Solat adalah ibadah yang menduduki tempat tertinggi. Namun, ramai yang tidak menyedari adakah kita solat itu sah atau tak sah. Mungkin ada daripada kita melakukan kesalahan ‘basic’ ketika solat tanpa kita sedari.
Solat juga sepatutnya meninggalkan impak positif dalam mendidik kita sentiasa fokus terhadap tugasan harian. Seperti firman Allah SWT yang bermaksud:
“Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya.” (Surah Al-Mukminun, ayat 1-2).
Tanpa kita sedar juga, solat yang kita lakukan itu mungkin tak sah atas sebab-sebab tertentu. Inilah yang diterangkan oleh Muharrik Daie dalam perkongsiannya. Ingatan buat pasangan dan lelaki di luar sana untuk jaga aurat semasa solat.
Sebenarnya banyak kali dah berlaku di depan mata aku terutamanya di hari jumaat. Banyak sangat aku jumpa kes begini. Lebih lebih lagi zaman sekarang ni fesyen seluar ketat dan baju ketat dan pendek. Akan berlakulah perkara ini dan tak boleh dielakkan.
Kalau sempat aku tegur, aku akan tegur dan perbetulkan. Walau ada masa masanya aku kena sergah dan kena marah juga.
“Sibuk jer, macam pandai sangat. Mana dalilnya tak boleh pakai seluar solat begini. Kau asyik nak perhati salah orang jer. Tak der kerja lain ke?”
Ada masa aku dihargai. “Terima kasih bang, saya memang tak tahu. Ingatkan okey. Kalau Abang tak bagi tahu naya saya.”
Ads
Tapi aku tetap akan terus tegur kerana aku rasa itu tanggungjawab aku yang tahu dan ada ilmu sikit sebanyak ini. Kalau tak tegur, aku pulak yang jatuh berdosa kerana membiarkan. Mahu tak mahu kalau aku nampak dan jika tidak mengaibkan, aku akan tegur.
Tegur Untuk Kebaikan
Isya’ tadi aku ditemukan balik dengan perkara yang sama. Seorang grab rider. Usai adik grab tu solat dan berdoa, aku hampiri dia. Aku bagi salam. Dia jawab salam aku.
“Dik abang nak tegur sikit. Maaf ya.” Kata aku.
Aku lihat wajah dia blur. Yerlah tiba tiba saja aku nak tegur dia. Tentulah dia gabra. Tapi dia mengangguk.
“Macam ni dik, tadi waktu adik solat, baju adik pakai ni ternaik ke atas, jadi seluar adik yang ketat tadi tertarik ke bawah, nampak aurat alur punggung tu. Tak sah solat gitu dik. Kena solat balik.”
Aku lihat muka dia berubah. Aku hanya tunggu masa saja nak kena sembur. Sama ada kena sembur atau sebalikhya. Akhirnya …
Ads
“Ye ke bang. Aduh. Saya tak perasan tadi.” Ujarnya pada aku sambil senyum di buat buat.
Aku tahu, dia bukan saja tak perasan tapi tak ada ilmu. Tak tahu apa itu aurat dan batas aurat dalam solat. Tapi aku cover line supaya dia tak terasa malu dan tak terasa aib sangat pada aku atas kejahilan nya.
“Memang tak nampak dik. Abang pun dulu masa tak belajar pasal aurat kadang kadang orang belakang tegur abang. Terpaksalah abang ulang solat balik. Biasalah tu pakai seluar ketat dan baju senting ni kena hati hati waktu solat. Boleh nampak aurat.” Ujar aku.
Aku lihat dia serba salah. Tak tahu nak teruskan kata kata. Dia jemn.
“Nah ambik kain ni, solat balik. Nanti lepas pakai adik letak tepi tiang tu ya. Abang nak pergi toilet kejab.” Ujarku sambil hulurkan kain pelikat yang memang sengaja aku bawa lebih kemana kemana dalam beg sandang aku supaya mudah nak solat bila seluar bernajis.
Aku pura pura nak ke toilet supaya dia tenang dan khusyuk untuk solat kali kedua. Kalau aku ada ditepi sudah pasti kacau jiwanya.
Dari jauh aku lihat dia sarung kain pelikat aku dan solat. Selepas solat dia letakkan kembali kain aku seperti yang aku suruh.
Ads
Jangan Solat Sia-Sia
Memang sekarang ni kita lihat ramai budak budak muda dan remaja solat. Seronok kita tengok mereka dan bangga tapi masalahnya mereka sekadar solat ikut ikut saja dan tiada kesedaran untuk belajar fardhu ain terutama bab istinja’, wuduk mahu pun bab aurat ni. Jadilah solat mereka sia sia.
Bukan itu saja. Pakaian mereka pun ngeri kita tengok. Dahlah jeans dipakai seketat ketatnya. Ditambah cawat yang pendek. T Shirt dan baju pun ketat dan senting. Memang tak sahlah dibawa solat.
Nak berfashion tu tak mengapa tapi sedialah kain pelikat untuk solat supaya solat kita diterima Allah. Itu belum lagi bab istinja’ mencuci najis. Entahlah. Aku hanya mampu berdoa saja agar generasi ini berusaha untuk menuntut ilmu. Kerana beramal tanpa ilmu itu tertolak.
Sebab itu mak ayah, sejak kecik jangan hanya hantar anak belajar al Quran saja. Dan bangga anak boleh baca al Quran. Al Quran tu tak wajib belajar. Yang wajib belajar adalah ilmu fardhu ain. Ilmu Tauhid. Feqah dan tasauf.
Sepatutnya ilmu fardhu ain didahulukan sebelum anak anak itu mencapai usia baligh. Tapi itulah. Silap silap mak ayah dah tua pun tak khatam ilmu fardu ain lagi. Lagi lah parah!
Mingguan Wanita : Jangan ambil mudah hal-hal begini. Panduan untuk kita dan keluarga kita. Moga solatt kita diterima.
Sehari dua lagi kita akan menyambut bulan Ramadan. Mesti macam-macam perancangan dan tak sabar untuk membuat persiapan bersama keluarga agi menyambut bulan mulia ini.
Setahu sekali, tidak salah untuk kita membuat persiapan bersama keluarga. Bukan srtakat berpuasa menahan lapar dan dahaga tapi penuhi waktu dengan amalan-amalan yang lain.
Inilah yang dikongsikan oleh Wan Nur Syakira yang boleh dijadikan panduan buat mak ayah di luar sana. Hidupkan bulan Ramadan bersama keluarga dengan persiapan yang boleh membuatkan anak-anak pun teruja untuk menyambutnya.
1. Sediakan satu ruang/ bilik untuk dijadikan surau. Imarahkan dengan solat fardhu, solat terawih dan bacaan Quran. Hiaskanlah dan susun aturlah mengikut kemampuan. Letakkan meja/ almari kecil untuk letak Quran, rehal, tasbih, mathurat dan sejadah.
2. Dah boleh mula basuh pakaian solat dan sejadah. Biar rasa special nak masuk Ramadan. Ajak anak sama-sama buat. Belikan sejadah untuk anak-anak.
3. Buatlah sedikit kraf dan hiasan bersama anak-anak. Tampallah di ruang solat kita itu, biar anak merasa dia pun turut sama menghias dan mengambil semangat Ramadan.
4. Sentiasa bercerita pada anak-anak, lagi seminggu kita akan sambut bulan penuh kebahagiaan dan kegembiraan, Ramadan. Ceritalah keistimewaan Ramadan dan sebagai hadiah Allah kepada kita untuk jadi lebih baik dan masuk syurga Allah.
5. Mulakan sekarang, meriahkan suasana rumah dengan solat jemaah dan tilawah Quran. Pre Ramadan gitu. Pasanglah ayat suci Quran dan lagu-lagu berkaitan Ramadan. Anak-anak akan lebih excited dengar lagu.
6. Rangka jadual Ramadaan keluarga kita bersama. Ajak anak-anak. Our Family’s Goal during Ramadhaan.Tulis dan lekatkan di dinding. Letaklah signature masing-masing kat situ. Contoh, nak istiqamah baca Mathurat hari-hari. Nak tolong ummi buat air untuk berbuka hari-hari. Tak perlu banyak, cukuplah satu untuk anak-anak kita tulis.
7. Sediakan tabung Ramadan. Minta anak masukkan duit sedekah dalam tabung tu. Insya Allah, sebelum habis puasa, kita sedekahkan untuk dapat ganjaran Ramadan.
8. Untuk ibu ayah, Ramadan bersama anak-anak bukan seperti Ramadan ketika bujang . Kita perlu rancang perjalanan ibadah kita secara realistik mengikut keadaan kita. Sasaran berapa muka surat sehari, solat apa nak buat, pukul berapa nak bangun, persediaan untuk berbuka.
9. biasakan mereka dengan masjid. Dah mula social story tentang apa yang akan dibuat di masjid / apa yang tak boleh. Sediakan beg khas untuk mainan anak-anak untuk penuhi masa ketika solat terawih di masjid nanti.
Moga dapat membantu ibu bapa untuk menyediakan rumah masing-masing.
Jangan lupa ajak anak-anak bersama buat persediaan tau!
Kita cuba mencontohi para sahabat menyambut Ramadan.
Saidina Anas pula menceritakan bagaimana suasana zaman mereka dahulu. Kata Anas:
كان المسلمون إذا دخل شعبان انكبوا على المصاحف فقرؤوها وأخرجوا زكاة أموالهم تقوية للضعيف والمسكين على صيام رمضان
“Sesungguhnya kaum Muslimin, ketika masuk nya bulan Sya’ban, mereka akan mula menatap mushaf (al-Quran), mereka membacanya dan mengeluarkan zakat bagi membantu orang miskin untuk berpuasa di bulan Ramadan.”
Mak Ayah Main Peranan
Ibu bapa memainkan peranan penting untuk meriahkan rumah sempena Ramadan.
Kalau mak ayah excited, vibe itu pastinya sampai pada anak.
Ya, kita mungkin sedang diuji Allah dengan ujian wabak,
Tetapi Allah hadiahkan kita bulan Ramadhan yang penuh ganjaran, kegembiraan, dan kebahagiaan.
Ramadan makin meninggalkan kita. Bila tiba di sepuluh terakhir Ramadan, maka ramailah yang fokus untuk mengaut kelebihan Lailatul Qadar. Tak kurang juga yang terus leka dengan dunia sendiri, seperti tiada apa yang berlaku.
Kaum hawa, antara yang selalu bertanyakan soal ini. Ada yang merasa bersangatan sedih bila tak dapat beribadah seperti biasa kerana uzur Syar’ie.
Jangan Risau Dan Sedih
Janganlah bersedih. Kalian diciptakan memang fitrahnya begitu. Bahkan takkan terkurang walau sedikit kasih sayang Allah SWT pada kalian. Allah SWT Maha Mengetahui, kerana DIA yang menciptakan kita semua. DIA Maha Adil.
Banyak ibadah lain yang boleh dilakukan selain bersolat dan membaca al-Quran. Pernah dalam sebuah hadis, Saidatina Aisyah r.anha bertanya pada Rasulullah SAW: يَا رَسُولَ اللَّهِ أَرَأَيْتَ إِنْ وَافَقْتُ لَيْلَةَ الْقَدْرِ مَا أَدْعُو قَالَ تَقُولِينَ اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي Wahai Rasulullah, apakah pandangan kamu sekiranya aku bertemu dengan Lailatul Qadar apakah yang patut aku berdoa?
Maka kata Nabi SAW: ‘’Ucapkanlah: Ya Allah, sesungguhnya Kau maha Pengampun, dan Kau sukakan pengampunan, maka ampunkanlah aku’’. Ini bermakna, kaum hawa yang berhaid boleh memperbanyakkan baca doa di malam itu. Digalakkan juga berzikir. Zikirlah dengan khusyuk.
Ibnu Abi Dunia meriwayatkan bahawa Az-Zuhrie berkata: تسبيحة في رمضان أفضل من ألف تسبيحة في غيره “Sekali bertasbih dalam bulan ramadan lebih baik dari seribu tasbih di waktu yang lain.”
Lalu Apakah Amalan Lain Lagi Boleh Dilakukan?
Bangunlah awal. Kejutkan ahli keluargamu untuk beribadah. Kemudian kalian boleh terus sediakan juadah untuk sahur pada mereka. Niatkan, “Ya Allah, aku sediakan hidangan ini keranamu. Kerana ingin mendapat pahala ibadah.”
Bila keesokan harinya, sediakan pula juadah berbuka buat mereka. Menyediakan hidangan buat mereka berpuasa, MasyaAllah Tabarakallah pahalanya juga besar saudari-saudari sekalian. Sebuah hadis menyebutkan: مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا
Daripada Zaid bin Khalid al-Juhani r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa dia akan mendapat pahala yang sama dengan orang yang berpuasa dalam keadaan pahala orang tersebut tidak berkurangan sedikit pun.” [Hadis Riwayat Al-Tirmizi no. 807]
Imam Izzuddin al-Izz bin Abd al-Salam menjelaskan tentang fadilat memberi makan kepada orang yang berpuasa: “Sesiapa yang memberi makan kepada 36 orang yang berpuasa dalam sepanjang tahun, maka dia akan mendapat pahala berpuasa selama setahun”. [Rujuk Maqasid al-Saum, Izz Abd al-Salam (Hlm. 18)]
Ini juga berdasarkan firman Allah SWT: مَن جَاءَ بِالْحَسَنَةِ فَلَهُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا “Sesiapa yang melakukan suatu kebaikan maka baginya sepuluh ganjaran pahala.” [Surah Al-An’am: 160]
Ada Tak Lagi Amalan Lain?
Ada. Kalian boleh perbanyakkan bersedekah. Sebagaimana yang kita maklum, amalan sedekah di dalam bulan Ramadan mempunyai ganjaran yang amat besar di sisi Allah SWT. Banyak cara sedekah yang boleh dilakukan.
Memberikan makanan kepada jiran, bersedekah barang keperluan, menyebarkan nasihat dan kalimah-kalimah yang baik di media sosial dan bermacam cara lagi. Senyum pun boleh. Tapi janganlah tersalah senyum pula. Nanti ada pula yang angau. Naya.
Kalian juga boleh saja mendengar bacaan al-Quran. Mendengar juga beroleh pahala Insya-Allah. Jangan pula bangun malam semata-mata untuk layan movie, tengok drama, dengar lagu lagha dan sebagainya. Rugilah. Dibuatnya kena malam Lailatul Qadar, sudah terlepas.
Selain itu, kalian juga boleh perbanyakkan istighfar, berselawat dan membaca buku agama serta membelek tafsir al-Quran.
Allah SWT sukakan orang yang beristighfar di waktu sahur. Firman Allah SWT: وبالأسحَارِ هُم يَستَغفِرُون
“Mereka sentiasa beristighfar waktu sahur.”
[Surah az-Zariyat: 18]
Insya-Allah, semuanya dikira amal ibadah jika kita ikhlas Lillahhi Ta’ala. Semoga Allah SWT menerima amalan kita, dan mendapat juga kelebihan hebat Lailatul Qadar itu. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.
Bantu share kepada rakan-rakan muslimah yang lainnya ya. Moga perkongsian ini juga dikira amal ibadah buat kita semua.
Ayat pengasih, jangan ingat untuk mengikat kasih sayang pasangan atau orang yang kita sayang dengan amalan yang karut mengarut. Ia digunakan semata-mata sebagai ikhtiar untuk eratkan lagi hubungan.
Walau bagaimanapun, usah terpesong dengan perkara yang tidak baik dan dimurkai Allah demi untuk mendapatkan kasih sayang yang sebenar.
Ada juga ayat pengasih yang boleh kita amalkan setiap hari dengan mengandungi banyak kelebihan. Paling penting amalkan dengan niat yang baik-baik dan kesejahteraan diri serta keluarga kita.
Antara surah yang dikongsikan oleh Rohana Saad tentang ayah pengasih yang boleh kita amalkan.
Fadhilatnya dengan izin ALLAH panjang umur, mudah urusan dunia & akhirat, jauhi bala, tambah iman dan ayat pengasih.
Baca ayat ini sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu. Bacalah setiap hari. Jika dibaca pada waktu pagi, Insya Allah ia boleh menjauhkan ancaman untuk hari itu, begitu juga jika dibaca pada waktu petang, ia boleh menghindarkan ancaman pada waktu malamnya.
Kelebihan-kelebihan lain jika mengamalkan Surah At Taubah. Antaranya:
1. Jika dia seorang yang lemah, maka akan menjadi kuat.
2. Jika dia seorang yang hina, maka akan menjadi seorang yang mulia.
3. Jika dia seorang yang kalah, maka akan segera mendapatkan pertolongan.
4. Jika dia seorang yang berkesempitan, maka akan mendapat kelapangan.
5. Jika dia seorang yang berhutang, maka akan segera dapat membayar.
6. Jika dia seorang yang berada dalam kesusahan, maka akan hilang kesusahannya.
7. Jika dia seorang yang sulit dalam penghidupan, maka akan segera mendapat kelapangan kehidupan.
Info:
Ayat ke 2 tu.. Fain tawallau… bukan bermaksud kasih lelaki dengan perempuan.. dibaca 7 kali setiap hari bersama zikir-zikir yang lain sehingga haiwan ganas pun akan kasih kepada kita.. amalkan setiap malam sebelum tidur.. insya Allah..- Tok Wan:
Mingguan Wanita : Amalkan untuk kehidupan kita sentiasa diberkati dan diredhai. Aamiin
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...