Awasi tanda-tanda yang mungkin mula wujud dalam rumah tangga kita, yang boleh membawa kepada kehancuran perkahwinan yang dibina bertahun-tahun lamanya.
Sejak kebelakangan ini selalu sangat kita dengar pasangan bercerai. Tolak tepi dulu kes perceraian artis sebab golongan bukan artis pun ramai yang bercerai. Ada orang kata bercerai itu seperti letupan gunung berapi. Tidak ada tanda tiba-tiba pasangan yang mereka kenal itu bercerai. Benarkah pasangan itu tiba-tiba sahaja bercerai?
Awasi Tanda-Tandanya
Bolehkah anda yang sedang membaca nota ini dengan penuh bahagia bersama suami tercinta tiba-tiba esok terus bercerai? Atau adakah sebenarnya ada tanda-tanda yang kita perlu awasi untuk mengelakkan perceraian itu daripada berlaku?
Sebenarnya apabila berlaku perceraian, yang terkejut hingga jatuh dari bangku ialah keluarga, rakan-rakan, jiran yang perihatin atau rakan pejabat kepada bekas suami-isteri yang bercerai itu. Pasangan yang bercerai itu tidak terkejut kerana mereka baru nampak makna daripada tanda-tanda awal lama sebelum perceraian itu berlaku. Faham ya? Saya mahu kongsikan tanda-tanda awal dan bukan sebab kenapa perceraian itu berlaku.
Anggapan Salah Terhadap Pasangan
Pertama sekali ialah anggapan anda kepada pasangan selama ini rupa-rupa tidak betul.
Anda sangka dia lelaki romantik, baik dan bakal ahli syurga yang setaraf dengan anda. Dalam masa 7 hari berumahtangga anda tahu yang dia tidak sebaik anda dari segi agama. Anda pula sangka kebahagian dalam rumahtangga syurga dunia itu akan tiba tanpa anda diuji terlebih dahulu.
Anda jadi panas sendiri dan menanggalkan jubah kesabaran dalam ujian pertama alam rumahtangga. Anda tidak peduli. Anda langgar dia dan anda jadi hakim yang mencampakkan dia ke dalam neraka sebelum anda sendiri masuk syurga. Olehkerana dia memang tidak sebaik anda maka terus dia hadiahkan talak tidak sampai sebulan anda jadi isteri dia. Nampak?
Ads
Rimas Dengan Perubahan Gaya Hidup
Sebelum berkahwin ada seorang gadis yang sangat aktif. Anda ada kerjaya profesional di pejabat dan minat sukan aktif di hujung minggu. Pendek kata kalau diikat suruh diam satu hari anda boleh hilang separuh nyawa. Takdirnya anda bertemu jodoh atas pilihan keluarga seorang lelaki yang tenang, perlahan, sentiasa kemas dan tersusun.
Pendek kata memang lelaki yang berfikiran selamat dan tidak suka mengambil risiko tanpa sebab. Setelah berkahwin anda rasa lingkungan sosial anda semakin kecil. Anda mula rimas dan merasa seperti ada tenaga membuak-buak yang tidak dapat dilepaskan.
Anda mula membandingkan suami anda dengan suami rakan baik anda yang ada minat yang serupa. Anda mula bersuara keras bila meminta izin untuk berjumpa rakan-rakan lama. Jika anda mula rasa berapi apabila permohonan anda itu ditolak maka cepat-cepatlah ubah sudut pandang itu. Anda seorang isteri dan bukan lagi gadis lincah seperti dahulu.
Cemburu dan kepercayaan. Dalam rumah tangga kedua-dua hal ini umpama gula putih. Jika tidak ada minuman jadi tawar. Jika terlalu banyak pula pasti suatu masa nanti akan bawa penyakit potong kaki. Adakah anda seorang yang terlalu cemburu atau seorang yang terlalu percaya kepada suami? Secara umum di hujung kiri suami cepat rimas dengan isteri yang terlalu cemburu.
Di hujung kanan jika terlalu percaya, mudah pula dia bermain silap mata di belakang anda. Maka imbangkanlah dengan berhati-hati. Jangan berada terlalu jauh di kiri atau terlalu jauh di sebelah kanan. Itu semua umpama bom jangka yang boleh meletupkan rumahtangga anda nanti.
Faktor Kewangan
Ada banyak lagi yang mahu saya kongsikan tetapi yang terakhir ini barangkali yang paling kritikal. Duit! Cinta perlu dalam rumahvtangga tetapi rumahvtangga lebih perlukan duit. Bukan rahsia dalam situasi hari ini ramai pasangan yang isteri berpendapatan lebih tinggi.
Saya bukan Ustaz untuk bercakap pasal hukum memberi nafkah tetapi inilah cabaran terbesar untuk isteri hari ini. Jika degup jantung anda berdegup marah setiap kali membayar bil-bil rumahvtangga menggunakan duit akaun anda mungkin ada tindakan yang perlu dilakukan.
Duduk dan bincang dengan suami. Jika tidak jalan maka ubah cara fikir. Allah Maha Mengetahui. Dia pasti memberikan pahala besar berlipat ganda atas setiap sen yang anda beri untuk rumahtangga anda. Waa..seronoklah para suami, bila semua ditanggung isteri. Serahkan suami bertuah itu kepada-Nya. Biar Allah yang menghukum mereka. Mengerti?
Lucu sebenarnya gurauan suami ini, Akhtar Syamir a.k.a Bro Ohsem untuk isterinya, Nora Azni. Bukan sebab koleksi beg tangan mewah tau intan berlian, tapi koleksi tudung yang berkotak-kotak. Yang mana jumlahnya ada yang melebihi 1000 helai tudung berlainan jenama, corak malah jenisnya.
Apa pun yang suami ini kongsikan, ianya ada banyak benarnya. Kalau tak percaya.. cuba belek tudung mak-mak itu. Tak mungkin cuma dua helai dalam almari atau tergantung dalam bilik tu. Betulkan..
Pendedahan Suami Tentang Koleksi Tudung Isteri.. Ada Tu ‘Hadiah’ Katanya
Saya dengan ini menyarankan SPRM supaya menyiasat semua suri rumah tak kira sepenuh masa atau tidak.
Siasatan perlu difokuskan kepada bagaimana mereka boleh menyimpan hampir 1000 jenis tudung berlainan jenama, jenis dan corak yang berharga paling kurang RM10 setiap satu.
Pendedahan oleh para suami mendapati tudung – tudung tersebut ada yang dibeli dan ada yang dihadiahkan. SPRM perlu menyiasat siapakah pemberi hadiah tersebut kerana para suami dah tak ingat berapa banyak tudung kami belikan untuk isteri.
Siasatan lanjut juga perlu dibuat terhadap mereka kerana kami perlu tahu kenapa setiap kali keluar, isteri asyik pakai tudung yang sama je. Alasan tudung tu selesa dan senang jadi tidak sepatutnya diterima kerana tudung – tudung lain dalam almari tu pun lebih kurang samaaaaa je.
Diharap dapat juga siasat peniaga tudung yang jual tudung susah nak jadi. Jenuh kami tunggu mereka bersiap. Hahaha..
Alang – alang dah siasat tu, tanye sekali kenapa tudung yang diorang beli tu selalu tak padan dengan baju diorang. Please… Kami perlu tahu.
Kalau Tak Ada Tudung Dalam Almari.. Tengok Dalam Kotak
Lagi satu, kalau takde dalam almari, cuba tengok dalam kotak. Diorang selalu simpan dalam tu kalau dah banyak sangat.
Terbaru. Terdapat laporan ramai yang order tudung online tapi letak alamat ofis supaya perbuatan mereka dapat dirahsiakan dari suami.
Diharap pihak SPRM tidak akan menghantar pegawai penyiasat wanita untuk menyiasat kerana dikhuatiri diorang akan berborak pasal tudung je nanti. Tak pasal – pasal kes tutup dan ada yang bawak balik sehelai dua. Hahaha..
Terkini. Sila bawa pasukan pemusnah bom sekali kerana tudung yang dah bergosok tu amat bahaya kalau tersentuh. Selalunya anak dan suami jadi mangsa. Confirm meletop !
Tolong SHARE. Perkara serious nie.
Jangan lupa TAG orang yang patut disiasat ya.
Kalau sape – sape rasa memang bersalah tu, cube kongsi gambar koleksi tudung korang? Boleh cuci mata sikit. Hehehe..
Kepada makcik bawang, ini post gurauan je. Bukan serious. Jangan marah haaa..
Keadaan ini biasa berlaku bila anak ambil ubat demam, batuk atau selesema, tak sampai 5 minit anak termuntah balik.
Sebenarnya, kalau anak muntah balik antara masa 5-15 minit, mak-mak kena redosing ubat itu. Sebabnya, penyerapan ubat dalam sistem badasn anak tidak berlaku,
Sebaliknya, kalau lebih anak muntah lebih daripada 30 minit selepas mengambil ubat, mak-mak tak perlulah redosing sebab ubat yang diambil tadi sudah diserap masuk ke dalam sistem badan anak.
Jadi, apa yang mak-mak perlu tahu adalah redose ubat itu jika muntah di bawah masa 5-15 minit semasa makan.
Mingguan Wanita: Baiklah selepas ini mak-mak tak perlu ragu-ragu untuk bagi semula ubat bila anak termuntah. Tapi pastikan melihat kembali masa anak muntah dan tempoh pengambilan ubat itu.
Awal perkahwinan memang semuanya manis, semua sanggup lakukan asal pasangan gembira. Tapi macam mana nak ‘ikat’ perasaan sayang dalam rumah tangga hingga ke akhir hayat?
Tak kiralah perkahwinan di fasa pertama, kedua, ketiga atau ke berapa sekalipun soal CINTA mesti kena wujud. Barulah bahagia akan datang. Cuba pukau pasangan dengan beberapa cara ini…
1. Sediakan pakaian yang hendak dipakai oleh suami di atas katil.
2. Belikan isteri makanan kegemarannya apabila suami berada di luar rumah.
3. Sekali-sekala, buat kejutan dengan sediakan menu kegemaran pasangan.
4. Amalkan solat berjemaah .
5. Seminggu sekali, selitkan nota cinta di tempat yang mudah dilihat pasangan.
Praktik 5 perkara romantik mudah
1. Hadiri kelas mengaji bersama dan teruskan bertadarus di rumah.
2. Mulakan berpegang tangan sewaktu menaiki tangga bergerak dan biar ia bertaut apabila kalian berjalan bersama.
3. Kongsi satu jenis minuman yang sama.
4. Seminggu sekali, cuba luangkan masa untuk keluar bersarapan bersama.
5. Lakukan aktiviti riadah bersama seperti berjalan perlahan, berbasikal dan sebagainya.
Doa Kebahagiaan Rumah tangga
“Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu-pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga. Wahai Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.”
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Model Rusia buat laporan polis selepas jadi mangsa komen lucah, dimalukan ketika makan berseorangan di restoran. Seorang wanita warga Rusia tampil membuat laporan polis...