
Isi Kandungan
ToggleKepada penggemar kek buah, kalian boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh wanita ini. Dia sudah menjual kek buah ini selama 15 tahun.
Sudah pasti juga resipinya ini boleh dipercayai. Bolehlah cuba kerana terdapat dua versi resipi kek buah yang dikongsikannya ini.
Cuba Buat Resipi Kek Buah Yang Dikongsikan Oleh Kamalia Yusop ini.
“Alhamdulillah rezeki hujung minggu. Lebih 15 tahun niaga kek buah. Ada 2 versi akak buat. Siap makan & sejuk beku.
Hari ini buat versi 1. Kat sini akak sertakan 2 resipi. Resipi kedua lebih lembab.
“Selamat mencuba. Doakan akak sihat selalu”
Resipi Kek Buah
Resipi Pertama
Bahan A
2 cawan gula
1/2 cawan air
(Untuk gula hangus)
250g butter
400g buah campuran
(Campurkan dalam gula hangus -rebus hingga butter cair)
Bahan B
4 biji telur
Esen vanilla
Bahan C
3 cawan tepung
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh cream of tartar
1 sudu teh serbuk buah pala
Resipi Kedua
Bahan A
2 cawan air
2 cawan gula
250g butter/marjerin
400g buah campuran
(Rebus hingga mendidih)
Bahan B
4 biji telur
Esen vanila
Bahan C
3 1/2 cawan tepung
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh cream of tartar
1 sudu teh serbuk buah pala@ kayu manis
Artikel Berkaitan:
Kek Buah Kukus Guna Sukatan Cawan, Lebih Moist Dan Super Sedap
Beli Harganya Boleh Tahan, Buat Sendiri Kek TORNADO Viral,Padu Rasa Coklat!
Cara Buat
Resipi A

1)Hanguskan gula, masukkan air, butter & buah campuran. Gaul hingga semua cair. Matikan api
2)Pukul telur dengan esen vanilla. Jangan lama-lama. Agak-agak sebati je.
3) Ayak semua bahan C.
4) Bila bahan A sudah suam, campurkan bahan ABC. Gaul je, Selepas itu bolehlah kukus selama 2-4 jam.
Resipi B
Cara buat sama sahaja. Cuma bahan A direbus hingga mendidih.
Sumber / Foto: Kamalia Yusop
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sambal Ala Balado Padu Sangat Rasanya, Buat Stok Boleh Tahan 2 Minggu!

Isi Kandungan
ToggleSambal Belado cukup popular di Indonesia.Bagi peminat sambal dan suka makan pedas-pedas, boleh cuba buat Sambal Ala Balado yang sedap ni. Makan dengan ikan dan ayam goreng memang padu sangat rasanya. Buat stok banyak-banyak dalam peti sejuk boleh tahan 2 minggu.
Cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Mazliana Mazlan ini.
Resepi sambal ala balado ini, adik saya dapat dari kawan dia yang berasal dan menetap di Indonesia.
Lepas saya cuba resepi dari Indonesia ini, saya dah tak pernah buat carian resepi lagi di internet untuk sambal balado. Saya dah jumpa resepi yang betul-betul kena dengan lidah. Padu sangat rasa dia, pelbagai guna lagi, memang stok yang tak pernah putus yang perlu ada di rumah saya.
Tumis bawang, kemudian masukkan sambal dan telur, gaul dengan nasi. Siap nasi goreng tak sampai 5 minit.
Tumis bawang holland, masukkan sambal, masuk air dan perasakan dengan garam. Siap untuk digaul dengan ayam atau ikan goreng. Makan dengan sup sayur pun dah tak ingat orang sebelah.
Buat peminat sambal, anda wajib cuba resepi ini tau!
Resepi Sambal Balado Ala Indonesia
(Kuantiti yang saya tulis hanya sebagai guideline sahaja. Boleh ubah ikut tahap kepedasan yang diingini. Saya banyak kali cuba olah bawang lebih, sambal lebih, tomato lebih, akhirnya saya suka dengan kuantiti yang ini.)
Bahan-Bahan :
1 biji bawang besar
1 biji tomato
3 ulas bawang putih
3 biji cili merah
3 genggam cili padi (campur merah dan hijau ikut tahap kepedasan masing-masing)
2 inci belacan
2 sudu besar gula
Garam secukup rasa
Minyak
Ini bahan-bahannya. Saya kehabisan bawang besar yang betul-betul besar, jadi saya masukkan 3 biji bawang besar yang bersaiz agak kecil.
Siapa yang suka pedas meletop, boleh lebihkan cili padi merah.
Cara penyediaan boleh lihat di gambar ya.
1.Kalau rajin, boleh tumbuk bahan-bahan ini.Cara saya yang kurang sikit rajinnya dan nak cepat, saya masukkan semua dalam food processor. Jangan letak air langsung ye.
Kalau guna blender biasa pun boleh, letak air sikit je okay.
2.Kisar jangan lumat sangat, biar nampak ada serdak-serdak cili gitu.
3.Panaskan minyak, agak-agak je. Saya guna minyak masak lebihan goreng ikan bilis masa buat sambal tempoyak haritu. Sekali harung buat stok semua bahan.
4.Masukkan dalam kuali. Masak sampai agak kering airnya untuk tahan lama, biar betul-betul kering.
5.Masukkan gula dalam 2 sudu. Saya guna organic raw cane sugar.
6.Masukkan garam Himalaya secukup rasa. Apa-apa garam pun boleh.
7.Siap! Boleh simpan dalam bekas dan masukkan dalam chiller. Tak perlu sejuk beku, boleh tahan dalam 2 minggu.

8.Ini haaaa salah satu menunya. Pecal lele gitu. Padu betul rasa dia.
Selamat mencuba!
Baca Lagi Di Sini:
Beli Banyak Tomato, Masak SAMBAL PENYET Buat Stok Dalam Peti!
Resipi Telur Mata Sambal Hijau, Makan Confirm Ngencess Sekali!
SAMBAL GESEK Penambah Selera, Tumbuk Separuh Hancur Tak Perlu Dimasak!
MW: Bagi peminat sambal dan suka makan pedas-pedas, kena cuba resipi Sambal Ala Balado ini. Buat stok banyak-banyak, bila nak makan tinggal ambil je dalam peti sejuk. Jadikan pes untuk nasi goreng pun boleh sangat.
Sumber: Mazliana Mazlan
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Masak Durian Bakar Dalam Air Fryer, Rasa Macam Lempuk Tanpa Gula

Isi Kandungan
ToggleResepi durian bakar dalam air fryer ini rare sungguh. Kongsi yang dah mencubanya, katanya rasanya macam lempuk durian.
Khatijah Einie berkongsi resepi dan cara membuat durian bakar menggunakan air fryer yang diperoleh dari facebook. Dan ada juga juga yang sudah mencubanya. Betullah seperti yang digambarkan rasanya itu.
“Since ramai tanya, sedap ke tak? Betul ke sedap? Sedap tu subjektif. Sedap di tekak saya, belum tentu sedap di tekak awak. Taste buds kita lain-lain. Raikan sajalah ye cara setiap orang makan durian ni selagi durian ni tak menyebabkan kita bertukar menjadi raksasa.”
Kongsi Khatijah, “Terima kasih dekat sapa yang kongsi Durian Bakar kelmarin. Memang sedap weh! Rasa seakan-akan macam lempuk durian tapi versi takde gula. Sapa yang teringin makan lempuk durian tu bolehla buat gini. Sedap sedap sedap!
Ni saya guna durian kampung kawen isi kuning. Kalau guna durian kawen lain mesti lagi sedap. Korang wajib cuba kalau korang jenis suka mencuba sesuatu makanan yang baru. Cuba tau!
Baca sini : Buah betul-betul fresh, beli durian pastikan bahagian tangkai masih lagi bergetah.
Resepi Durian Bakar Dalam Air Fryer
Caranya,
- Masukkan durian dalam air fryer
- Bakar dalam air fryer pada suhu 200°c selama 10 minit.
Baca sini : Asingkan isi durian, sagat laju-laju dalam periuk kukus, senang, cepat siap
Selepas Masak Durian Dalam Air Fryer
Ada juga yang bimbang untuk bakar durian dalam air fryer. Takut ada meninggalkan kesan bau durian yang kuat. Susahlah nanti nak masak lauk pauk yang lain.
Selepas memasak, Khatijah letakkan roti dan cuka dalam air fryer itu untuk hilangkan bau. Kedua-dua bahan ini akan menyerap bau durian yang tertinggal.

Petua ini juga bagus dicuba jika mengalami masalah peti ais berbau.
Haa.. ini beberapa orang yang dah cuba dan berkongsi hasilnya.
Mingguan Wanita : Menarikkan teknik bakar durian ini. Siapa yang ada air fryer tu bolehlah cuba dan kongsilah dengan Mingguan Wanita hasilnya di ruangan komen ya.
Sumber/Foto : Khatijah Einie
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Chef Anis Nabilah ‘Anak Emas’ Dalam Keluarga

Isi Kandungan
ToggleBertandang ke kediaman chef selebriti dan pengacara berbadan genit, Anis Nabilah Umaruddin, 32 bagaikan berada di rumah sendiri. Mana tidaknya, melangkah saja masuk ke dalam rumah, Anis dan keluarganya menyambut kami dengan penuh ramah sekali. Hidangan penuh di atas meja buat santapan tetamu. Malah ibunya juga sentiasa manis dengan senyuman tatkala melayan kami.
Anak keempat daripada lapan beradik ini sememangnya cukup berpengalaman dalam industri kulinari dan merupakan chef selebriti yang tidak pernah patah semangat dalam memacu kerjayanya sejak 11 tahun lalu. Malah, berkat kesungguhan dan minat mendalam, kini kakak kepada pelakon dan penyanyi, Aisya Hasnaa ini mampu tersenyum dengan pencapaiannya. Bukan itu saja, berbekalkan kepakaran dalam bidang penyediaan makanan, dia kini mampu berdiri setanding chef selebriti popular dunia yang lain.
Mengacara lebih 35 program masakan, Anis juga menjadi satu-satunya chef selebriti Malaysia dalam program travelog makan-makan My Taste of Hong Kong (saluran TLC Asia), Eating Wild dan Icip-Icip untuk saluran AFC (Asian Food Channel). Terbaru Anis telah menjayakan program TV, Cerita Rasa Anis Nabilah untuk TV2 dan 12 Bakar Musim Ketiga untuk TV3.
“Saya bermula sebagai tukang masak dan kemudian barulah menjadi pengacara. Bukan mudah untuk saya sampai ke tahap ini. Pada peringkat awal, saya terpaksa bersusah payah untuk diterima. Orang tidak percaya kemampuan saya kerana hanya lulusan diploma. Saya bersyukur usaha selepas terbabit dalam beberapa program masakan di peringkat Asia dan Barat telah berjaya membuka mata banyak pihak.
“Saya juga sememangnya gemar memasak kerana ia mudah dan menyeronokkan. Paling penting, kita tahu apa yang masuk ke dalam badan kita terutama masakan menyihatkan. Setiap kali mengemudi rancangan masakan, perkara pertama terlintas di fikiran ialah mengajar penonton makan secara sihat. Mak pernah cakap, apa saja pekerjaan dilakukan, kena buat perbezaan. Saya pilih jadi chef selebriti sebab mahu ajar orang menghasilkan masakan sihat, sedap dan cantik. Itulah cara saya buat perbezaan. Malah sepanjang 11 tahun dalam bidang ini juga saya berpeluang mengembara banyak tempat seperti Eropah, Afrika Selatan, Australia dan kebanyakan negara Asia. Selain dapat melihat negara orang, paling penting dapat bertukar pendapat serta ilmu mengenai masakan dan cara pemakanan sihat,” terang Anis yang sememangnya gemar menambah ilmu masakan dan mengajar orang cara memasak.
Selain memasak dan mengacara ditanya adakah Anis tidak mahu terlibat dalam lakonan atau nyanyian. Ungkapnya;
“Biarlah saya fokus pada masakan dan mengacara saja. Memang ramai yang bertanya tak nak ke berlakon atau menyanyi. Pada saya kalau nak berjaya kena ada fokus. Saya tak nak buat semua kerja dalam satu masa dan saya lebih suka masa yang ada saya fokus pada dua karier utama saya sebagai chef dan pengacara.”
Rahsia kurus
Cukup dikenali dengan tubuh badannya yang kurus. Anis akui dia sendiri mengawal pemakanan.
“Bekerja sebagai seorang chef memang ramai yang bertanya bagaimana saya boleh kekalkan bentuk tubuh yang kecil dan kurus. Rahsianya, saya kurangkan pengambilan gula. Saya makan nasi seperti biasa cuma saya banyak minum air putih dan elak pengambilan gula yang berlebihan. Sebelum saya amalkan cara ini memang saya akui badan cepat penat, mengantuk dan sememangnya gula punca kepada penyakit. Selain itu saya juga gemar makan buah-buahan,” ulas Anis lagi.
Sewaktu sedang rancak berbual, penulis mengajukan soalan tentang ciri-ciri teman lelaki pilihan dan perkahwinan. Anis terus tersenyum dan berkata, “Kahwin? Saya sedang menunggu waktu. Sebelum ini memang rasa tertekan bila ada yang tanya bila nak kahwin? Pada saya jodoh itu di tangan tuhan dan saya doakan dipertemukan jodoh satu hari nanti. Sekarang ini saya belum jumpa lelaki yang sesuai lagi. Allah mungkin nak saya jaga emak dan ayah dulu. Malah saya percaya Allah mahu berikan yang terbaik buat saya. Apa yang diduga atau dianugerahkan akan saya terima.
“Tentang ciri-ciri lelaki pilihan sudah tentu saya nak yang mempunyai hati yang baik. Kena sedap mata memandang. Paling penting boleh berkomunikasi dan faham dengan diri saya dan ahli kelurga kami yang besar,” terangnya tentang lelaki pilihan.
Hadiah Buat Ibu
Ketika kunjungan kami juga, pihak Jubin MML bagi pihak Anis telah menghadiahkan rekaan baru dapur basah di kediaman ibu Anis.

“Saya mahu berterima kasih kepada Jubin MML kerana sudi beri hadiah pada mak. Sememangnya mak sangat gembira dengan pengubahsuaian baru dapur basahnya. Di sinilah tempat saya dan ibu memasak. Sebelum ini jubin dapur basah kami berwana putih dan ditukar kepada hitam sememangnya sangat cantik dan senang untuk dibersihkan.
“Jubin lantai yang bercorak kayu sememangnya cantik dan mudah dibersihkan. Malah semasa memasak pada petang raya kami masak dan bawa kawah dalam rumah. Sememangnya dapur kami nampak cantik dan sedikit sejuk. Ruang ini juga selesa untuk memasak. Walaupun saya tinggal berasingan dengan ibu namun setiap hari saya datang bertandang ke sini. Kadang kala saya masak dan bawa makanan ke rumah ibu,” sambung Anis.
Anis juga menerangkan dia mengambil keputusan untuk berpindah kerana mahu belajar berdikari.
“Saya ambil keputusan berpindah rumah dan tinggal sendirian kerana ingin belajar jaga diri sendiri dan berdikari. Walaupun ibu dan ayah masih merajuk sampai sekarang sebab saya berpindah, namun saya sememangnya perlu berdikari. Saya berpindah ke rumah sendiri sejak bulan November tahun lalu. Walaupun duduk berasingan namun saya datang setiap hari di rumah ibu bapa jika saya tidak ke luar negara. Kami anak beranak cukup rapat, boleh dikatakan saya ni ‘anak emas’ dalam keluarga. Saya dan Aisyah sememangnya rapat dengan ayah dan ibu dan kami selesa berbual antara satu sama lain,” luah Anis.
Produk Tumis By Anis
Sebelum mengakhiri perbualan Anis juga menyatakan kini dia muncul dengan produk baru dari air tangannya sendiri yang diberi nama Tumis By Anis.
“Sebelum ini ramai yang bertanya bila saya nak buka restoran. Tapi saya tak nak dan tak minat. Memandangkan saya lebih suka pada masakan Tha, jadi terbaru saya akan muncul dengan perencah yang dimasak sendiri diberi nama Tumis By Anis. Setakat ini terdapat lima perencah yang bakal dijual kepada pelanggan dan saya cuma promosikan menerusi Instagram sahaja,” akui Anis.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI