik taraf jumlah insurans sebelum kejadian (bunuh) berlaku,” katanya, semalam.

Suami Meninggal Dunia Dengan 14 Tikaman

Kelmarin, Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, polis menerima panggilan daripada orang awam berhubung satu pergaduhan membabitkan sekumpulan lelaki yang menyebabkan seorang daripadanya terbaring berlumuran darah di kawasan rumah berkenaan jam 2.14 pagi Khamis lalu.

IKLAN

“Pasukan perubatan yang tiba di lokasi mengesahkan seorang lelaki berusia 41 tahun sudah meninggal dunia akibat 14 kesan tikaman,” katanya.

Arjunaidi berkata, isteri mangsa memaklumkan, dua lelaki berpakaian serba hitam dan memakai topeng serta bersenjatakan pisau masuk ke rumahnya melalui pintu hadapan sebelum menikam suaminya hingga menyebabkan kematian.

“Dakwa wanita itu, perompak menggeledah bilik dan rumah sebelum mengambil pelbagai beg tangan berjenama, barang kemas serta wang tunai sekitar RM40,000 dan melarikan diri menggunakan kereta BMW. Dianggarkan jumlah kerugian dialami kira-kira RM100,000,” katanya.

Isteri Upah Perompak Tikam Suami Sendiri, Demi Pampasan Insuran Jutaan Ringgit!
Barang yang dirampas ketika sidang media berkaitan kes bunuh dan samun bersenjata seorang lelaki tempatan.
Berkomplot Bersama Empat Lelaki

Bagaimanapun, polis menahan wanita berumur 37 tahun itu sekitar jam 10 malam, tidak sampai 24 jam selepas polis menerima laporan berhubung insiden kejadian rompakan itu.

Beliau berkata, suspek dipercayai membuat perancangan untuk membunuh suaminya sendiri kerana dendam.

“Dia berkomplot bersama empat lelaki berumur 20 hingga 36 tahun yang ditahan polis antara Jumaat lalu hingga kelmarin di sekitar daerah ini serta Senawang, Negeri Sembilan,” katanya.

Beliau berkata, wanita terbabit dan empat suspek direman sehingga 22 September ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh serta Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu rompakan berkumpulan dengan senjata.

Mesti Baca:Sakit Hati Kerana Curang, Isteri Sanggup Upah Orang Tamatkan Riwayat Suami
Baca Lagi Di Sini:Isteri Maut Ketika Tidur, Dipatuk Ular Tedung Yang Dilempar Oleh Suami Sendiri!

Mingguan Wanita: Tergamak isteri, rancang pembunuhan suami sendiri, demi pampasan insuran bernilai jutaan ringgit. Semoga yang bersalah dan melakukan jenayah kejam ini, mendapat pembalasan yang setimpal.

IKLAN

Sumber: Hmetro

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN MW & EPAL

Jom daftar sekarang!!! KELAS JAHITAN KREATIF

Isteri Upah Perompak Tikam Suami Sendiri, Demi Pampasan Insuran Jutaan Ringgit!

Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/

IKLAN

Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.

Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.

Projek 1: Denim Tote Bag

Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.

Projek 2: Shopping Bag

Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.

Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.

#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI