Sesungguhnya ajal dan maut itu adalah ketentuan tuhan. Bagaimana dan dimana kejadiannya semuanya telah tertulis oleh yang Maha Esa. Mungkin hanya satu kebetulan, namun adakalanya setiap perkara yang berlaku itu merupakan satu petanda meninggalkan dunia yang sementara ini.
“Arwah sebelum ini bertanyakan maksud namanya… lepas itu tanya pula nama malaikat maut, selain syurga dan neraka,” kata Sharifah A Rahim, 35, ibu kepada kanak-kanak yang maut dihempap tiang elektrik semalam.
Dalam kejadian di Kampung Belukar dekat Jalan Kampung Darat, Changlun, Muhammad Aqil Wafiq Ruslizan, 10, meninggal dunia, manakala dua lagi rakannya cedera selepas longgokan tiang elektrik jatuh menghempap mereka ketika bermain di situ.
Petanda Arwah Meninggalkan Keluarga
Sharifah berkata, dia tidak menyangka pertanyaan Muhammad Aqil Wafiq menjadi petanda yang arwah akan meninggalkannya serta keluarga untuk selama-lamanya.
Menurutnya, ketika pertanyaan itu diajukan, dia sempat berpesan pada arwah agar belajar rajin-rajin seperti maksud namanya iaitu bijak dan terpelajar.
“Saya terkejut dengan apa yang berlaku kerana kejadian berlaku hanya 50 meter dari rumah neneknya (Zaiton Abu, 64).
“Arwah mungkin ikut kawan-kawan main kerana sebelum ini dia tak pernah ke situ (longgokan tiang),” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, hari ini.
Difahamkan rakan arwah, Wan Aliff Danish Abdullah, 10, masih kritikal dan seorang lagi yang berusia 11 tahun masih dirawat di Hospital Jitra.
Sharifah berkata, dia reda dengan pemergian anak kedua daripada tiga beradik itu, meskipun kini hanya tinggal seorang sahaja anak selepas kakak Muhammad Aqil Wafiq meninggal dunia ketika berusia empat minggu.
Longgokan Tiang Sejak Aidilfitri
Dakwanya, longgokan tiang elektrik sudah berada di kawasan berkenaan sejak sebelum Aidilfitri lalu dan dia sempat mendengar bunyi kuat ketika kejadian berlaku.
“Memang boleh nampak tiang itu dari rumah mak dan tiang itu pula ditahan (daripada bergerak) dengan kayu sahaja.
“Ketika bunyi kuat itu, saya syak ada benda buruk berlaku tapi tak sangka rupanya anak saya terhempap dan meninggal dunia,” katanya yang memberitahu jenazah arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Berona Kanan, Jeniang.
Murid Yang Baik & Rajin
Sementara itu, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Dato Wan Kemara, Changlun, Mohd Nizam Saidin berkata, pihak sekolah terkejut dengan kejadian yang menimpa dua daripada muridnya.
Katanya, mereka turut berdukacita dengan kejadian berlaku memandangkan kedua-dua murid itu baik dan rajin di sekolah.
“Kami mengadakan bacaan Yasin untuk arwah dan seorang lagi murid yang masih dirawat di hospital, selain mengadakan kutipan untuk bantuan buat keluarga mereka,” katanya.
Mesti Baca:Kereta Total Lost, Wanita Terselamat Maut. Berkat Amal Doa Naik Kenderaan & Al-Fatihah 40 Kali
Baca Lagi Di Sini:Janji Kenyang, Lelaki Bangla Makan Nasi Lauk Bawang & Cili Saja. Boleh Simpan RM800,000 Di Kampung
Artikel Menarik:Mak Ayah DENDA Anak 8 Tahun Tengok TV Sepanjang Malam, Tak Benarkan Tidur
Mingguan Wanita:Salam takziah buat keluarga mangsa semoga diberi kekuatan dalam menghadapi ujian kehilangan anak tersayang.
Sumber: Hmetro,Sinar Harian
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI