Azharina belum sedia kongsi penyakit bahaya dihidapi. Penyanyi yang berasal dari Sabah, Azharina Azhar memberitahu dirinya menghidapi penyakit berbahaya.
Walaupun Nampak ceria sewaktu beraksi di pentas All Starz Gegar Vaganza rupa-rupanya ibu tunggal kepada dua anak itu menyimpan rahsia.
Dirinya kini sedang menghadapi masalah kesihtan di mana berhadapan dengan penyakit yang berbahaya.
Azharina Belum Sedia Kongsi Penyakit Bahaya Dihidapi
Azharina yang berusia 38 tahun ini juga mula mengetahui tentang penyakitnya itu sejak tahun lalu.
“Saya dapat tahu tentang penyakit ini tahun lalu dan boleh dikatakan dia kategori penyakit bahaya. Sekarang masih dalam proses untuk mengubati sakit tersebut.
“Ada benda yang boleh dikongsi dan ada perkara yang perlu saya simpan. Kalau sudah bersedia nanti saya akan ceritakan kepada semua.
“Namun siapa yang kenal mengenali pasti tahu saya seorang yang sangat positif dan ceria. Masalah sedikit itu kita jangan terlalu fikirkan,” ungkapnya seperti mana dipetik menerusi mStar Online.
Ads
Ganggu Stamina Pentas
Azharina turut berkongsi penyakit yang dihidapi juga turut menganggu stamina ketika dia beraksi di pentas.
“Saya perlu lakukan sesuatu untuk tingkatkan semula stamina. Sebab itu saya mula melakukan aktiviti boxing dan Muay Thai.
“Penyakit ini mengganggu dari segi stamina dan juga suara. Ada hari saya rasa nak baring sahaja di rumah sebabkan mudah rasa penat.
“Sebelum masuk ASGV pun doktor sudah pesan supaya jaga pemakanan. Namun bukan mudah sebab bila sibuk, makan tidak teratur dan jadual tidak menentu,” kongsinya.
Pemuda dakwa tertipu di hari nikah, sangka tunang anak dara rupanya isteri orang anak dua. Sejak semalam viral mengenai kisah seorang pemuda, Nurul Aiman yang berkongsi pengalaman pahit di media sosialnya.
Pemuda ini mendakwa majlis perkahwinan mereka sepatutnya berlangsung pada 10 November 2023 dan majlis bersanding pada 11 November 2023 tetapi dalam dakwaannya ketika hari bersanding tiada sebarang majlis di pihak perempuan.
Lebih mengejutkan, dakwanya nama tunang berbeza dari semasa perkenalan. Tapi apa yang mengejutkan tunangnya itu bukan anak dara sebaliknya adalah isteri orang anak dua.
Di sebalik kisahnya yang viral di media sosial, ada kalangan netizen yang mendakwa pemuda ini membuat plot twist kerana ini kisah 8 tahun lalu dan tak boleh move on dari kisah silamnya namun dinafikan oleh kakak iparnya yang membuat hantaran kahwinnya dan orang terdekat kerana di media sosialnya, Aiman memuat naik resit mereka sekeluarga menyewa homestay di Daro, tempat majlis nikahnya bakal berlangsung. Dan tarikhnya adalah pada masa storinya disiarkan.
Ramai yang ternanti-nanti kisah sebenar di sebalik kisah viral ini kerana buat masa ini tiada sebarang kenyataan dari wanita didakwa isteri orang anak dua. Waallahualam.
Baca kisah yang dikongsi Aiman di media sosialnya.
Perkongsian yang agak panjang untuk di ambil IKTIBAR & PENGAJARAN bersama. Hari ni baru ade masa aku nk post sebab masih terkilan lagi dengan apa yang berlaku.
Aku kenal dengan perempuan ni yang memperkenalkan diri dia dengan nama Nur Hanie Natasya Binti Taufiq Freddy Kong since 2021, kenal punya kenal dan dah kenal parents masing-masing (aku kenal ayah dia je sebab mak dia dah meninggal).
Dia ni selalu balik Kuching and habiskan cuti kat Kuching (rumah keluarga aku). Kita orang siap bertunang lagi tahun lepas 12/10/2022 (majlis pertunangan di Kuching sebab dia dan ayah dia request, so menumpang majlis kat rumah kakak ipar aku).
Hari yang seaptutnya menjadi hari yang paling bahagia untuk aku tetapii jadi MIMPI NGERI.
Kita orang sepatutnya melangsungkan MAJLIS AKAD NIKAH pada 10.11.23 & MAJLIS PERSANDINGAN pada 11.11.23 di MATU (Rumah pengantin perempuan).
(09.11.23) , Rombongan kami dari KUCHING berangkat pada jam 6 pagi & tiba di DARO pada lebih kurang jam 5 petang. Sampai di Daro, kami terus pergi ke homestay yang dah di booking oleh SI PENGANTIN PEREMPUAN untuk rombongan kami yang berjumlah 22 orang (sebuah van 3 buah kereta).
Then, terkejut kami bila owner homestay cakap tak ade apa-apa pesanan bilik yang diterima untuk tarikh tu. Aku pun call la berkali-kali kali bakal pengantin perempuan tapi TAKDE RESPON.
Disebabkan dah terlalu penat sangat, nak tak nak terpaksa jugak bayar guna duit sendiri untuk homestay termasuk perbelanjaan lain yang sepatutnya di uruskan pengantin perempuan. Bukan main lagi main lagi bagitau kat mak aku yang homestay dah diurus semua tinggal nak datang je.
Waktu ni aku dah rase lain macam dah, macam ada yang tak kena sebab dia cakap semua dah diurus tapi aku cuba positif thinking lagi . Aku pun ambik masa berehat and siapkan apa yang patut untuk majlis kami keesokkan hari.
(10.11.23) pagi ni kami bergerak ke alamat yang diberi dengan rombongan beserta barang hantaran. Sampai je kat situ dah rasa pelik sebab macam taka da apa-apa sambutan, KOSONG!!
Persiapan majlis langsung tak ada. Aku cuba la call bakal pengantin perempuan dengan bapak dia, dua-dua tak boleh call. Alamat betul, tapi rumah tak ada orang. Memang dah agak dah ada sesuatu yang tak kena.
Kita orang decide nak pegi rumah jiran sebelah tu. Rupanya tuan rumah sebelah tu mak saudara si pengantin perempuan. Jadi kita orang bagitau la tujuan datang dan tanya pasal pengantin perempuan.
Kita orang tanya la sama ada kenal tak dengan pengantin perempuan tu. Bertambah geram dan terkejut bila dorang bagitau nama sebenar dia. (NORMAHAINI BINTI MAHARAM).
Yang lagi parah perempuan tu dah BERKAHWIN dan ada DUA ORANG ANAK. Ayah dia pun bersubahat sekali dalam kes ni, sebab tak jujur dari awal.
Kenapa seorang ayah sanggup biarkan anak dia bertunang dengan aku sedangkan dia sendiri tau anak dia tu bini orang. Memang speechless kecewa, marah, sedih semua ada, tak mampu dh aku nak cakap apa masa tu. Dengan kos kerugian persiapan perkahwinan lagi.
Duit hantaran dah dibagi jugak. Maruah keluarga aku lagi. MANA NAK LETAK !! Sebab kita orang datang daripada jauh dan rasa tertipu. Aku dengan fmily decide pegi balai polis dulu untuk buat report.
Sekarang ni pun aku gagahkn diri untuk taip benda nie sebab memang aku tak sangka jadi macam ni. NORMAHAINI BINTI MAHARAM, Kau dah memalukan aku dengan keluarga aku.
Kau tu kerja BADAN BERUNIFORM tapi kenapa perangai kau tak macam baju yang kau pakai tu ?! Kau dah mencemar dan merosakkan imej Jabatan Imigresen Malaysia.
Takkan nak simpan anggota yang bermasalah macam ni. Kami sekeluarga pun dia berani tipu apa lagi dalam jabatan. Harap ada tindakan yang tegas diambil ke atas anggota bernama NORMAHAINI BINTI MAHARAM… ape pun.. SEE YOU IN COURT.
*banyak lagi benda yang dia tipu tapi tak mampu nak tulis panjang kat sini.
Fazura mahu saman, minta hentikan segera penipuan penjualan minyak wangi pada harga RM1. Nampaknya nama selebriti terkenal, Fazura sudah kena petik oleh scammer. Ia berkaitan penjualan minyak wangi didakwa keluaran syarikatnya dan dijual pada harga semurah RM1 yang kini berleluasa di Tik Tok.
Dalam satu perkongsian di instagramnya sebenar tadi, Nur Fazura meminta hal ini dihentikan segera atau berhadapan dengan tindakan saman darinya.
“Maaf, Faz terpaksa upload di feed since ramai sangat marah pasal penipuan ni. Faz jelaskan di sini ini ialah satu niat tak baik mengaut keuntungan dengan menipu peminat Faz! Kepada semua yang bertanggungjawab ni, lebih baik hentikan sekarang sebelum Faz ambil tindakan‼️
Menurut selebriti terkenal yang mempunyai 5.7 juta pengikut di instagramnya @missfazura, penipuan kepada peminatnya adalah sesuatu yang sukar diterimanya.
Sikap mengambil peluang oleh scammer di mana dilihat seolah-olah Fazura membuat tawaran harga runtuh minyak wanginya sedangkan hal ini tidak benar sama sekali. Berdasarkan komen dari pengikutnya, dipercayai scammer ini dari negara seberang Indonesia dan tak kurang juga ada yang sudah terkena dengan penipuan ini.
Menurut @Zaharah.72, “anak ada beli dah baru ni tak wangi pon. Bau macam asap rokok ja kharat tu depa pakai.
Jelas @syahdynn “Lahh ingatkan produk baru… scammer rupanya…
Apa pun diingatkan agar peminat tidak tertipu dengan semua ini kerana ia hanyalah scammer yang mahu mengaut keuntungan.
“Moga Berbahagia, Cepat Dapat Zuriat Comel Dan Sihat” itulah antara ungkapan yang diucapkan Serina Redzuawan buat penyanyi popular Nabila Razali yang baru saja bernikah. Serina antara rakan selebriti yang memberikan ucapan buat pasangan pengantin baru itu.
Sejurus selepas mengumumkan pernikahannya di akaun Instagramnya, ramai selebriti yang memberikan ucapan tahniah buat Nabila dan pasangannya.
Nabila dan pasangan telah melangsungkan majlis pernikahan di The Chateau Spa & Wellness Resort, Pahang. Penyanyi itu telah selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Nik Iruwan Nik Izani, 38, dengan sekali lafaz pada jam 10.11 pagi pada Sabtu.
Pemilik nama sebenar Nur Nabila Mohd Razali telah selamat dinikahkan oleh Jurunikah, Ustaz Fawwaz Zarin Che Lah. Pengantin perempuan itu juga turut menerima mas kahwin bernilai RM22.50. Sementara itu, wang hantaran dirahsiakan.
“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi majlis pernikahan berjalan dengan lancar.
“Terima kasih kepada tetamu dan ahli keluarga yang turut menjayakan majlis ini, dan tidak lupa kepada peminat di atas doa dan sokongan yang diberikan kepada Bella dan suami,” katanya seperti mana yang dikongsi di laman Instagram.
Majlis yang dikelolakan oleh Terusik Event ini telah berlangsung secara sederhana itu dihadiri kira-kira 250 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga, rakan terdekat dan juga selebriti.
Turut hadir tetamu VIP dan rakan-rakan niaga pengantin.
Antara selebriti yang hadir adalah seperti Hawa Rizwana, Amira Othman, Wany Hasrita, Ara Johari, Sissy Iman, Hael Husaini dan ramai lagi.