Bila berumahtangga dan mempunyai anak, suami janganlah meletakkan segala tanggungjawab urus anak pada isteri. Kenalah ringan tangan bantu isteri dalam uruskan anak. Sama-sama membantu siapkan anak.
Ringan tangan untuk bantu siapkan anak, buatkan susu, pakaikan pampers, tidurkan anak dan sebagainya. Sebenarnya, inilah cara untuk suami/ayah beli jiwa anak-anak dan dekat dengannya.
Sebab itu, selalu kita dengar, mak dan ayah ada cara tersendiri dalam melahirkan rasa sayang pada anak-anak. Kalau mak marah anak sekali pun, anak tetap datang. Anak nak permainan, mak tak sampai hati terus belikan. Tapi kalau ayah, dia buat tak tahu tapi akhirnya dia pasti akan bawa balik apa yang anak inginkan.
Rasanya, rata-rata bila tanya anak siapa paling garang, tentu jawapannya adalah ayah. Sebab, garang-garang mak, anak masih mengada-ngada. Tapi bila anak buat salah, sebut nama ayah pun mereka terus ‘behave’.
Saya pernah bertanya dengan mak, ayah dengan kami masa kecil macam mana?
Mak bagitahu,
“Ayah, dia paling ringan tangan mandikan korang semua. Tukarkan pampers. Buatkan susu.
Itulah kesukaan ayah. Umi tak pernah minta tolong, ayah akan terus buat. 11 orang anak, ayah buat semua”
Iya. Rupanya inilah ikatan hati antara ayah dan anak akan terhubung.
Saya akui, saya dulu cukup malas nak buat benda ni. Letih!
Tapi, bila paksa diri buat setiap hari, akan ada satu perasaan yang lain dalam jiwa seorang lelaki dan ayah macam saya.
1. Anak-anak akan sangat rapat. Garanglah macamana, anak-anak tetap akan datang pada ayah mereka.
2. Bila anak buat perangai, buat hal, rasa marah akan cepat reda. Tak sampai nak tangankan. Apalagi, nak pukul atau cubit.
3. Anak-anak mudah mendengar kata. Degil dan keras kepala macam mana pun, di kata dan di pujuk anak akan ikut pelan-pelan.
Saya suami dan bapa realiti.
Benar tak mudah buat perkara ini. Namun, usahalah setiap hari.
Ia menumbuh satu rasa yang akan Allah beri pada lelaki seperti kita ini.
Mingguan Wanita : Itulah beza mak dengan ayah tunjuk kasih sayang pada anak-anak. Hargailah mereka selagi masih ada.
Kehilangan insan yang tersayang dalam sekelip mata pasti akan memberi kesan yang mendalam kepada seseorang. Bagi yang pernah melaluinya ia diibaratkan seperti kaca yang terhempas ke batu, berat dan menyakitkan. Ada pula mengandaikan dunia menjadi gelap-gelita lantaran tidak mampu menanggung kesedihan.
Walaupun pelbagai cara dilakukan bagi meredakan kesedihan ini, namun ia sesuatu yang sukar dan mengambil masa. Mungkin sebulan, tiga bulan, enam bulan atau bertahun-tahun lamanya. Hiburan terbaik kala sedih dan terluka akibat kehilangan mereka yang dicintai adalah dengan meningkatkan keimanan kepada Allah.
Sebagai seorang bapa Kamaruddin, reda dengan pemergian anak bongsu lelaki, Allahyarham Muhammad Izzat Faqih, 25 yang bertemu ajal ketika sedang bermain badminton di sebuah gelanggang dekat Salor, Kota Bharu pada 9 September lalu.
Arwah yang merupakan seorang jurugambar dikatakan rebah secara tiba-tiba ketika sedang bermain badminton bersama rakan-rakannya.
Menurut abang arwah Muhammad Izzat Faqih, Nasir Nasir Kamaruddin, 28, sejurus menerima panggilan berhubung kejadian itu dia dan keluarga terus bergegas ke lokasi untuk melihat keadaan arwah.
“Sejurus sahaja kami sampai pihak perubatan mengesahkan adik sunggah meninggal dunia,” katanya seperti mana dipetik dari akhbar Sinar Harian.
Katanya lagi, semasa Muhammad Izzat Faqih rebah, rakan-rakan sepermainan sempat melakukan bantuan pernafasan atau cardiopulmonary resuscitation (CPR). Hasil bantuan itu arwah sedar seketika dan sempat mengucap sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Nasir berkata, arwah adiknya yang merupakan lulusan Syariah dari Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias) itu memang aktif dalam sukan futsal, badminton dan mendaki.
“Saya sempat berbual dengan arwah sebelum dia keluar bermain badminton tetapi langsung tidak menunjukkan sebarang perubahan. Kami sekeluarga reda dengan pemergian arwah,” ungkapnya yang turut memberitahu jenazah Muhammad Izzat Faqih dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kasar.
Anak Yang Baik – Cikgu Kamaruddin
Selepas lebih dua bulan pemergiaan arwah, penulis sempat menghubungi bapanya dan ternyata Kamaruddin atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Kamaruddin menerangkan mereka masih bersedih dengan pemergiaan arwah namun menerima segala suratan dengan reda.
“Arwah merupakan seorang yang baik dan tidak menunjukkan sebarang kelainan. Dia seorang yang aktif bersukan dan suka ambil gambar perkahwinan. Pada awalnya memang terkejut dengan pemergiannya namun itu semua kerja Allah dan setiap yang hidup pasti akan pergi.
“Memang sedih dan masih terasa ketiadaan arwah. Malah kadang-kadang tu terbayang-bayang kelibat arwah. Memandangkan ini pertama kali kami kehilangan anak sebaknya hanya Allah saja yang tahu.
“Arwah juga baru lepas konvo bulan januari lalu di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias). Malah setiap hari jumaat iaitu selepas solat Jumaat saya akan buat bacaan tahlil untuk arwah. Arwah seorang anak yang sangat manja dengan ibunya. Dia lain sikit setiap kali keluar rumah akan cium pipi ibu dan seorang anak yang sangat menghormati orang tua,” ungkap Cikgu Kamaruddin yang akui sifat manja arwah membuatkan kehilangannya amat dirasai.
Memandangkan arwah meninggal sewaktu sedang bersukan, ditanya adakah dia fobia untuk membenaran anak-anak yang lain bergiat aktif dalam aktiti kecergasan, Cikgu Kamaruddin sentiasa memberi ingatan kepada anak-anaknya.
“Memang anak-anak lelaki saya jenis yang minat bersukan. Setakat ini tak fobia. Cuma saya ingatkan anak-anak sebelum bersukan, pastikan badan sihat dan jangan terlalu paksa diri jika terlalu letih,” ungkap Cikgu Kamaruddin.
Sebagai seorang bapa, penulis juga bertanya apakah antara doa yang sering diungkapkan buat arwah.
“Saya sentiasa mendoakan agar roh arwah dirahmati Allah dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan soleh,” bicara Cikgu Kamaruddin.
“Tertunggu-Tunggu Muhammad Izzat Faqih Pulang Ke Rumah” Ibu
Sewaktu berbicara dengan Cikgu Kamaruddin, dia menasihati penulis agar menemubual isterinya. Ini kerana isterinya, Hasnah Mamat, merupakan insan yang sangat rapat dengan arwah Muhammad Izzat Faqih.
Sewaktu menemubual Hasnah suara ibu ini kedengaran serak dan jelas sekali dia begitu sebak apabila suaranya bergetar.
“Saya memang rapat dengan arwah. Sebelum melangkah keluar rumah dia akan salam tangan dan kucup pipi saya. Dia manja sangat maklumlah anak lelaki bongsu. Dia memang duduk rumah walaupun melanjutkan menyambung pelajaran sebabnya tempat dia belajar berdekatan dengan tempat tinggal kami.
“Pada awalnya memang tak boleh terima, maklumlah pagi tu dia keluar ke Kota Bharu kemudian tengahari berada di rumah dan sempat memetik rambutan bersama sepupu-sepupunya yang baru tiba dari Kuala Lumpur.
“Kemudian dia keluar bermain badminton dan terus pergi untuk selama-lamanya. Arwah jenis yang selalu balik ke rumah dan saya sehingga sekarang masih tertunggu-tunggu kepulangannya. Tapi sekarang ini saya reda dengan pemergiannya,” jelas Hasnah.
Ditanya adakah arwah Muhammad Izzat Faqih menunjukkan sikap yang aneh sebelum pemergiannya, ibu kepada lapan orang anak ini menerangkan arwah sememangnya seorang yang suka berhias.
“Dia ada minta saya catkan biliknya warna putih. Dia jenis yang suka warna putih sehinggakan alas meja semuanya putih. Maklumlah dia jurugambar dan seorang yang suka pada seni. Dia juga jenis yang suka berhias.
“Saya tak sempat tunaikan kehendak dia. Tak sangka rupa-rupanya permintaan itu adalah petanda dia akan meninggalkan kami selama-lamanya,” ujar Hasnah.
Penulis juga sempat bertanya apakah kenangan paling manis sepanjang hayat arwah. Hasnah menerangkan arwah seorang anak yang baik dan taat pada agama.
“Dia jenis yang suka berpuasa. Malah pada bulan Ramadan pula jika saya tidak ke masjid, dia akan imamkan solat tarawih dan kami solat bersama di rumah. Arwah jika anak yang bijak sewaktu darjah tiga dia sudah menjadi pengawas sekolah. Dan dia juga pernah menjadi editor sebuah majalah,” akhiri Hasnah yang akui arwah merupakan anak yang paling rapat dan dia bersyukur kerana Allah pernah pinjamkan arwah dalam hidupnya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sebenarnya, kalau suami jenis yang memahami, isteri diam terus dia gelabah. Mesti dapat hidu pasti ada sesuatu yang tidak kena.
Selama ini hidup bersama, pasti bila seorang isteri tiba-tiba bertukar perangai, yang peramah tetiba jadi pendiam, suami tersedar.
Namun sedihnya tak ramai suami yang memahami perubahan sikap isteri yang mereka anggap remeh dan ambil ringan rajuk isteri. Sudahnya daripada sikap suami ini akan mencetuskan masalah lain seperti pergaduhan.
Kalau Suami Jenis Yang Memahami
Kongsi Firdaus Shakirin, kalau kita ini seorang suami yang memahami kan…
Isteri diam pun kita sudah gelabah…
Kita tahu, mesti ada yang tak kena… Dan kita tahu, mesti ada apa-apa…
Hari biasa, kalau dia ok dan kalau dia normal, sudah tentu dia tak diam…
Isteri Diam Terus Dia Gelabah
Tanya sepatah, jawab sepatah… Ajak berbual, tak berminat… Mulut muncung dari itik… Jalan hentak-hentak macam gajah…
Apa yang kita kena buat? Dekati dia, tanya dia… Kalau dia mengelak, kalau dia kata tidak apa-apa, tanya lagi, korek lagi rahsia sampai dia cakap apa yang telah jadi…
Yang mengganggu emosi isteri ini, yang menekan perasaan isteri, dan yang menyerabutkan fikiran isteri.
Adakalanya benda yang bagi si suami adalah sesuatu yang kecik, remeh, simple…
Tiada Masalah Yang Kecil
Tetapi bagi si isteri, tiada benda yang kecil, yang remeh dan yang simple dalam kehidupan hariannya…
Anak tak nak makan is a big problem, malah anak tak dengar cakap is a big problem…
Dia masak tak jadi is a big problem… Kek dia tak naik is a big problem…tanam pokok tak hidup is a big problem and,
She need someone to listen to this problems…”her problems”…
Dia muncung, masam muka, bad mood, diam, tak gembira sebab ada benda yang dia hendak cerita…
Tapi dia tak cerita selagi suami dia tak tanya… Body language orang perempuan memang macam ini… This is how si isteri expressing her inner feelings…
Kita yang kena faham sendiri dan kena tanya jika si dia “lain sikit” dari hari biasa…
Mingguan Wanita : Tidak semua di kalangan mak-mak dikurniakan suami yang memahami. Jika tahu suami jenis tak faham, apa kata mak-mak berterus-terang saja, barulah selesai masalah. Betul tak?
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Setiap kali raya memang ditunggu-tunggu oleh anak. Sebabnya masa inilah untuk mereka mengumpul duit raya. Bukan main seronok mereka beraya rumah jiran semata-mata untuk dapat duit.
Sementelah mak ayah pun turut tumpang seronok mengira duit raya anak. Bila dah habis musim raya, mulalah anak-anak berangan untuk beli apa barang yang memang dihajati sejak dulu dengan menggunakan duit itu.
Tidak kurang juga mak ayah akan simpan dalam akaun anak, ini untuk dikumpulkan dan kegunaan buat anak-anak bila besar atau masa-masa tertentu nanti.
Walau bagaimanapun, ada sesetengah mak ayah ambil peluang untuk menggunakan duit raya itu, kononnya anak masih kecil dan tak tahu nak beli apa. Akhirnya, mak ayah pula yang ‘terpakai’ duit itu.
Jangan ambil mudah dengan mak yah yang pakai duit raya anak. Ingat, itu hak mereka dan kalau terpakai atau terguna, mak ayah wajib ganti. Sedangkan, kalau duit itu untuk kegunaan anak itu sendiri, ia tidak menjadi permasalahan.
Perkongsian daripada Syazmee Sapian boleh memberi manfaat buat mak ayah yang kerap kali menggunakan duit anak. Walaupun raya setahun sekali, inilah masa untuk mengajar anak-anak mengumpul duit raya bagi simpanan mereka akan datang. Jika mereka nak membeli dengan duit itu pun tak menjadi masalah pun.
Duit raya anak-anak adalah HAK SEPENUHNYA anak tersebut. Kalau mak ayah menggunakan duit tersebut tanpa kebenaran samalah juga seperti kita menggunakan duit orang lain tanpa kebenaran.
Kita sebagai mak ayah hanyalah sebagai orang yang diamanahkan untuk menguruskan harta anak-anak kita.
Mereka yang memberikan duit raya kepada anak-anak kita sudah pasti meniatkannya untuk kegunaan anak tersebut.
Mak ayah tidak boleh menggunakan secara suka hati duit anak-anak tanpa sebarang keterdesakan.
Namun jika sudah digunakan atau terguna, tetap WAJIB untuk digantikan semula takat yang telah kita gunakan.
Gunakan duit raya anak untuk tukar sportrim kereta, beli telefon bimbit baru atau apa sahaja, jelas menjadi suatu kesalahan.
Kita sebagai mak ayah sudah pasti mahu menjadi suri tauladan yang terbaik dari segenap aspek buat anak-anak.
Oleh yang demikian, jadilah mak ayah yang amanah, bertanggungjawab dan jujur dalam menguruskan harta anak-anak kita sendiri.
Adalah lebih baik, dengan duit yang anak-anak perolehi, kita didik mereka dengan ilmu pengurusan duit.
Beritahu anak-anak berapa pendapatan mereka. Takat mana boleh dibelanjakan.Yang mana untuk simpanan masa depan.
Berapa pula bahagian untuk dilaburkan.
Anak-anak suka mak ayah yang banyak berinteraksi dan bercerita dengan mereka.
Syazmee Sapian
Daddy Anggun
MW: memanglah kita sebagai mak ayah fikir, anak-anak masih kecil dan tak reti nak guna duit itu. Tapi, boleh saja mak ayah simpan untuk masa depan mereka. Jangan kita pulak guna sesuka hati.
Dina Nadzir paksa diri turunkan berat badan. Sejujurnya mereka yang berbadan besar kebanyakannya akan merasa rendah diri. Begitu juga dengan selebriti, Dina Nadzir. Terbaru,...