Gulai ikan Ayo ini sememangnya terkenal di Pantai Timur. Bahan utamanya dari ikan ayo atau sesetengah tempat panggil ikan tongkol. Belah Utara pula panggil ikan kayu.
Versi memasaknya pun ada banyak cara. Menurut Muhammad Syazwan Ahmad, resepi yang dikongsi ini tak perlu ditumis. Sesuai sangat dimakan waktu sarapan pagi.
Katanya, “Hari tu pi kenduri kat Kelantan. Pastu makan satu lauk tu, Gulai Ikan Ayo. Fuh! sedap. Terus minta resepi kat mak pengantin.
Ni kali kedua buat. Kalau salah, ajar la no.”
Ikan Ayo Kurik (utaqa panggil ikan kayu putih)
Asam keping
Gula Nise/kabung
Lengkuas
Garam
– rebus malam, masak esok pagi baru sedap.
Cili kering 10 tangkai (gunting buang biji, rebus)
Lengkuas 1-2 inci
Bawang merah 5-7 ulas
Bawang putih 3 ulas
1 camca makan biji ketumbar
2 inci kunyit hidup
– kisar bahan ni (saya kisar guna air rebusan ikan)
Santan – 1 mangkuk- nak lemak boh lebih
Kacang panjang
Lada solok
Rebus ikan dengan asam keping, gula nise, lengkuas, garam. Rebus malam, esok pagi nak masak baru sedap rasanya. Air rebusan jangan buang.
Siapkan bahan-bahan kisar; cili kering (kisar asing), lengkuas, bawang merah, bawang putih, biji ketumbar, kunyit hidup kisar bersama. Guna air dari rebusan ikan tadi.
Sediakan pula santan, kacang panjang, lada solok.
Satukan santan, bahan kisar. Masak seketika. Masa ni saya dah masukkan garam + gula nise.
Masukkan ikan ayo kurik yang dah direbus.
Akhir sekali kacang panjang + lada solok.
Info : “Resepi ni tak tumis. Kalau yang tumis tu ada rempah dan selalunya makan dengan nasi dagang. Saya buat ni untuk makan sarapan pagi.”
Sedapnya kalau dapat makan ikan kembung panggang yang dibubuh kuah percik. Sudah siap makan dengan nasi panas. Sedapnya! Nak makan begitu sahaja pun boleh.
Bagi yang tidak tahu untuk buat kuah percik, apa kata cuba resipi dan cara buat yang dikongsikan oleh Azira Mamat ini. Resipinya mudah dan bahan-bahannya guna sukatan agak-agak sahaja. Maknanya kita boleh bubuh bahan-bahan itu ikut citarasa sendiri.
“Alhamdulillah sekian lama tak masak ikan percik, ari ni buat la menu kesukaan sendiri .Kebetulan semalam gi pasar ada ikan kembong fresh dan besar so kita beli la beberapa ekor.
“Cara masak zisss buh kat gamba.Ni guna dapur biasa je,memang comot la dapur tapi siap bakar boleh je kemaskan.So tak de hal..
“Ratah pun tak cukup huhuhu.
“Silakan mencuba resepi zisss.”
Ikan kembung
Kunyit hidup -ditumbuk
Garam
1-First lumur ikan dengan kunyit hidup dan garam. Garam sikit je sebab nanti kuah percik dah masin. Bakar atas dapur.Tak nak berair toskan ikan tu ye.
*Bawang merah.
*Halia.
*Lada kering. *Kisar semua bahan-bahan ini*
Santan
Garam dan perasa secukup rasa
Asam keping
Serai
Air (Bahan-bahan agak-agak je ye)
1-Bubuh semua bahan-bahan yang telah dikisar tadi ke dalam periuk. Masukkan sekali santan, garam, perasa dan asam keping. Air masukkan sikit je sebab tak nak kuah jadi cair.
2-Lepas itu masukkan serai. Dah masak.
3-Kuah tadi bubuh atas ikan. Biar ikan separuh masak dulu sebelum bubuh kuah.Biar je kering atas dapur. Dah kering terbalikkan dan bubuh kuah sebelah bahagian lagi.
4-Tadaa dah masakkk. Ada juga ayam percik. Resepi sama je.
Kuih karipap disukai ramai. Karipap itu sedap jika mempunyai inti kentang yang banyak serta kulit yang tidak terlalu tebal dan apabila digoreng, rasanya rangup apabila dimakan.
Setiap orang ada resipi dan cara membuat kuih ini. Jika kalian hendak membuat karipap yang boleh disejuk beku atau frozen, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh wanita ini.
Boleh Cuba Resipi Dan Cara Buat Karipap Perkongsian Intan Iman Di Dalam Grup Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM).
“Assalamualaikum semua. Hari ni saya share cara saya buat karipap dari inti hingga ke kulit karipap ye. Silakan semua share. Ilmu milik Allah”
2 kg kentang (Kupas, Hiris dan rebus dengan garam)
Segenggam Bilis (kisar)
10 biji cili (kisar)
3 sudu kerisik (kisar) – optional
5 biji bawang putih (kisar)
2 biji bawang merah (hiris)
1 senduk rata serbuk kari
2 tangkai daun kari (optional)
Daun sup (hiris)
1- Kupas kentang, hiris dan cuci bersih sebelum direbus. Anggaran kentang 2.5kg hingga 3kg.Rebus bersama garam sehingga empuk dan toskan.
2-Tumis semua bahan-bahan kisar termasuklah bawang merah dan serbuk kari. Masukkan juga daun kari, garam, gula dan perasa.
3-Setelah bahan tumisan wangi dan kari sudah masak masukkan kentang yang siap direbus tadi. Gaul sebati. Tambah air jika perlu. Setelah siap, anggaran inti setelah masak seberat 3kg.
1kg tepung gandum
1 biji telur
4 sudu susu pekat
1 sudu kecil Garam
100g minyak masak
100g margerin
400g air /secukupnya
1-Campur semua bahan kecuali air. Gaul sebati.
2-Tambahkan air sedikit demi sedikit hingga adunan tidak lekat di tangan. Uli sehingga sebati. Anggaran doh setelah siap diuli seberat 2kg.
3- Bulatkan kecil-kecil dan dapat lebih kurang 80 biji.
4- Leperkan sedikit dan gelek doh tadi. Gelek kulit jangan tebal untuk dapatkan kulit karipap yang rangup dan masak sekata. Kelim karipap ikut saiz yang kita nak.
6- Untuk yang belum mahir boleh tekan saja keliling guna garfu. Boleh sapukan air sebelum tekan doh guna garfu. Tekan kuat untuk elak terbuka.
7-Karipap sudah siap.
8- Siap goreng separuh masak untuk frozen atau sejuk beku.
9- Hasil siap goreng sepenuhnya. Karipap sedap dimakan panas panas.