Kereta total lost, wanita terselamat maut. Berkat amal doa naik kenderaan & Al-Fatihah 40 kali. Berpantang maut sebelum ajal. Jika dilihat kepada kenderaan dinaikinya, tiada siapa akan percaya tiada satu pun kecederaan dialami. Tiada sekeping kaca pun melekat di kulitnya bahkan masih mampu keluar dari kenderaannya yang sudah lumat bumbungnya dengan sihat walafiat.

Inilah pengalaman ngeri dikongsikan oleh Maizatul Mat Said, seorang peniaga kek lapis apabila dirinya terselamat dari maut semalam. Barang kali berkat dirinya sentiasa mengamalkan Bismillah sebelum memulakan perjalanan selain mengamalkan doa naik kenderaan serta membaca surah al-Fatihah sebanyak 40 kali jika hendak berjalan jauh.

Kereta Total Lost, Wanita Terselamat Maut. Berkat Amal Doa Naik Kenderaan & Al-Fatihah 40 Kali
Beginilah keadaan kereta Wira miliknya, total lost selepas melanggar belakang trelar
Kereta Total Lost, Wanita Terselamat Maut. Berkat Amal Doa Naik Kenderaan & Al-Fatihah 40 Kali
Di sebalik kejadian ngeri ini, tiada sedikit pun kecederaan dialami oleh Maizatul

Berkongsi tragedi menimpanya, jelas wanita berusia 49 tahun ini, sewaktu nampak bucu belakang lori 25 tan semakin hampir dengan kereta, dirinya hanya mampu menjerit Allahuakhbar sebelum terdengar bunyi seperti tin kemek apabila bumbung kereta merempuh lori.

“Alhamdulillah, dengan kuasa Allah, saya terselamat tanpa sebarang kecederaan dan berjalan keluar dari kereta walaupun keseluruhan kereta remuk,” katanya yang terselamat tanpa sebarang kecederaan selepas kereta Proton Wira dipandunya ‘lumat’ akibat merempuh sebuah lori di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah – Jasin (AMJ) berhampiran Kandang di sini petang semalam.

Kereta Total Lost, Wanita Terselamat Maut. Berkat Amal Doa Naik Kenderaan & Al-Fatihah 40 Kali
Berpantang maut sebelum ajal. Tiada satu pun kecederaan dialaminya bahkan masih mampu keluar dari kenderaan selepas tragedi ini terjadi.
Kereta Total Lost, Wanita Terselamat Maut. Berkat Amal Doa Naik Kenderaan & Al-Fatihah 40 Kali
Keretanya total lost dan syukur dirinya terselamat. Maizatul akui sering mengamalkan bismillah dan membaca doa menaiki kenderaan selain mengamalkan Al-Fatihah 40 kali bagi perjalanan jauh

Memetik sumber Malaysia Gazatte, Menceritakan semula kejadian, ibu kepada seorang anak itu berkata, ketika kejadian, dia dalam perjalanan ke tempat berniaganya di Pantai Klebang selepas pulang dari menghantar anak tunggalnya ke Universiti Teknologi Mara Kampus Jasin.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, saya nampak lori berkenaan sedang membuat pusingan u dan sempat menekan brek namun sudah terlambat dan merempuh belakang lori berkenaan.

“Dalam keadaan cemas itu, saya hanya mampu menjerit ‘Allahuakbar’ sehinggalah apabila sedar, tangan saya masih berada di stereng tanpa sebarang kesan calar pada anggota badan. Saya kemudian membuka pintu kereta dan segera beredar dan waktu itulah baharu saya sedar, kereta sudah total lost sebelum orang ramai datang melihat kejadian itu,” katanya di sini hari ini.

IKLAN

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI : ‘Pantang Maut Sebelum Ajal.’ Wanita Ini Terselamat Selepas Tergelincir Dari Tingkat 21

Ibu Sedang Berpantang 12 Hari Terkejut Anak Lemas Mandi Sungai!

Sebelum Temui Ajal, Arwah Dah Siap Basuh, Lipat Dan Gosok Baju Sekolah Anak, Rumah Pun Dikemas Bersih

Menurut Maizatul, walaupun mengalami kerugian besar kerana keretanya yang musnah sepenuhnya selain barang jualan kek lapis Sarawak diusahakannya rosak, dia bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian yang disifatkannya ajaib itu.

IKLAN

“Alhamdulillah, Allah masih melindungi saya walaupun ramai yang beranggapan saya tidak mungkin selamat dengan keadaan kereta yang hampir lumat itu.

“Bagi saya, ini berlaku dengan izin Allah walaupun saya sendiri terkejut melihat keadaan kereta sebegitu rupa malah pemeriksaan lanjut di Hospital Melaka juga doktor mengesahkan saya tidak mengalami sebarang kecederaan dalaman,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pihaknya menerima laporan kemalangan itu pada pukul 5.30 petang melibatkan sebuah kereta dengan lori.

IKLAN

“Siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah lori bersaiz 25 tan yang datang dari arah Muar menghala ke bandar Melaka telah membuat pusingan u di kawasan yang dibenarkan.

“Pada masa sama, bahagian belakang lori dilanggar kereta jenis Proton Wira dipandu wanita terbabit yang ketika itu dalam perjalanan dari arah Jasin menuju ke Klebang untuk berniaga,” katanya.

Tambahnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

SIAPA ORANG YANG JAUH DARI CIUM BAU SYURGA. MOGA KITA DIJAUHKAN DARI HAL INI…

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI