Sayunya hati, isteri tak sempat derma hati. Ajal maut jodoh pertemuan rezeki semua rahsia. Yang tahu hanya Allah Maha Pencipta.

Baru saja berkongsi kisah tentang dirinya mahu menderma hati buat suami yang menghidap barah hati. Suzan Ahmad isteri yang juga bertindak sebagai pengurus Tia Jinbara menerima dengan reda pemergian suami tersayang malam tadi.

Allahyarham Tia yang juga vokalis Jinbara telah menghembuskan nafas terakhir di sisi isterinya ketika sedang menerima rawatan doktor di Hospital Shah Alam, jam 9.17 semalam.

Sayunya Hati Isteri Tak Sempat Derma Hati

Suzan Ahmad yang juga bekas wartawan hiburan sememangnya berharap suaminya sembuh melawan penyakit kanser. Sebelum ini arwah Tia disahkan menghidap penyakit kanser hati tahap empat.

“Saya tak sangka arwah pergi secepat ini. Namun, saya reda, mungkin inilah jalan terbaik buatnya daripada menanggung kesakitan.

“Takdir Allah tiada siapa dapat menduga. Pada siangnya, keadaan kesihatan arwah masih stabil, namun doktor mendapati arwah mengalami pendarahan dalaman.

“Ketika doktor sedang memberikan rawatan, ketika itulah arwah menghembuskan nafas terakhir. Saya memang berada di sisi arwah,” ungkap Suzan seperti mana dipetik menerusi Berita Harian Online.

Sanggup Berkorban Dermakan Hati, Kasih Sayang Tak Belah Bahagi

Pada masa yang sama Suzan menyatakan dia sanggup mendermakan hati kepada arwah walaupun pembedahan berisiko tinggi namun Suzan sanggup berkorban.

“Jika itu (derma hati) dapat bantu selamatkan nyawa Tia, saya sanggup lakukan apa sahaja demi pastikan suami kembali sihat.

IKLAN

“Saya tidak boleh duduk diam tanpa berbuat apa-apa. Saya tak nak hanya melihat suami ‘pergi’ tanpa berusaha.

“Jika ditakdirkan nyawa saya tidak panjang selepas pembedahan pemindahan hati, saya reda dan bersedia kerana anak-anak pun sudah besar,” luahnya.

Arwah Bapa Tiri Penyayang

Tambah Suzan lagi arwah merupakan bapa tiri yang penyayang.

“Arwah memang bersemangat nak sihat sebab nak tengok anak-anak terima skrol. Walaupun hanya bapa tiri, tapi arwah adalah bapa yang penyayang.

“Beliau menyayangi tiga anak saya menerusi perkahwinan terdahulu seperti darah daging sendiri.

“Anak-anak membesar dengannya sejak kecil sehinggalah dewasa. Arwah juga mengajar anak-anak mengaji.

“Arwah selalu cakap kepada anak-anak yang dia ajar mengaji supaya mereka dapat mengaji untuknya suatu hari nanti,” malah arwah suaminya juga merupakan seorang yang menitik beratkan agama dan Pendidikan.

IKLAN

Mingguan Wanita: Semoga roh Tia Jinbara berada di kalangan para solihin. Amin. 

Sayunya Hati Isteri Tak Sempat Derma Hati, Tia Jinbara Hembuskan Nafas Terakhir Disisi

Menarik Diisni : Ayah Jadi Penderma Hati Anak, Kos Pembedahan Saja RM120,000 Sumbanglah Seikhlasnya

 

IKLAN

Baca Disini : Isteri Sanggup Derma Hati Buat Suami “Mahu Lihat Tia Jinbara Kembali Sihat Seperti Dulu”

Sayunya Hati Isteri Tak Sempat Derma Hati, Tia Jinbara Hembuskan Nafas Terakhir Disisi

Sumber : Berita Harian

Sumber Gambar: Instagram Tia Jinbara

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Tip rumahtangga bahagia dan harmoni kata Bella suami isteri kenalah saling tolong menolong buat apa kerjapun kenalah bersama-sama.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI