Malang sungguh nasib isteri ini yang maut ketika sedang tidur, gara-gara dipatuk ular tedung yang dilemparkan oleh suami sendiri. Walau apapun alasan dan puncanya, ia sangatlah kejam dan tindakan yang tidak berperikemanusiaan.

Lepaskan Ular Tedung

Seorang lelaki di India didapati bersalah atas kesalahan membunuh isterinya dengan melepaskan ular tedung ke arah isterinya ketika mangsa sedang tidur.

The National News melaporkan, P Sooraj, 27, membuat perancangan teliti dan melakukan penyelidikan internet mengenai bisa ular.

Mahkamah di daerah Kollam di selatan Kerala, minggu ini, mensabitkan lelaki itu atas tuduhan membunuh isterinya Uthra, 25.Dia didakwa melakukan kesalahan itu, pada Mei tahun lalu.

Isteri Maut Ketika Tidur, Dipatuk Ular Tedung Yang Dilempar Oleh Suami Sendiri!

Cubaan Bunuh Isteri Kali Kedua

Sooraj kali pertama melakukan cubaan membunuh isterinya dengan menggunakan ular kapak Russell, namun ia gagal. Bagaimanapun, percubaan kali kedua berjaya menyebabkan isterinya yang cacat itu meninggal dunia.

Hakim Manoj M mendapati Sooraj bersalah menggunakan ular berkenaan agar ia mematuk isterinya. Pihak pendakwaan menuntut tertuduh dikenakan hukuman mati.

Bagaimanapun, hakim akan memutuskan hukuman terhadap tertuduh pada satu tarikh yang ditetapkan kemudian.

IKLAN

Rancangan Pembunuhan Teliti

Kes itu sebelum ini menggemparkan negara dan penyiasat menyiapkan 1,000 halaman kertas pertuduhan dengan memperincikan rancangan pembunuhan yang teliti.

Sooraj dan Uthra berkahwin pada 2018 dan mempunyai seorang anak perempuan.

Bagaimanapun, keluarga Uthra mendakwa Sooraj, seorang pekerja swasta bergaji rendah, ingin membunuh Uthra untuk mengambil harta kekayaannya dan berkahwin lain.

Isteri Maut Ketika Tidur, Dipatuk Ular Tedung Yang Dilempar Oleh Suami Sendiri!

Penyiasat mendapati Sooraj membeli seekor ular berbisa pada Mac tahun lalu dan menggunakannya untuk menyerang isterinya.

IKLAN

Pada kejadian pertama itu, isterinya terselamat dan dimasukkan ke hospital selama beberapa minggu sebelum dibenarkan keluar dan tinggal di rumah ibu bapanya.

Pada kejadian kedua, Sooraj membeli ular tedung berbisa dengan harga 10,000 rupee (RM552) dan melemparkannya ke arah Uthra ketika isterinya tidur.

Baca Lagi Di Sini:
Chef Sediakan Hidangan Sup Ular, Maut Dipatuk Reptilia Tersebut!

Pegawai Bomba Pesan Simpan Semburan Racun BAYGON Di Rumah, Berkesan Halau Ular!

Campuran RAMUAN Berkesan Halau Ular & Tikus, Letak Dekat Penjuru Rumah!

IKLAN

Mingguan Wanita: Tergamak suami lempar ular berbisa ketika isteri sedang tidur sehingga meragut nyawa.Kejam sungguh! Semoga lelaki ini mendapat pembalasan yang setimpal atas perbuatan yang dilakukan.

Sumber: Hmetro

Mingguan Wanita juga boleh diikuti di

YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita

Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI