
Musim Buah Cempedak ni, ramai yang suka goreng cempedak untuk minum petang. Bukan apa, kalau nak beli cempedak goreng ni, boleh tahan mahal harganya. Sebenarnya memang lebih jimat dan berbaloi bila goreng sendiri di rumah, puas hati makan.
Ada cara dan resipinya untuk buat tepung bancuhan cempedak goreng yang sedap ni. Berbanding guna air sejuk, guna air biasa pun boleh, serdak kriuk kriuk nya tetap jadi rangup, garing dan tahan lama jika ikut resipi ni.
Mak-mak bolehlah buat untuk makan sendiri di rumah atau pun di buat niaga juga nanti.
Ikut resipi yang digunakan oleh Puan Tiahsa Ariffin ini.
Berapa ramai penggemar cempedak goreng? Kriuk, kriuk kena lebih.
Bahan-Bahan:
5 cawan Tepung beras
3 sudu Tepung jagung
1 biji Telur
Garam sikit
Air + ais (air dalam peti ais pon boleh)
Pewarna kuning
Sedikit air kapur
Cara Membuat :
1. Campur kesemua bahan-bahan dan adun bagi sebati.
2. Jangan cair sangat, jangan pekat sangat.
3. Goreng dalam minyak yang cukup panas.


Tip Ekstra!
- Kalau tak nak guna ais atau air dalam peti ais, guna air biasa pun boleh, Insha allah jadi juga kriuk-kriuk tu.

Selamat mencuba!
Baca Lagi Di Sini :
Resipi Mudah Bancuhan Tepung Menggoreng, Tak Serap Minyak, Ranggup Sampai Ke Petang
Tepung PISANG GORENG Rangup, Resipi Niaga Hampir 15 Tahun!
Cendawan Celup Tepung Super RANGUP, Masuk Sikit Air Kapur, Goreng Garing!
Bancuhan Celup Tepung Halus Rangup Menjadi, Goreng Minyak Banyak Api Sederhana
Mingguan Wanita : Begini rupanya nak buat adunan untuk cempedak goreng, guna air biasa pun boleh rangup sampai ke petang dan menjadi serdak kriuk kriuk nya. Boleh cuba nanti.
Sumber : Tiahsa Ariffin
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Pertama Kali SEMAI Biji KETUMBAR Beli Timbang Kilo, Merimbun POKOK Sepasu

Seronok bila bercucuk tanam, menjadi hasilnya. Lebih-lebih lagi jika cubaan kali pertama menyemainya. Bagi mak-mak yang suka gunakan pokok ketumbar dalam masakan, boleh cuba semai biji ketumbar yang dibeli timbang kilo di pasaranya je. Tak perlu guna biji benih pun, tetap pokok ketumbar boleh hidup dan besar merimbun sepasu. Malah tak perlu ruang luas, semai di kawasan tepi balkoni rumah pun boleh.
Mudah je boleh cuba cara yang dikongsikan oleh Puan Ahalinda Darjan ini.
“Saya nak share cara menanam pokok ketumbar menggunakan biji ketumbar timbang kilo kt pasaraya je. Tak perlu susah-susah beli benih paket tu.Biji ketumbar dia sikit je. Beli timbang kilo puas menanam nanti..sebab dapat banyak harga pun murah je dan puas menanam nanti.”
“Pada yang pernah cuba tanam pokok ketumbar tapi asyik tak hidup je, boleh la cuba ikut cara saya ni. Saya kongsi sekadar yang saya tau je. Boleh baca penerangan di setiap gambar.
Sedikit Penerangan :
- Medium saya gunakan adalah tanah hitam yang di campur dengan cocopeat sikit. Pembajaan pula saya ada guna baja biji yang dibeli kat eco NPK 8:8:8 dan ada juga siraman baja ab..kadang-kadang saya siram guna air basuhan beras atau air rendaman perut ikan je. Siraman air setiap pagi atau petang atau 2 kali sehari bergantung pada cuaca.
- Pencahayaan pula dari pukul 8.30am-11am sahaja sebab saya letak kat balkoni. jadi pencahayaan pagi sahaja kena matahari kejap.
- Penjagaan dia sangat senang dan mudah hidup kalau kena dengan caranya. Tapi tak panjang usianya. Ke sebab saya tak rajin guna selalu.
Selamat mencuba ye buat sahabat kebun. Saya takde ruangan yang luas. Bercucuk tanam di balkoni je. Jadi la untuk manfaatkan ruang yang sedia ada. Rajin menanam hasil puas hati.
- Saya guna ketumbar timbang je. Nak beli yang paket untuk benih, biji dia sikit je dapat. Ni boleh semai berbulan kalau tanam dalam pasu macam saya ni. Tak sampai 50 sen pon boleh tanam puas-puas.

- Pastikan biji ketumbar warna dia cerah kekuningan. Kalau dah warna kelabu asap, biasa payah nak hidup.

- Biji ketumbar ni saya akan rendam semalaman sebanyak sesudu makan je. Dah boleh penuh pasu dia hidup nanti. Sebab saya rendam, memudahkan biji ketumbar lembut dan pecah untuk senang bercambah. Rendam guna air paip je tau.

- Selepas dah rendam semalaman, saya akan curah dalam pasu je. Pastikan medium dia lembab je. Ni selepas seminggu baru nampak anak dia meliar naik. Alhamdulillah.

- Dari sebiji benih ketumbar boleh jadi 2 anak pokok sebab bila dia pecah dua. 2 belah hidup elok je. Ingat memula biji dia dah rosak..sekali dia hidup walaupun pecah 2 bahagian.

- Ni la hasilnya..pertama kali semai biji ketumbar, tak sangka merimbun dia membesar sepasu. Masa ni nak pindahkan boleh dah tapi saya biarkan je..sebab bekas dan tempat terhad sangat.

- Ni dia bila tak rajin petik daun dia, elok dia bertukar daun halus-halus..tanda dh makin tua kot.

- Petik setakat yang perlu je, sedap buh dalam masakkan lagi-lagi tomyam, sup, paprik. Dulu tak suka sangat bau dia, macam bau kumbang busuk, sekarang dah minat sebab ada org ajar makan tomyam thai. Jadi terpikat dah dengan bau dia.

- Ni pokok bila dah makin tua.Dia mula kuarkan putik bunga.

- Taraaaaa….. Comel kan bunga dia dah jadi biji ketumbar balik. Boleh petik dan keringkan buat masak atau semai balik.

Selamat Mencuba!
Baca Lagi Di Sini: Banyak Kali Tanam Selalu Mati, Ini Kaedah BETUL Semai Daun Sup!
MW:Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang nak berjimat, boleh tanam sendiri pokok ketumbar di rumah cuba cara dan tip yang dikongsikan ini.
Sumber: Ahalinda Darjan
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Cara ‘Shortcut’ Cuci PERUT LEMBU, Memang Mudah Elok Bersih Putih Melepak!

Setiap kali tibanya musim raya korban, perut lembu antara bahagian kegemaran ramai. Sedap dibuat kerabu, masak lemak cili padi dan sebagainya. Namun proses untuk membersihkannya agak renyah.Jika tidak dibersihkan dengan betul masih meninggalkan kotoran dan sangat berbau.
Menerusi perkongsian di TikTok Mieyra Gani, ada kongsikan cara pantas untuk bersihkan perut lembut ni. Hanya menggunakan waterjet dan kapur. Hasilnya, memang puas hati, bersih, licin dan putih bersih.
Bahan Diperlukan:
Waterjet
Kapur
Cara Membuat:
1. Rendam perut lembu dalam air kapur selama 30 minit. Biarkan seketika.
2. Kemudian, letak perut lembu di belakang kuali. Ia bagi memudahkan proses membersihkan perut lembu dan mengelakkan ia bergerak.

3. Gunakan ‘waterjet’ dan halakan ke arah perut lembu tadi.
4. Buat sehingga bersih.

Siap! Boleh direbus dan masak mengikut citarasa.
@mieyragani dah 30 tahun, kenapala aku baru terfikir nak buat cara ni 😌#fyp #fypシ #fypシ゚viral #harirayaiduladha #raya2023 #perutlembu ♬ original sound – เจ็ทแม่ม
Mesti Baca:Cara BERSIHKAN & RESIPI Perut Lembu Rebus Air Asam Paling Seksi!
Baca Lagi Di Sini:Rebus PERUT Campurkan Bahan Ni, Boleh Hilangkan Bau Hanyir!
Artikel Menarik:Resipi AIR LAWA, Cicah Daging Rebus @ Bakar, Sedap & Padu Mengalahkan Air Asam
Mingguan Wanita:Menarik juga tip yang dikongsikan ini, hasilnya memang elok putih bersih. Guna waterjet dan air kapur je.
Sumber: TikTok Mieyra Gani
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kuali Non Stick TAK BAHAYA, Kena Tahu Penjagaan Elak Hilang Fungsi Kalis Lekatnya

Kebanyakan mak sekarang ini lebih senang dan selesa memasak menggunakan kuali non stick. Tidak melekat dan menyenangkan kerja-kerja memasak mak.
Bukan setakat kuali, malah semua jenis peralatan memasak semuanya berasaskan non stick, tidak melekat. Namun, ada juga mak-mak yang guna kuali non stick ini sampai tercalar, mengelupas dan masih gunakan. Sayang nak buang.
Sehinggakan pernah satu masa ada ura-ura mengatakan kuali non stick ini bahaya dan boleh menyebabkan kanser. Nak tahu lebih lanjut, Fatimah Salim jelaskan tentang peralatan kuali non stick ini yang boleh mak-mak jadikan rujukan.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Sanggup Guna KUALI HITAM, Kononnya Legend. Sebenarnya Ia Bahayakan Kesihatan
Minyak Masak Untuk Sekali Pakai, Jangan Sayang Nak Buang, Elak Undang Penyakit
Info Lebih Menarik DI SINI
Kuali Non Stick, Bahaya Atau Tidak?
Komponen utama peralatan memasak kalis lekat (non stick pan)
Antara komponen utama peralatan memasak ialah logam besi aka iron (Fe), aluminium (Al) dan kuprum aka tembaga (Cu).
Disebabkan sifat fizikal (lembut, ringan, mudah dilentur) dan kimia (mudah bertindakbalas), logam-logam ini dicampur dengan sedikit logam kromium, nikel, strontium atau molybdenum mengikut peratusan tertentu membentuk aloi.
Ini bertujuan untuk menjadikan struktur logam utama ini lebih stabil secara kimia (tidak reaktif atau berkarat) dan tahan lasak.
Antara aloi yang paling popular ialah keluli tahan karat (stainless steel) yang mana dibentuk daripada campuran logam utama besi dan kromium.
Untuk membolehkan kita menggambarkan struktur kimia peralatan memasak ini, berbilion atom logam berkenaan terikat secara metalik.
Ikatan metalik ini sangat kuat, boleh dilentur dan pengalir haba yang bagus.
Ciri pengalir haba ini sangat perlu untuk memasak agar kuali cepat panas dan makanan masak dengan sekata.
Bila Peralatan Ini Dipanaskan
Semasa dipanaskan, logam yang membentuk peralatan memasak ini akan mengembang (tidak dapat dilihat dengan mata kasar) disebabkan oleh tenaga kinetik (pergerakkan) elektronnya meningkat.
Pengembangan ini akan menghasilkan ruang yang menyebabkan makanan yang dimasak mencelah masuk dan melekat pada permukaan kuali.
Ini terutamanya makanan yang bersentuhan secara terus dengan permukaan seperti menggoreng atau memanggang.
Jadi untuk mengurangkan perlekatan ini, ia ditambahkan dengan minyak yang mana bertujuan menyaluti lapisan permukaan peralatan memasak.
Namun, disebabkan kesedaran dalam mengurangkan penggunaan minyak, teknologi menggantikan fungsi minyak ini dibangunkan.
Maka, di sinilah konsep penyelaputan (coating) permukaan peralatan memasak diperkenalkan dan dinamakan peralatan memasak kalis lekat (non-stick cookware).
Lapisan Selaput Kalis Lekat Pada Peralatan Memasak (Non-Stick Pan / Cookware)
Terdapat beberapa jenis bahan yang digunakan sebagai selaput kalis lekat (non-stick) termasuklah bahan kimia plastik pelincir polytetrafluoroethylene (PTFE), seramik, enamel dan silikon.
Mari kita teliti satu-persatu bahan selaput pada non-stick pan ini untuk lebih jelas.
1. PTE
Ia merupakan bahan pepejal yang memiliki pekali geseran (coefficient of friction) yang sangat kecil atau dengan bahasa mudah, sangat licin. Bahan kimia ini sangat stabil dan tidak berbahaya, maka ianya dijadikan alternatif (buid-in) untuk menggantikan fungsi minyak tadi. Peralatan dapur yang mengandungi PTFE adalah produk Teflon.
Apabila peralatan ini dipanaskan melebih 350 degree Celsius ianya berpotensi menghasilkan gas fluorocarbons yang menyebabkan hidung berair (sementara) dan mungkin boleh menyebabkan komplikasi kepada mereka yang mempunyai masalah pernafasan.
Pun begitu, suhu ini hanya dicapai apabila kuali dipanaskan sehingga berasap-asap tanpa air atau minyak dan dalam ruang kurang pengudaraan.
Fikir logik, asap berlebihan biasa juga boleh memberikan kesan yang sama. Maka, kesan ini tidak signifikan.
Sebenarnya yang merisaukan ramai ialah pengunaan bahan kimia perflurooctanoic acid (PFOA) yang dikaitkan dengan kanser.
Bahan kimia ini digunakan untuk meningkatkan keterlarutan (surfactant) PTFE dalam proses pembuatan.
Pun, begitu proses rawatan haba tinggi akhir terhadap peralatan ini sebenarnya tidak meninggalkan sedikit pun PFOA. Ianya telah termusnah.
Namun disebabkan desakan, pengunaan PFOA ini telah dihentikan sejak tahun 2015, lalu fungsinya digantikan dengan bahan kimia lebih terjamin iaitu perfluoropolyether seperti GenX.
Dan desakan ini sebenarnya lebih kepada isu bahaya pendedahan pekerja industri berkenaan semasa proses pembuatan (bukan pada selaput kalis lekat itu sendiri) dan ianya juga menyumbang kepada pencemaran alam sekitar.
Selain daripada itu, lapisan PTFE ini boleh terkopek dan bercampur dalam masakan jika tidak dijaga dengan betul.
Namun, ianya tidak bahaya kerana tidak mampu dihadam, lalu dikumuhkan dalam najis.
Cuma fungsi kalis lekat itu sudah tiada, malah akan menyebabkan penambahan sifat perlekatan dengan masakan pula.
Ada pula jenis yang berkarat, jadi bolehlah dielakkan dengan sapuan sedikit minyak pada bahagian yang calar setelah dikeringkan.
Disebabkan pelbagai ‘pertimbangan’ mengenai PTFE ini, maka para penguasaha datang dengan konsep ‘green’ non-stick cookwares yang berteraskan seramik, enamel dan silikon.
2. SERAMIK & ENAMEL
Saduran seramik dan enamel keduanya berasal daripada asas yang sama iaitu tanah liat yang mengandungi bahan kimia utama SiO2 aka pasir.
Yang membezakannya adalah kekuatan suhu yang digunakan pada tanah liat dalam penghasilan kedua komponen ini di mana enamel bersifat fizikal lebih opaque, manakala seramik pula lebih seperti kaca.
Penambahbaikkan mengikut kesesuian kemudiannya dibuat dengan mencampurkan bahan kimia lain dalam pembuatan selaput ini menjadikannya berstruktur kimia hibrid (kacukan) organik-inorganik.
Contoh penambahan bahan kimia organoalkoxysilane yang membentuk ikatan kovalen dan ionik yang kuat. Ikatan ini adalah kunci kepada stabiliti kimia dan fizikal saduran seramik dan enamel ini.
Selaput jenis ini terdapat pada produk Le Creuset, Thermolon, GreenPan, Rachael Ra, GreenLife, EarthPan, Cuisinart, Orgreenic, GreenGourmet dan banyak lagi.
Seperti juga PTFE, cara penjagaan yang salah untuk peralatan jenis ini juga boleh menyebabkan selaput seramik dan enamel tertanggal lalu tidak lagi menjalankan fungsi optimum kalis lekat tadi.
Kelemahan kuali kalis lekat PTFE, seramik dan enamel adalah mereka menghilangkan keupayaan kuali untuk mengalirkan haba sepenuhnya ke permukaan makanan yang mana kesan ‘kehangusan’ yang cantik tidak diperolehi. Maka satu lagi alternatif untuk penyelesaian ini ialah dengan menggunakan lapisan silikon.
3. SILIKON
Lapisan silikon diperbuat daripada bahan kimia polysiloxane atau siliconized polyester sama seperti pembuatan hibrid lapisan seramik namun ianya lebih kepada ciri organik.
Pun begitu, silikon tidak teguh secara fizikal, maka ianya lebih sesuai digunakan dalam peralatan pastri dibandingkan peralatan memasak biasa.
Seperti yang telah saya terangkan di atas, masalah dalam peralatan yang diselaputi dengan bahan kimia kalis lekat ialah kadar aliran haba yang rendah.
4. GRANITEWARE
Peralatan memasak granite ini sebenarnya TIDAK ada langsung material daripada granite. Nama ini diberikan kerana struktur rupanya adalah seperti granite.
Ianya diperbuat daripada besi karbon (carbon steel) yang diselaputi dengan lapisan porcelain enamel.
Jenis yang ini juga selamat digunakan dan lebih tahan lasak, cuma ialah lebih berat kerana konsep pengaliran haba yang baik menjadi keutamaan disamping kalis lekat dan ‘green’.

SEMUANYA SELAMAT DIGUNAKAN
KESIMPULANNYA kesemua peralatan kalis lekat ini selamat digunakan.
Namun pastikan beli daripada pengeluar yang anda yakini dan punya reputasi yang baik.
Selebihnya bergantung kepada tujuan dan kemampuan masing-masing.
CARA PENJAGAAN
Tips Penjagaan Peralatan Memasak Kalis Lekat (Non Stick)
• Elakkan mengalirkan air SEJUK (paip) pada peralatan memasak yang mengandungi selaput kalis lekat yang masih lagi PANAS (walaupun bunyi tindakbalas pindaan haba ini ‘sedap’ di dengar). Ini kerana ikatan yang membentuk selaput ini akan termusnah (degrades) disebabkan perubahan suhu yang mendadak.
• Elakkan mencuci di dalam dish washer atau mengunakan sabun yang kuat untuk peralatan memasak kalis lekat, kecuali dinyatakan selamat pada produk. Ia akan merosakkan selaput kalis lekat dan akhirnya rekahan akan berlaku.
• Cuci permukaan kalis lekat ini dengan sabun dan span yang bersesuaian. Sekiranya terdapat makanan melekat, rendamkan dengan air sabun bagi memudahkan proses mencuci. Jangan scrub!
MW: Dah beli kuali kalis lekat, kenalah jaga elok. Harganya boleh tahan. Jangan main sental, sayang kalau calar. Hilang fungsinya nanti.
Sumber: Fatimah Salim
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
https://t.me/bangkitwanitaMW
Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti.
( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )

Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak.
( https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-legend-jual-cookies-paling-masyuk/ )

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!

