Kalau dekat rumah ada nasi yang tak habis jangan dibuang, boleh dibuat Apam Tapai Nasi ni. Cantik sungguh kejadiannya elok kembang gebu dan lembut. Bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak, dan cukup mudah dihasilkan.
Boleh cuba resipi Apam Tapai Nasi yang dikongsikan oleh Puan Ainon Sidi ini;
Seperti yang dijanjikan semalam hari ni mak cik buat lagi Apam Tapai Nasi. Ini resepi yang selalu mak cik gunakan.
Bahan-Bahan:
1 cawan tapai nasi
(buat awal 1 hari, campurkan 2 cawan nasi sejuk dan 1/2 ragi)
1 cawan Gula
3 cawan tepung beras cap gajah 3
2 cawan Air
Cara Membuat:
1.Mak cik masukkan bahan di atas dan blender semua.
2.Masukkan dalam bekas dan tutup rapat-rapat, perap dan simpan. Mak cik peram dalam 5 jam.
3.Masa nak kukus masukkan ENO biru 1 peket kacau rata.
Campurkan 2 cawan Nasi sejuk dan separuh Ragi.
(Ragi tu hancurkan atas Nasi tadi. Saya guna penapis teh)
Perap 24 jam dalam bekas bertutup, bila dah lembik dan berair manis sedap macam pulut tapai tu.
2 cawan nasi ni untuk dapatkan 1 cawan tapai nasi.
MW: Gebunya apam tapai nasi ni. Kalau ada nasi tak habis dekat rumah tu boleh buat apam ni. Tak membazir. Senang nak buat dan boleh cuba untuk minum petang dengan anak-anak. Nak buat jual pun boleh sangat.
Sedapnya telur masin bila dinikmati dengan sambal belacan dan ulam-ulaman. Mudah je sebenarnya mak-mak nak buat sendiri telur masin di rumah. Sedia maklum, telur masin ni boleh tahan mahal juga harganya bila di beli di kedai. Lebih jimat dan puas hati bila kita buat sendiri. Malah tak perlu ragu-ragu dengan tahap kebersihan telur tu nanti.
Berikut perkongsian daripada Raja Amanina sebagai panduan;
“Telur masin ni nina jeruk sendiri je.. Dah lama tak beli yang siap jeruk.. Alhamdullilah cantik kejadiannya..Air garam tu nina masak hingga betul-betul mendidih (Orang kelantan panggil hingga naik bunga garam)”.
Bahan-Bahan:
50 biji Telur Itik (*cuci bersih dan jemur hingga betul-betul kering)
500gram garam kasar
1.5liter air
2 helai daun pandan
Bekas berpenutup
Cara Membuat:
Masak air, garam dan daun pandan hingga betul-betul mendidih dan sejukkan(pastikan betul-betul sejuk iya).
2. Masukkan telur itik ke dalam bekas dan tuangkan air garam yang dimasak.
3. Tutup kemas-kemas dan jeruk lebih kurang 2 minggu (14-15hari).
4. Setelah 2 minggu boleh try rebus dulu.. Kalau belum cukup masin boleh tambah 3,4 hari lagi.
5. Kalau dah cukup masin boleh toskan air garam.
Siap, Selamat Mencuba!
MW: Mak-mak bolehlah cuba buat sendiri telur masin ini sendiri di rumah. Lebih jimat, puas hati dan tak perlu ragu-ragu dah dengan kebersihan telur.
Keju mozarella ini kalau beli di pasaraya, harganya mahu cecah belasan malah puluhan ringgit. Jumlah yang mak-mak akan dapat pun tak banyak mana. Rupanya ada cara mudah nak buat keju mozarella homemade ini.
Perkongsian daripada Puan Ida Alina Salleh cara-cara membuat keju mozarella homemade ini patut sangat mak-mak cuba.
Sebabnya ini cara sihat buat keju sendiri di rumah. Dalam masa sama terjamin halalnya. Puan Alina juga banyak berkongsi idea pemakanan sihat untuk anak-anak dalam page Ida’s Back to Basics.
“Saya cuba untuk balik kepada asal. Dan kurangkan pergantungan pada benda berproses dan bahan kimia.” Itulah falsafah yang menjadi pegangan pada setiap perkongsian resepinya.
Biar pun jauh di bumi Namibia, Puan Ida sentiasa bersedia dengan resepi-resepi yang banyak memberi manfaat pada mak-mak. Terbaru cara membuat keju mozarella ini resepinya diperoleh dari Internet.
Kemudian, dia membuat caranya dan rajin melakukan R&D sehingga mendapat hasil yang benar-benar diinginkan. Bukan saja keju mozarellah, keju ricotta juga turut diterangkan cara pembuatannya.
Cuma dalam artikel ini, MW akan membincangkan mengenai keju mozarella homemade yang telahpun dicuba sendiri Puan Alina.
“Hari itu, saya dah share cara buat mozzarella (infonya ada dalam page beliau). Hari ini, saya eksperimen buat keju mozarella menggunakan susu lembu fresh dari ladang.”
“Alhamdulillah, memang bertali-tali dan tak payah panaskan lagi keju untuk ditarik.”
Dalam perkongsiannya itu juga beliau menunjukkan langkah demi langkah dalam bentuk bergambar dan video.
“Sekali lagi diulang, kali ini dengan susu segar bukan dari kotak.”
Akuinya, keju mozarella yang dikongsikan ini boleh bertahan sampai seminggu jika disimpan dalam peti sejuk.
“Lepas ini, saya nak cuba proses mengering dan menuakan cheese pula. Silakan share, semoga ramai yang akan dapat membuat cheese untuk makan sendiri atau untuk dijual yang terjamin halal.”
4 liter susu segar penuh krim ( * yang hampir tamat tempoh )
1 sudu teh garam
340 ml cuka ( * Tanpa perisa epal/anggur )
* Kenapa Kena Guna Susu Hampir Tamat Tempoh
√ Sebab proses untuk susu mula berketul dan masak dah bermula. Proteinnya akan bergumpal besar-besar bila dimasak.
√ Lihat contoh dalam gambar buat keju mozarella tu. Masa saya panaskan susu, dia dah mula bergumpal.
√ Kalau susu tu segar, protein atau curdsnya halus-halus. Susah sikit nak tapis.
√ Jangan guna susu UHT atau Ultra Pasteurized Milk. Cheese takkan jadi sebab molekul protien dah berubah.
√ Susu yang dipasteurized boleh juga digunakan, cuma ia takkan cantik bertali macam tu dari dalam periuk.
√ Kalau guna susu yang dipastur, nanti mak-mak kena toskan dan panaskan semula dalam microwave sampai dia lembik dan boleh diuli macam doh roti.
* Kenapa Guna Cuka Tanpa Perisa
√ Takut kalau guna cuka yang ada perisa, nanti perisa itu lekat pada cheese itu. Masamnya akan tinggal dalam susu lebihan. Akan beri perbezaan pada rasa.
Cara Buat Keju Mozarella Homemade
Susu unhomogenized akan ada “kepala” krim, macam santan selepas diperah dan disimpan sebentar.
Panaskan susu hingga 88 darjah celsius. Jika tak ada thermometer atau jangka suhu, boleh dimasukkan jari bersih dalam susu itu. Kalau jari kita tak tahan dalam 2 saat maksudnya susu sudah cukup panas.
Apabila susu telah panas, baru dimasukkan cuka. Sila kacau susu sewaktu cuka dimasukkan supaya cuka itu rata.
Pada masa ini, keju akan mengental serta-merta. Kacau sikit-sikit saja untuk pastikan protein susu telah bergumpal.
Nampak tak? Lain kejadiannya berbanding dengan bila kita guna susu yang dah homogenized. Bila dah bergumpal macam ini, matikan api.
Keluarkan ketulan sedikit demi sedikit dan mula kan proses menarik Cheese semasa gumpalan masih panas. Kalau sejuk, dia akan mengeras dan tak boleh ditarik tanpa putus.
Gumpalan ini panas ya. Nak pegang pun kena berhati-hati.
Bila keluar dari periuk pun sudah bertali.
Kepal dan gaulkan garam. Perahkan air keluar. Kalau tangan tak tahan panas, pakailah sarung tangan.
Perah airnya.
Beginilah rupanya.
Tarikkan keju itu seperti tali. Lipat dua, tarik dan lipat (jadi 4) teruskan tarik dan lipat hingga tak boleh lagi kerana cheese dah mengeras.
Beginilah rupanya.
Pulas dan simpulkan.
Yang berpintal itu “string cheese” boleh dikopek dan makan.
* Sukatan 4 liter susu ini akan hasilkan kira-kira 350 gm cheese. Memang tak banyak sangat. Tapi sekiranya beli cheese bocconcini atau mozzarella segar imported tu lagi mahal memandangkan harga pasaran 100 gm dalam RM13-15.
Bila Nak Guna Keju Mozarella Ini
Keju mozarella ini enak jika dijadikan topping atau bakar atas piza. Enak juga jika dimakan dengan salad.
Kalau sebut coklat, anak-anaklah paling suka. Apatah lagi kalau biskut M&M yang ada taburan coklatnya di atas. Tentu menarik perhatian anak-anak.
Nak buat biskut M&M tak adalah susah sangat pun, lebih kurang sama dengan biskut coklatchip yang biasa mak-mak buat. Bezanya mungkin dengan taburan M&M yang berwarna warni itu paling memikat.
Bestnya, nak buat biskut M&M cuma gaul pakai senduk saja. Dah la terpaling senang, nak buat untuk raya nanti pun boleh.
Zahnita nekad bercerai, suami tiada usaha memujuk. Seperti yang diketahui umum pergolakan rumah tangga di antara bekas supermodel dan pelakon Zahnita dan suaminya, Abdul...