Penyanyi yang juga juara program Gegar Vaganza Musim Ketiga (GV3), Azharina Azhar atau lebih mesra dengan sapaan Nina baru-baru ini berdepan dengan detik sukar apabila ibu jari tangan kirinya disahkan mengalami keretakan selepas dua minggu menanggung kesakitan.
Seperti yang dipetik menerusi Harian Metro, pelantun Elegi Sepi itu menyatakan, pada awalnya dia tidak mengendahkan rasa sakit itu kerana tidak ada tanda-tanda bengkak.
Tak Ada Tanda-Tanda Bengkak
“Saya sudah rasa sakit sejak dua minggu lalu, tapi tak ada tanda-tanda bengkak atau apa. Saya pun tak pasti kenapa rasa sakit ini boleh muncul.
“Nak dijadikan cerita, beberapa hari lalu, saya keluar bersama rakan saya yang juga seorang orang kelainan upaya (OKU) untuk makan di sebuah restoran.
Ads
“Saya memimpinnya ketika berjalan kerana perlu menaiki tangga dan rasa sakit itu nampaknya semakin menjadi-jadi,” luahnya.
Disamping anak-anak kesayangan.
Minta Nasihat Kenalan Seorang Doktor
Nina juga menerangkan dia tidak mampu menananggung kesakitan dan kemudian meminta nasihat doktor yang juga kenalannya.
Ads
“Rakan saya menasihatkan supaya membuat pemeriksaan di klinik dan melakukan X-ray kerana takut ada tulang patah atau apa.
“Jadi, semalam saya ke klinik dan menjalani X-ray dan doktor mengesahkan tulang ibu jari tangan kiri saya itu retak dan hanya akan sembuh sepenuhnya antara tiga hingga enam bulan,” sambungnya yang juga seorang kidal yang banyak menggunakan tangan kiri.
Penyanyi yang muncul menerusi rancangan Akademi Fantasia, Ara Johari kesal apabila dilabel sebagai artis bermasalah gara-gara tindakannya menarik diri pada saat akhir daripada menjayakan rakaman sebuah program terbitan sebuah stesen TV baru-baru ini.
Biarpun sudah menjelaskan penarikan dirinya itu kerana masalah kesihatan di mana dia diserang asma beberapa hari sebelum rakaman tersebut bermula, insiden itu terus diperkatakan sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi.
Tidak cukup dengan itu, tular pula dakwaan yang mengatakan penyanyi Bunga dan Paku itu terbabit dalam pengambilan minuman keras dan barang terlarang sehingga mendatangkan masalah kepada dirinya.
Seperti mana yang dipetik menerusi Sinar Plus Ara atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie Johari, 23, bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut.
“Saya berani bersumpah tidak pernah mengambil minuman beralkohol atau barang terlarang.
“Saya tidak dapat menutup mulut orang daripada terus berkata-kata, tapi saya percaya lama-lama mereka akan diam juga kerana ia adalah perkara tidak benar.
“Memang kadang-kadang ada rasa marah, tapi asalkan keluarga dan orang terdekat tahu perkara sebenar, ia sudah cukup buat saya,” jelasnya.
Berkawan Dengan Semua Orang
Dalam pada itu, Ara tidak menafikan dakwaan tersebut mungkin berpunca daripada pergaulannya dengan kenalan dan rakan-rakan yang terlibat dalam perkara tersebut.
“Memang ada kenalan saya yang mengamalkan cara hidup begitu, tetapi ia tiada kaitan dengan saya.
“Saya berkawan dengan semua orang, tapi yang menentukan sesuatu tindakan itu adalah diri kita sendiri. Kita yang bentuk diri kita dan bukan orang lain,” tegasnya.
Sumber: https://sinarplus.sinarharian.com.my/ Foto: Instagram Ara Johari
Apabila kerajaan memberikan kebenaran penganjuran pelbagai majlis sosial termasuklah majlis perkahwinan mulai 1 Julai lepas, ramai yang menarik nafas lega. Majlis sekian lama tertangguh kini dapat diadakan walaupun dalam jumlah yang terhad. Namun demikan, ramai yang masih kurang pasti bagaimana Standard Operating Procedure (SOP) yang perlu di patuhi.
Perkongsian tip yang dikongsikan oleh Pengendali Katering, Puan Sri Suzaidah Masri ini boleh dijadikan rujukan buat pengendali katering, tuan rumah, bakal pengantin dan tetamu yang datang ke majlis kahwin nanti.
Okay, oleh kerana ramai yang nak tahu, macamana majlis perkahwinan mengikut sop yang kami buat hari ni.
Saya sharekan serba sedikit ya.
Boleh muat berapa kanopi. Sesuai atau tak jika nak buat majlis melibatkan 200-300 orang tetamu. Jumlah kanopi yang kami gunakan adalah 5 kanopi (3 kanopi makan tetamu + 1 kanopi makan beradab digantikan bawah garaj + 1 kanopi sambut tetamu dan cek suhu ) tetapi kanopi tu kami pisahkan agar tetamu keluar masuk dalam hala yang berlainan. (Tidak bertembung)
Jika kanopi size 20, hanya boleh masuk maksima 20 orang sahaja dalam 1 kanopi pada 1 masa. Jika ruang terhad dan gunakan kanopi size 18, hanya boleh masuk 16 orang sahaja pada satu masa. Jika 3 kanopi makan tetamu, hanya dapat masuk 48 orang sahaja pada 1 masa.
Minta mereka buat jemputan secara berkala. Misalnya, 50 orang untuk pukul 10 pagi, 50 orang untuk pukul 11 pagi, 50 orang untuk pukul 12, 50 orang untuk pukul 1 dan 50 orang untuk pukul 2 petang. Jadi kat sini, total dah 250 orang dalam tempoh 5 jam. Dan kita kena ingat, kebiasaan nya, tetamu tak datang berdua, ada yg datang bawa anak-anak. Jadi kena pandai anggarkan.
Ini penting supaya tetamu hanya masuk pada 1 pintu sahaja. Kita dapat check suhu mereka terlebih dahulu sebelum masuk ke kawasan majlis. Contohnya apabila kami chek, ada beberapa orang yang melebihi suhu 38•c apabila beberapa kali kami cek. Jadi kami tak dapat benarkan masuk. Dan kami info kepada tuan rumah supaya mereka faham situasi ini.
Ini penting ya. Bekalkan mereka dengan kelengkapan untuk protect diri. Glove, mask (In shaa Allah lepas ni kami akan tukar kepada mask 3ply) tq akak yang menegur, apron dan sanitizer.
Lauk pauk semua perlu dicedok oleh staff-staff katering. Tak boleh secara layan diri. Jika tuan rumah nak secara layan diri, tuan rumah perlu menyediakan glove untuk setiap tetamu yang hadir.
Perhatikan tetamu-tetamu. Ada yang suka tarik kerusi rapat-rapat dan pindahkan kerusi ke meja lain.. nak duduk ramai-ramai. Tegur dengan berhemah.
Sediakan pen dan buku untuk catit kehadiran dan suhu. Untuk memudahkan, mungkin boleh tambah QR code scan untuk majlis supaya dapat memudahkan tetamu-tetamu.
Apabila tetamu dah selesai makan dan dah bangun, staff katering perlu sanitize semula kerusi dan meja yang digunakan. Digalakkan alas meja dengan plastik dan tidak gunakan alas kerusi untuk proses ini. Kain-kain yang digunakan untuk sanitasi perlu ditukar setiap kali selepas guna.
Kami buat sistem nombor bergilir. Contohnya kami kira kerusi makan ada 60, jadi kami buat 60 nombor dari 1-60. Tetamu daftarkan nama, kita bagi nombor. Jika nombor habis, tetamu yang baru hadir perlu tunggu dahulu sehingga ada tetamu yang keluar(balik) dan pulangkan nombor, baru boleh masuk. Cara ni kita boleh kontrol keluar masuk tetamu dalam majlis.
Itu saja, yang penting kita faham dan kita follow sop yang ditetapkan, In shaa Allah semua nya okay. Pihak berkuasa datang check pun takde masalah kan.
Last lupa.. digalakkan guna pinggan, cawan dan sudu pakai buang untuk tetamu-tetamu.
In shaa Allah, moga Allah permudahkan urusan kita semua.Jangan risau ya.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat dijadikan rujukan buat pengendali katering, tuan rumah, bakal pengantin dan tetamu yang datang ke majlis kahwin. Memang agak renyah, namun tak susah pun buat majlis kahwin ikut SOP. Yang penting utamakan kebersihan dan kekalkan penjarakan apabila berada dalam majlis.
Pantang ajal sebelum maut. Biar pun tiada suara dan tiada jeritan meminta tolong sepanjang operasi menyelamat, pihak bomba sangat berharap dapat menemui mangsa dalam keadaan selamat. Dan akhirnya mereka menemui empat beranak ini berpelukan di dalam bilik air.
Empat sekeluarga ditemui selamat oleh bomba di dalam bilik air di tingkat atas sebuah rumah teres dua tingkat yang terbakar di Jalan Setia Perdana, Bandar Setia Alam, dekat Shah Alam, awal pagi tadi.
Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor, bomba menerima panggilan pada 2.18 pagi dan tiba di lokasi sejauh 18 kilometer itu pada 2.37 pagi.
“Sewaktu bomba sampai, kita dapati kebakaran di tingkat bawah rumah teres dua tingkat dan bomba dimaklumkan ada mangsa, namun tidak tahu jumlahnya.
“Bomba menemui empat sekeluarga (suami isteri serta dua anak) di dalam bilik air di bilik tidur utama dalam keadaan berpelukan dan basah disebabkan peluh serta hampir sesak nafas.
“Namun, bomba berjaya menyelamatkan mereka,” katanya ketika dihubungi.
Hafisham berkata, ketika kerja mencari dan menyelamat, tiada kedengaran suara jeritan meminta tolong atau tangisan kedengaran.
“Mangsa diam saja, kami bertawakal dan berserah pada Tuhan supaya kami dapat temui mereka dalam keadaan selamat dan dimaklumkan keluarga berkenaan kini dirawat di sebuah hospital swasta berhampiran,” katanya.
Beliau berkata, kerja pemadaman kebakaran selesai sepenuhnya pada 4.20 pagi.
“Operasi membabitkan 25 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Anggerik dengan bantuan BBP Kapar dan BBP Sungai Pinang,” katanya.
MW: Sudah tentu pengalaman ini menjadi kenangan pahit buat keluarga ini, namun bersyukur bila keempat-empatnya ditemui selamat. Tahniah kepada pasukan bomba yang berjaya menyelamatkan mangsa.
Opah Strawberi tampil memohon maaf selepas tular isu membalas komen netizen dengan perkataan kasar. Usahawan terkenal itu mengakui kesilapan dan berjanji lebih berhati-hati dalam komunikasi selepas ini.